Kemunculan aku di pintu kafe bersama dua jejaka tegap mengundang kerutan di wajah Jackson di kaunter kafe.
"Hai, Jackson. Long time no see," aku menyapa Jackson. Mana tak terkejut anak kelahiran Singapura ini. Aku datang Korea macam jaraknya macam Malaysia ke Singapura sahaja. Sudahlah datang tak bagitahu datang pula bersama dua jejaka.
"Dahlia, sejak bila you upah bodyguard? Tahulah dah terkenal." Jackson tak habis akan isu haritu.
"I upah bodyguard? Lamberttt lagi. Kenalkan ini Asyraf, dan ini Lucas, kawan Asyraf. I terjumpa mereka masa nak datang sini so I promote lah kafe kita." Aku memperkenalkan mereka kepada Jackson.
"Dia yang digosipkan dengan awak, kan?" Jackson menyoalku apabila aku menyebut nama Asyraf. Separuh berbisik dia bertanya kepadaku. Tak mahu didengari.
Aku hanya mengiyakan. Melihat reaksi Jackson yang terkejut beruk membuatkan aku tersenyum. Lucu.
"Nothing serious about us. Terjumpa je. Khabar angin haritu, dah lenyap." Aku kembali menerangkan kepada Jackson.
"Memang dah lenyap. Tapi kami boleh buka buku baru." Asyraf yang sejak tadi diam bersuara. Mengiringkan badan menghadapku di sebelahnya.
Er. Awkward. Suasana kami sekarang. Krik. krik. Kalau cengkerik ada pun dia dah berbunyi.
"Ehem, duduklah dulu. Saya ada kerja kat belakang. Saya nak melawat kitchen. Please make yourself comfortable here. Anything, just ask for help from Jackson." Aku bersuara kepada Asyraf sebelum melarikan diri ke bahagian dapur kafe.
Ekoran mata aku beri kepada Jackson menyuruh dia menguruskan dua jejaka ini. Sementara aku melarikan diri ke belakang. Elakkan diri.
"You better tell me, what's going on here? Why is he here? You come with him? What he told was true? Do you and him have something special?"
Berbakul-bakul soalan dilontarkan Jackson apabila dia masuk ke dalam ruang dapur. Memerhati aku yang sibuk memeriksa stok barangan. Menyoal seperti seorang abang yang risaukan adiknya.
"Tak ada apalah. Kami tak ada apa hubungan spesial pun. Kami kawan sahaja. I datang seorang kebetulan terjumpa dia yang ada fashion show kat sini. Memandangkan dia dah kenal I, dia minta tolong bawa dia jalan-jalan kat sini," fokusku masih tertumpu kepada senarai barang yang perlu ditempah kelak.
Memandangkan di sini susah mendapatkan bekalan yang halal. Aku akan sentiasa memastikan keperluan barangan mencukupi. Bekalan barangan makanan akan dieksport ke sini kelak.
Aku mengabaikan pandangan Jackson yang seakan tak percaya kata-kataku.
"Baik you layan pelanggan you. Nanti mereka kata you rude pula. I nak settlekan kerja ini. Nanti I keluar." Aku menghalau Jackson keluar.
"I ingat Mr.Kim yang akan jadi suami you, rupanya ada orang lebih layak ye. Alahai, untungnya jadi Dahlia Erina ramai peminat. Nanti kahwin jangan lupa jemput I dengan Emma. He's a good person for you. Bagai pinang dibelah dua peribahasa Melayu kata. Orang putih pula kata, 'a match made in Heaven'. I doakan dia boleh bukakan pintu hati you yang keras untuk terima dia."
Jackson berkata sambil melangkah meninggalkan aku berseorangan. Aku membiarkan Jackson pergi. Berpura-pura tak terkesan dengan ayatnya.
Jackson dengan Emma kenal sungguh dengan sikapku. Banyak kali mereka cuba menyuruh aku terima lelaki dalam hidupku. Tapi umpama mencurah air ke daun keladi sahaja nasihat yang mereka beri.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...