Bab 4

385 7 0
                                    

Tiga tahun kemudian.
Menghadap Kaabah yang tersergam indah di depan mata ibarat impian buat hampir setiap muslim.

Pertama kali menjejak kaki menghadap ilahi di rumah-Nya, membuat aku sedar akan dosa aku yang lalu. Masa lalu yang penuh dengan kejahilan mengharapkan cinta manusia yang tak pasti. Terkenang kembali perkenalan aku bersama seorang lelaki Korea Selatan, Kim Min Jun yang boleh dikatakan dalam tempoh yang lama. Tiga tahun setengah. Memilih cinta manusia melebihi cinta kepada sang pencipta. Zaman kejahilan aku dulu.

Aku fikir aku mampu membawa dia ke jalan yang diredhai Allah SWT. Aku mengajar dia banyak perkara berkaitan Islam akan tetapi dia seperti tak ada tindak balas. Masih tidak sebarang perubahan ke arah lebih baik malah dia masih bergaul mesra dengan kawan perempuan dia cuma dengan aku saja dia tidak berani buat perangai gila dia itu. Mahu kena penumpuk aku kalau dia berani buat perangai. Benarlah, kita tidak mampu mengubah seseorang sekiranya diri dia sendiri tidak mahu mengubahnya. Aku sendiri tidak tahu hala tuju hubungan kami. Aku kalau boleh biarlah berkawan hingga berkahwin. Tak mahu putus di tengah jalan. Dia pula aku tengok macam tak ada langsung minat untuk mengenali agama Islam. Aku tidak mahu mendesak kerana aku sedar hidayah itu milik Allah SWT, cukup aku memberi tunjuk ajar dan menjelaskan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Min Jun, selebihnya itu atas usaha dirinya. Aku tak memaksa. Tambahan pula orang tua Min Jun berpegang teguh dengan ajaran Kristian. Pernah dulu dia menyuruh aku yang convert kepada agamanya kerana mahu minta restu appa dengan omma dia. Nauzubillahiminzalik. Walaupun aku akuri iman aku tidak sehebat mana namun aku masih berpegang teguh kepada hukum Allah.
Sesungguhnya Allah berfirman dalam surah Al- Kafirun.

Katakanlah (wahai Muhammad):Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Tanpa aku sedar, air jernih mula mengalir dari kelopak mata menyedarkan aku daripada lamunan panjang akan kisah lalu aku yang menjadi parut hitam dalam hidup aku. Membuatkan aku susah percaya akan cinta lelaki yang bagai cinta ekspress. Sekadar suatu tempat penyinggahan sebelum ke destinasi seterusnya. Sejak daripada peristiwa itu ada dua tiga orang cuba mengenal aku tetapi aku menolak secara halus. Cukup trauma dulu membuatkan aku malas hendak buka kisah cinta yang baru. Atau mungkin mati rasa orang kata.

Prinsip aku lebih baik sendiri daripada hati terluka. Single is better than double trouble. Oleh kerana itulah aku berada di Makkah, cuba untuk berdamai dengan takdir Allah. Menginsafi diri yang penuh kealpaan. Mana taknya bila ada orang masuk meminang semua aku tolak. Berbagai alasan aku cipta. Mama pun sudah masak dengan alasan yang aku cipta.

Tersenyum sendiri aku bila terngiang-ngiang ayat mama pada aku.

"Kau ingat kau puteri Gunung Ledang nak demand syarat macam-macam, masuk ini dah tiga pinangan mama terpaksa tolak sebab alasan tak berapa nak cerdik kamu itu. Pinangan pertama dari anak Uncle Syed, Aary. Kedua, daripada pekerja setia arwah abah a.k.a bodyguard kamu masih di Korea dulu. Pinangan ketiga daripada Aary lagi. Lepas ini, siapa pinang mama terima sahaja tak tanya kamu dah. Berangan puteri Gunung Ledang betul budak ini."

Usai mengerjakan solat Isyak di masjidil Haram, aku hanya termenung memandang Kaabah sambil melihat gelagat umat manusia yang berpusu-pusu mengelilingi Kaabah.

Malam ini merupakan malam terakhir aku di bumi Makkah ini, kawan sebilik aku sudah pulang ke bilik untuk mengemas beg pakaian mereka cuma aku saja mengambil masa yang lama untuk bertawaduk menghadap Kaabah sendirian.

Anak mataku terpandang satu susuk tubuh yang seakan aku kenal tetapi jauh sel otak menjelajah namun masih tidak ingat dimana susuk itu pernah muncul.

Figura itu seakan tahu ada mata yang memerhati menoleh tepat ke arah balkoni yang menempatkan aku yang leka mengenalpasti dirinya. Bertaut mata dengan susuk itu untuk beberapa saat membuatkan aku leka memandang anak mata berwarna coklat hazel miliknya sungguh mempesona.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now