Bab 11

310 7 0
                                    

Perjalanan pulang daripada kafe ke rumah hanya mengambil masa kurang daripada dua puluh minit saja. Tiba di pekarangan rumah, aku lihat lampu dalam rumah sudah malap. Pasti mama sudah tidur. Awal pagi tadi mama bagitahu ada perkara yang mahu diceritakan kepada aku namun masa tak mengizinkan. Awal pagi aku sudah berkejar ke tempat temubual. Sekarang lewat malam baru jumpa jalan pulang ke rumah.

Aku berjalan masuk ke dalam rumah selepas mengunci pintu masuk utama. Salam diberi beserta dengan kaki kanan melangkah masuk.

"Eh, mama tak tidur lagi." Aku menyoal apabila aku melihat mama sedang leka menonton televisyen. Hairan. Jika aku pulang pukul sepuluh malam ke atas pasti mama sudah tidur namun tidak malam ini. Dah sebelas empat puluh lima minit malam pun belum tidur.

"Belum, tengah tunggu kamu balik."

"Oh, macam ada hal penting aje mama ni, sampai tak sempat nak tunggu esok." Aku hairan akan perubahan air muka mama yang berubah serius.

"Dahlia tahu kan apa yang mama nak bagitahu ni?" Mama menyoal kepada aku.

Jujur fikiran aku kosong sekarang. Tiada apapun yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ini. Aku tak dapat mentafsir apa yang sedang bermain dalam fikiran mama. Aku bukan pak nujum, boleh tilik minda orang.

"Mama nak bagitahu apa? Dahlia tak tahu lah. Tak boleh nak berfikir dah otak ni. Penat sangat kut."

"Hm, ye lah tu. Mama nak tanya pasal pinangan anak uncle Syed." Kalau tak silap aku ketika uncle Syed datang tempoh hari, isu ini tak timbul pula. Ini isu bila. Mereka masih nak jadikan aku ini menantu mereka ke selepas khabar angin aku hari itu.

"Mama, mereka masuk meminang bila? Tiga tahun lepas kan. Dahlia, kan dah bagi jawapan dulu." Aku membalas pertanyaan mama kerana setahu aku pinangan mereka hantar tiga tahun lepas sudah aku tolak. Sekarang baru nak jawapan ke.

"Minggu lepas, Dahliaku sayang. Masa kamu kat Paris. Rombongan meminang datang."

"Lagi!" Terkejut aku. Jika dikira dah tiga kali mereka masuk meminang.

"Ye, mama tak nak dengar jawapan ala puteri Gunung Ledang kamu. Mama nak kamu terima kali ni. Tolonglah, mama dah penat nak tolak. Jatuh air muka mama ini. Tak tahu nak bagi alasan apa dah. Dulu masa ada arwah abah, kamu dah setuju. Pihak sana dah tahu akan perkara itu lepas tu suka hati kamu saja nak tolak." Mama sudah buka kelas tazkirah kepada aku.

"Mereka masih nak masuk meminang lepas khabar angin itu? Mereka kan tahu pasal itu. Tak kisah ke mereka dengan khabar angin yang melibatkan Dahlia. Nanti buruk nama baik mereka maklumlah uncle Syed kan ada gelaran Dato." Aku sengaja mencari alasan supaya dapat menolak kali ini.

"Mereka tahu. Dan mereka tak peduli. Kalau boleh lagi cepat Dahlia terima lagi bagus. Boleh elak khabar angin itu tersebar luas. Sebab khabar angin tu juga lah mereka berani nak masuk meminang lagi."

Hampir pitam aku mendengar jawapan mama. Terkejut pun sama. Aku tak mengerti akan kesungguhan mereka mahu menyatukan aku dengan anak mereka Aary. Mengapa kalau kami tak bersatu langit akan runtuh kah? Tak mungkin sebab sudah jadi permintaan terakhir abah. Abah sendiri bilang kepada aku, dia hanya mahu aku berkenalan dulu dengan Aary. Bukan terus berkahwin. Mungkin mereka sekadar nak menjaga kepentingan mereka. Business status matters. Kemungkinan besar itu sebab utama mereka beria nak menyatukan kami.

"Bagi Dahlia masa untuk fikiran. Dahlia sibuk kebelakangan ini. Nanti Dahlia bagi jawapan."

"Mama nak dengar jawapan itu by next week. Tak ada tapi-tapi. Mama harap jawapan tu berbaloi dengan pengorbanan pihak mereka tunggu Dahlia lebih tiga tahun." Mama tegas menyuarakan kata-kata.

Dia Milikku.Where stories live. Discover now