Persiapan majlis akad nikah serta majlis resepsi hampir lapan puluh per ratus siap, yang tinggal hanya tempahan busana untuk nikah dan majlis resepsi serta barang hantaran yang perlu dibeli. Perkara yang tinggal pun kerana mahu aku membuat pilihan mengikut kehendak aku. Semua persiapan ini telah dibuat oleh mama, umi dengan Asyraf sebaik sahaja aku bersetuju menerima pinangan Asyraf dulu. Kata umi, Asyraf yang lebih teruja menyediakan segalanya. Daripada sekecil-kecil sehingga ke sebesar-besar perkara diuruskan oleh Asyraf dengan teliti.
Kerja aku hanyalah pergi ke butik untuk fitting baju dan memilih barang hantaran untuk kedua-dua pihak. Perbelanjaan majlis kedua-dua pihak diuruskan oleh Asyraf.
"Kata majlis nikah tiga bulan lagi tetapi dari segi persediaan yang hampir sempurna ini seperti nak nikah hujung minggu ini!" aku membebel sendirian mengenangkan kata-kata mama ketika menjemput aku untuk pergi ke butik pengantin bersama-sama umi tadi.
Aku bengang dengan sikap Asyraf yang terburu-buru membuat persediaan. Langsung tak tunggu aku punya keputusan. Aku juga berhak tentukan sesuatu perkara yang perlu untuk majlis kelak. Dia ingat dia kahwin seorang diri ke, langsung tak bermusyawarah dengan aku, bakal isterinya. Sudahlah amarah aku pagi tadi masih belum redah, bertambah marak api amarah aku mendengar persediaan hampir siap. Padahal baru bertunang semalam. Bila masa Asyraf siapkan semua ini?
"Eh, umi tunggu siapa depan pintu ni? Jomlah kita masuk dalam butik, kat luar ini panas terik." Aku muncul di muka pintu,mengajak umi masuk ke dalam butik yang berpenghawa dingin.
"Dahlia dengan mama pilih-pilih lah design yang Dahlia suka, umi tunggu Asy. Dia kata dalam perjalanan nak sampai dah."
"Okay, umi. Dahlia masuk dulu. Umi jangan lama-lama berdiri ini. Pitam nanti Dahlia juga risau." Umi hanya tersenyum, tangan leka menyentuh skrin telefon. Mungkin cuba menghubungi Asyraf.
Asyraf pun datang jugak? aku berbisik sendirian. Terasa kekok pula hendak berhadapan dengan dia kelak. Pagi tadi aku dah berdrama air mata. Petang ini tengok muka dia lagi.
"Mama, nanti cari barang hantaran mama dengan umi ikut sekali kan?" Aku bertanya kepada mama yang leka membelek katalog melihat busana yang terdapat di butik milik kenalan umi ini.
"Kita pergi lunch dulu lepas ini, kemudian baru cari barang hantaran." Mata mama masih fokus ke katalog di tangan.
Dalam hati aku berdoa, janganlah mama dengan umi tinggalkan aku berdua dengan Asyraf kelak. Janggal rasa jika ditinggal berdua bersama Asyraf, jika sebelum ini dia bukan sesiapa bagi aku. Sekarang status dia sebagai tunang aku membuatkan jantungku mahu tercabut daripada pangkal hati bila dekat dengannya.
"Dahlia, kita dah sampai."
Lamunan aku dihapuskan oleh sahutan suara Asyraf yang membawa aku kepada realiti. Setelah memarkir kereta Audi R8 di kawasan parking pusat beli-belah Tun Razak Exchange (TRX), Asyraf membuka pintu kereta di bahagian penumpang menunggu aku keluar dari perut kereta.
Aku hanya mengikut langkah Asyraf tanpa membantah. Berjalan beriringan dengan dirinya. Terasa pipi berubah merah, berbahang apabila berjalan berdua di kalangan umum yang pasti memandang ke arah Asyraf. Asyraf Aaryan berjalan di shopping mall kut! Tanpa pengurus atau pengawal peribadi! Jarang-jarang berlaku.
Tubuh tinggi lampai Asyraf membuatkan pergerakan langkahnya pantas berbeza dengan aku yang perlu berlari anak untuk menyamakan langkah dengan dia. Akhirnya jarak antara kami cuba aku cipta, tak mahu terlampau dekat dengan dia. Langkah kakiku juga diperlahankan membiarkan Asyraf mendahului diriku. Aku hanya mengekori dari belakang.
Penat aku nak kejar dia yang berjalan laju, penat juga mahu bersesak berjalan beriringan dengan Asyraf bersama beberapa orang pengunjung yang mengikutinya. Aku lebih selesa berjalan belakangnya. Perhati langkah kakinya yang ditemani dengan flash lampu kamera telefon bimbit peminat disertai sorakan mereka.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...