"Morning boss," staf aku tak lupa mengucapkan selamat pagi apabila nampak aku masuk melalui pintu kaca kafe. Pagi aku dimulakan dengan pergi ke kafe. Rutin harianku.
Aku membalas ucapan selamat pagi mereka. Tangan mereka ligat bergerak. Menyediakan peralatan memasak serta mengelap peralatan membuat kopi. Rutin harian di waktu pagi. Memastikan kafe bersedia untuk berkhidmat kepada pelanggan yang bakal tiba.
"Boss, nampak berseri-seri harini. Ada something ke?" Aulia alias pembantu peribadi aku menyoal.
Aku blur dengan pertanyaan Aulia. Something apa. Rasanya semalam majlis pertunangan aku dirahsiakan hanya ahli keluarga dengan Amylea je tahu. Staf kafe semua tak diberitahu.
"Ada hadiah untuk bos. Daripada someone special. Ada atas meja bos saya letak."
"Wah, bos ada secret admirer ." Luqman mencela. Kepochi sungguh. Rata-rata staf aku penuh dengan sikap ambil tahu yang tinggi. Suka ambil tahu hal masing-masing.
"Daripada Mr. Fiance." Tambah Aulia apabila dia lihat aku kerutkan dahi berfikir siapakah gerangan si pemberi.
"Ha, Mr apa tadi kak Aulia. Amboi, bos sampai hati tunang tak bagitahu kami. Merajuk lah sebulan." Luqman menambah.
Aulia dengan Luqman memang gemar mengusik aku. Nak lagi kalau bab jodoh percintaan ini semua.
"Dah, sambung kerja. Saya masuk bilik saya dulu." Aku mengelak. Lebih baik mengelak mereka ini. Ada saja isu nak bahan aku kelak jika dibiarkan mereka terus mengusik.
"Bos nak tenung hadiah Mr.Fiance bagi lah tu."
"Luqman, saya dengar apa awak cakap," aku bersuara sambil kaki masih terus melangkah ke bilik pejabatku.
Tolak sahaja pintu ruangan pejabat, sejambak bunga dahlia putih terdampar diatas meja. Tak perlu dilihat kad yang diselit. Aku sudah tahu sang pemberi. Mr.Fiance a.k.a Asyraf Aaryan. Cuba nak ambil hati aku lah ini.
Staf kafe aku dah tahu aku bertunang. Bernanah telinga aku mendengar kekecewaan mereka. Mereka tak puas hati aku tunang senyap-senyap tanpa bagitahu mereka kerana aku sendiri sudah anggap mereka sebagai keluarga. Takkan keluarga tak jemput keluarga pergi majlis pertunangan. Bukan tak mahu jemput, aku sendiri pun terkejut tunang tergesa-gesa.
Aleesya pekerja baru aku yang mengikuti aku di laman maya. Dia yang bocorkan rahsia pertunangan aku. Dia yang melihat posting aku semalam.
Semalam aku post gambar semasa majlis pertunangan. Gambar umi sedang menyarungkan cincin ke jari manisku. Tak kusangka ada orang terdekat yang mengikuti aku di media sosial X, kerana akaun tersebut adalah peribadi. Khas untuk kenalan rapat sahaja. Aplikasi X aku mempunyai dua akaun satu peribadi untuk meluahkan isi hati dengan dunia yang kuhadapi. Satu lagi akaun khas untuk aku fangirling. Ye, fangirling akaun khas untukku update mengenai artis Korea yang menjadi pujaan hati. Sisi peribadi yang aku sorok dengan orang. Tak semua orang tahu akan minat aku kerana aku jarang tunjuk kepada orang. Kalau pergi konsert pun saya senyap je, hanya akaun fangirl yang sering ku update perkembangan artis pujaanku.
Staf DEE's Cafe sudah kecoh akan pertunangan aku sebelum kemunculan sejambak bunga ini yang mengesahkan kebenaran pertunangan aku.
"Keluarga saya yang aturkan, saya ikut sahaja perancangan mereka," aku akhirnya bercerita kepada mereka.
Tanda gencatan senjata telah dimeratai. Mereka kini kembali berbual dengan aku selepas perang dingin sebentar tadi.
"Herlok tak tunang kak Dahlia? Siapa lagi herlok tunang kakak ke Asyraf Aaryan?" Aleesya cuba mengorek rahsia.
YOU ARE READING
Dia Milikku.
RomanceDahlia Erina seorang gadis yang terbiasa berdikari. Segala perkara dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Masalah disimpan sendiri dengan rapi. Dia mengharungi kehidupan yang penuh cabaran seawal umur 20-an. Kehilangan ayahanda terci...