35| Jatuh Cinta

473 50 11
                                    


Alanna terus memujuk diri agar tetap bersabar walau waktu yang telah dijanjikan sudah terlewat setengah jam. Yang dinantikan masih belum menampakkan batang hidung. Kali terakhir dia menanya khabar, Niyaz masih dalam perjalanan.

Beberapa pengunjung yang lalu-lalang di sekitar
Alanna imbas sekali lalu. Satu keluhan telepas di celahan bibir yang dioleskan dengan gincu coklat cair tika terpandangkan beberapa beberapa pasangan sejoli yang melewatinya saling berpegangan tangan.

Alanna tak cemburu dengan kemesraan mereka. Mereka tak salah. Alanna yang salah. Dia terbayang Niyaz dan dirinya yang akan berirangan nanti.

"Kau la ni bodoh." Stress dengan diri sendiri. Alanna tak tahu apa yang merasukinya waktu itu, dengan mudah dia mengajak Niyaz menemaninya ke kompleks beli-belah. Mencari hadiah buat Hayyan, anak kedua Abang Daiyan yang akan menyambut ulang tahun malam ini.

Semasa Alanna tersedar yang dia sudah terlanjur dan mahu menghapuskan masej itu, Niyaz pula sudah bersetuju.

Gara-gara itu dia terpaksa keluar dengan Niyaz hari ini. Alanna tak nak. Dia nak batalkan saja rancangannya ini, tetapi kesian pula pada Niyaz. Mungkin lelaki itu dah terkinja-kinja suka bila dia mengajak keluar. Kalau dia batalkan Niyaz mungkin akan merajuk.

Atau... sebenarnya Niyaz hanya beriak biasa saja dan terpaksa menemaninya. Hanya imaginasi Alanna yang berlebihan.

Entah la... Alanna tak tahu dan tak nak ambil tahu.

"Lambat lagi ke," keluh Alanna. Menyingkap lengan baju sedikit dan melirik jam analog yang melilit pergelangan. Bertambah lagi 10 minit.

Dia pusing ke belakang pula. Mengintai premis padat dengan pengunjung yang rata-ratanya perempuan yang sedang mencari kebutuhan barang solekan.
Salah satu pelanggan di situ ialah Airen.

Tertangkap jelas susuk adiknya sedang membelek blusher terbaru dari jenama terkenal. Sebelah Airen pula ada jurujual yang sedang menerang.

Selain menunggu kedatangan Niyaz. Alanna juga terpaksa menunggu Airen. Lama benar adiknya sesat di dalam sana. Kemungkinan hijab Airen telah ditutup dari menjumpai pintu keluar. Ataupun Airen dipukau oleh jurujual agar terus berlama dan menghabiskan lagi banyak wang.

Penat memerhati Airen. Alanna menyandarkan bahu pada dinding kaca premis itu. Peranti pink segi empat kesayangannya dikeluarkan dari tas tangan.

Layar bercahaya. Satu panggilan tidak terjawab dan satu notifikasi WhatsApp muncul dipermukaan layar.
Tertera nama Niyaz dan masej baru diterima beberapa saat lalu.

Alanna terus menekan ruang perbualan mereka.
Niyaz memaklumkan yang dia sudah sampai dan menanya di mana keberadaan Alanna sekarang.

Segera Alanna menangkap sekeping gambar berlatarkan kawasan di sekitar dan dihantarkan kepada Niyaz.

Tak sampai seminit gambar itu dilihat.

Tanpa menunggu balasan Niyaz. Alanna keluar dari aplikasi WhatsApp dan masuk ke laman Instagram peribadinya.

Dua DM baru dibuka. Terkejut sekejap Alanna bila melihat post yang dikongsi oleh dua rakan karibnya melalui Direct Message.

"Ehhh serius la dah kahwin." Gambar yang dimuat naik dua hari lepas itu dilihat. Gambar pasangan pengantin yang sedang berpelukan itu dibesar kecilkan.

Ahhh... seorang lagi rakan sekelas zaman universitinya memasuki alam perkahwinan

Laju Alanna membalas masej sang rakan. Bergosip.

"Agak-agak aku bila eh?" gumam dia perlahan. Tak semena Alanna mengeluh lagi. Telefon dimatikan.
Dia menyandarkan tubuh pada dinding kaca sepenuhnya. Mengenang nasib.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now