Alanna bukan jenis yang mudah bergaul dengan orang yang baru dia kenali. Alanna orangnya yang susah membawa diri dan terbuka di tempat baru. Hal ini buat Alanna risaukan akan kehadirannya sebagai tetamu asing di rumah Daiyan. Takut dia tak betah berlama di situ.Biarpun sebelum ini Alanna pernah bertemu Abang Daiyan dan dua saudara Niyaz. Masih tidak dapat menolak kejanggalan. Dia masih canggung dengan mereka bertiga. Mereka bertiga sukar untuk didekati. Bagai ada satu penghalang di antara mereka dan Alanna pula tidak terlalu kukuh untuk menembusi tembok kukuh itu.
Namun, apa yang Alanna khawatirkan meruap ke udara sebaik sahaja dia dan Airen disambut hangat oleh keluarga Niyaz. Mak Niyaz dan Humaira, isteri Abang Daiyan yang suka bercoleteh dan sentiasa membawanya dalam sesi perbualan mereka mengurangkan rasa kekok yang membelenggu dirinya.
Sedikit demi sedikit Alanna mula terbiasa dan tidak kekok bergaul dengan ahli keluarga Niyaz. Bahkan Naail juga tidak seseram yang dia fikirkan. Lelaki itu santai menyampuk perbualan mereka.
Kerana penerimaan baik keluarga itu juga, Airen adik bertuahnya itu sibuk. Sibuk mengalahkan tuan rumah. Ke hulu ke hilir membantu Humaira dan Daiyan melayan tetamu yang hadir memeriahkan majlis sederhana ini.
"Ehhh mana semua orang." Dia baru ke dapur menghantar cawan kosong. Kembali semula ke depan, Airen dan budak-budak yang tadinya tekun mendengar lawak bodoh Airen hilang entah ke mana.
Hanya ada Haisya, anak bongsu Abang Daiyan yang baru menginjak usia 1 tahun 6 bulan saja di situ. Bermain seorang diri.
Alanna enggan membuang masa mencari Airen. Dia memilih untuk melepas lelah di sofa. Dia agak letih. Dari pagi lagi dia keluar rumah. Waktu kosong itu dimanfaatkan.
Haisya yang perasan akan kehadiran Alanna terkedek-kedek menghampiri.
"Meh dekat aunty meh." Alanna yang melentokkan kepala di lengan sofa menjulurkan tangan ke Haisya. Menyambut Haisya yang montel itu.
Salah satu Alanna rasa dia diterima keluarga Niyaz kerana Haisya. Budak kecil imut ini suka dengannya sejak Niyaz perkenalkannya dan Airen ke keluarga lelaki itu.
Entah aura apa yang terpancar dari tubuhnya sehingga Haisya dari gendongan Humaira berminat dengannya. Bermula situ hingga sekarang Haisya melekat dengannya.
"Ala comel aunty ni kenapa comot sangat..." Dan Alanna tak mempersalahkan. Sekurangnya dia dapat mengurangkan beban Humaira. Dia dengan hati terbuka menawar diri untuk mengasuh Haisya sementara Humaira melayan tetamu.
Haisya didudukkan di atas peha. Alanna menarik tisu dari meja kopi. Jejeran air liur yang meleleh di sekitar pipi dilap bersih. "Haaa kan dah comel."
Tanpa Alanna tahu ada seseorang mengintainya dan Haisya dari balik langsir. Setiap momen Alanna dan Haisya ditangkap senyap-senyap. Gambar-gambar berharga itu disimpan baik-baik.
Selesai mengintip. Niyaz dengan lagak biasa dan tak bersalah keluar dari tempat persembunyian. Bersama dua piring kek coklat yang sempat diambil dari luar.
Alanna yang masih tidak perasan akan kehadirannya dicuit. "Jom lepak luar," ajak Niyaz seraya menunjuk pintu gelangsar yang terbuka luas.
"Tak nak la orang ramai," tolak Alanna. Tak selesa. Dia lebih suka di sini bersama Haisya.
"Orang ramai dah balik. Depan dah kosong. Tinggal budak kafe ja," beritahu Niyaz. Niyaz letak satu piring kek atas meja. Tangan kanan yang kosong itu mengambil Haisya dari Alanna. Didukung budak itu.
"Jom," seru Niyaz.
Alanna akur. Dia ambil kek coklat yang ditinggalkan Niyaz dan ikut Niyaz ke pintu gelangsar.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...