PROLOG

97 0 0
                                    

BERGEMA seluruh ruangan itu dengan gelak tawa kanak - kanak sehingga berair tubir mata dibuatnya.

"Tak baiklah, abang ni! Ada ke patut tertawakan Qayra?" Serak suara kanak - kanak perempuan itu kerana terlalu banyak ketawa, anak patung beruang didakapnya erat, matanya tidak berkelip - kelip memadang seraut wajah tampan itu yang masih galak ketawa, jelas kelihatan lesung pipit disebelah kanan milik kanak - kanak lelaki itu apabila dia ketawa.

"Siapa suruh salah orang, padanlah muka" Hambur kanak - kanak lelaki itu, sempat tangannya naik mengesat air mata dibirai mata hazel itu. Ni kalau umi tengok dia ketawakan Tengku Qayra, habis ni.

"Abang ni jahatlah!" Laju tangan kecil Aisya naik menampar lengan lelaki itu, dan laju saja Tengku Qayriel meringis kesakitan.

"Isya! Sakitlah! Janganlah pukul!" Tangan kirinya dibawa mengosok lembut lengan kanannya yang menjadi mangsa buli tangan kecik itu.

"Hidup bongsu!" Tangan pendek Aisya naik diatas udara sebelum tangan kecil itu dikepal. Dia perlu pertahankan anak bongsu!

"Tak boleh! Tak boleh! Kau perempuan! Mana boleh angkat macam tu! Aurat!" Tegur Tengku Qayriel lantang, dia terus bangun dari duduk dan menarik lembut lengan baju kanak - kanak perempuan itu.

Kanak - kanak perempuan berumur 5 tahun itu terkedu sejenak tatkala melihat akan perbuatan Tengku Qayriel yang mampu mencairkan hatinya.

"Aurat? Apa tu?" Soal Aisya dengan wajah kebingunan, dia memadang Tengku Qayriel yang kembali duduk dihadapannya dengan memasang sila.

"Ustaz aku ajar, tangan dan muka saja yang boleh tunjuk, yang lain semua aurat. Kalau tunjuk berdosa" Lembut tutur bicara kanak - kanak lelaki itu menerangkan serba sedikit apa yang dia dengar daripada sekolah semalam.

Terangguk - angguk kepala Aisya kerana memahami apa yang Encik Tengku sorang tu ajar.

"Tapi kenapa mama tak pakai tudung? Kan rambut tu aurat?" Polos Aisya bertanya, dipandang Tengku Qayriel dengan wajah meminta jawapan.

"Yang tu tanya papa kau, aku tak tahu" Ringkas jawapan yang terbit dari mulut Tengku Qayriel sebagai jawapan untuk gadis kecil itu.

"Riel! Isya! Jom makan!" Laung Puan Sri Arisha dari ruang makanmansion mewah itu.

"Baik umi!"

"Baik aunty!" Sahut kedua - dua kanak - kanak itu. Tengku Qayriel pantas bangun dari duduk dan berlari ke dapur dan diikuti Aisya yang terhegeh - hegeh itu.

~~~

"UMI! Angah nak cookie" Pinta Tengku Qayriel lembut, tangan kecil Tengku Qayriel menarik lembut bahagian hujung baju Puan Sri Arisha.

"Bawah kebinet tadi, umi letak. Taktahulah kalau ada orang amik, kenapa ngah?" Tertunduk kepala Puan Sri Arisha kerana ingin melihat seraut wajah anaknya. Sepasang mata hazel kehijauan milik Tengku Qayriel seperti kaca, jika mata itu terkena silauan matahari, mata itu akan bersinar.

"Ohh, angah nak share dengan Isya, boleh kan, mi?" Terangguk - angguk kepala Puan Sri Arisha mengeyakan kata - kata anaknya, rambut coklat perang Tengku Qayriel dibelai lembut.

"Boleh sayang, pergilah" Balas Puan Sri Arisha dengan penuh kelembutan. Senyuman manis terukir dibibirnya apabila melihat anak keduanya mengucup lembut kekura tangannya sebelum melangkah pergi. Anak siapa ni yang baik sangat?

"Ohh! Lupa!" Laju kaki pendek Tengku Qayriel berlari semula kearah uminya, pipi mulus Puan Sri Arisha dikucup sebelum melangkah keluar dari dapur.

Mengeleng perlahan kepala wanita itu tatkala melihat gelagat anaknya, seketika kemudian seorang jejaka kecil kembali semula ke dapur bersama senyuman nipisnya.

"Angah sayang umi angat - angat!" Dan lagi sekali kepalanya mengeleng, ada sajalah telatah anak keduanya ini.

"Umi pun sayang angah angat - angat" Ajuk Tengku Qamar, dia sudah dapat tangkap apa yang hendak dibalas isterinya.

Tergelak kecil Tengku Qayriel dan Puan Sri Arisha apabila mendengar solorohan abinya yang segak dalam sut mewahnya, seperti baru pulang dari pejabat.

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now