BERKALI - KALI tangannya menelefon si isteri tetapi tidak juga tidak menjawab, dia sudah kehulur kehilir bersama iPhone yang mengetuk - getuk pada dagunya.
"Mungkin phone dia mati?" Duga Hazim dengan nada cuba menenangkan kegusaran kawan baiknya. Tak pernah dia melihat Tengku Qayriel kegusaran ini sebelum ini, sebelum ini tenang saja.
"Tak, aku tak rasa phone dia mati, kalau ya pun, dia boleh cas dalam kereta." Ujar Tengku Qayriel perlahan. Dia sangat berharap agar isterinya menelefonnya semula dengan membawa kabar baik.
Gara - gara kehilangan Aisya dia tidak pergi kerja harini, jika dia pergi pun pasti dia tidak akan fokus.
Dan secara tiba - tiba telefon didalam genggamnya berdering, laju saja dia memandang phonenya. Nombor hospital.
Laju degupan jantungnya berubah rentak, dia kuatkan semangat untuk mengangkat panggilan tersebut.
"Suami Puan Aisya?" Tanya suara nurse perempuan. Dan perlahan saja Tengku Qayriel mengangguk biarpun dia tahu nurse itu takkan nampak.
"Iya saya." Ujar Tengku Qayriel perlahan, entah mengapa hatinya berasa kurang enak selepas menjawab panggilan tersebut.
"Boleh Tengku datang hospital?" Pinta nurse tersebut. Membuatkan perasaan kurang enak Tengku Qayriel semakin membukit.
"Kenapa? Kenapa dengan isteri saya?" Tanya Tengku Qayriel dengan nada kebimbangan mengenai isterinya.
"Ada orang nampak isteri Tengku didalam rumah lama dekat Puchong." Terus Tengku Qayriel mematikan panggilan itu, air mata mula bertakung dimatanya.
Dia terus menyambar kunci kereta BMWnya sebelum melangkah keluar dari rumahnya.
~~~
PERLAHAN - LAHAN kelopak mata Aisya terbuka, dan dia segera menutup kembali apabila sinaran cahaya menerkam masuk kedalam matanya dan menyebabkan berlakunya silauan.
Kepalanya mula mengulang tayang memori yang berlaku padanya semalam.
Air matanya laju mengalir membasahi pipi mulus itu kemudian berubah esakan, menyedarkan Tengku Qayriel dari lena.
"Heiii, sayang. Kenapa ni?" Serak suara Tengku Qayriel yang cuba menenangkan isterinya, walaupun masih mamai dia tetap bangun dan memujuk kesayangannya.
"Shhhh, abang ada sayang, abang ada. Abang takkan tinggalkan Sunshine abang." Pujuk Tengku Qayriel lembut, dia membelai lembut tudung sarung hitam yang dipakai isterinya.
Dia mengucup lembut ubun - ubun Aisya lama, dan tanpa sedar air matanya turut menitis diatas kepala Aisya.
Otaknya mula mengulang tayang apa yang berlaku ketika dia sampai ke hospital bersama Hazim tengahhari tadi.
"Tengku Qayriel?" Sapa satu suara lunak, apabila Tengku Qayriel berpaling, matanya terus disapa dengan satu sosok langsing yang disaluti kot berwarna putih, dengan name tag yang tertulis Dian.
"Ikut saya." Doktor yang bernama Dian itu terus masuk kedalam bilik rawatan dan diikuti oleh Tengku Qayriel dari belakang.
"Kenapa dengan wife saya, doktor?" Tanya Tengku Qayriel selepas melabuhkan punggung disebuah kerusi dihadapan doktor muda tersebut.
"Saya harap Tengku boleh bersabar dengan apa yang saya akan katakan." Berdetak laju degupan jantung Tengku Qayriel sebaik saja mendengar akan kata - kata doktor Dian.
"Setelah membuat ujian air mani, saya mendapati isteri Tengku menjadi mangsa rogol. Apa yang lebih menguatkan seluruh tubuh Puan Aisya mempunyai lebam - lebam yang sangat teruk, jadi kemungkinan untuk isteri Tengku pregnant sangat besar, Puan Aisya juga akan trauma dengan apa yang berlaku pada dirinya, saya harap Tengku bertabah dengan ujian ini." Bersandar lemah Tengku Qayriel selepas mendengar. Tubir matanya mula memanas. Apa salah isterinya kalini Ya Allah?
Balik pada masa kini, air mata Tengku Qayriel makin laju menitis sebelum ianya berubah tangisan.
"Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf, abang yang salah, abang yang tak pandai jaga isteri abang, abang minta maaf." Serak suara Tengku Qayriel meminta maaf, kenapa semua ni harus terjadi pada isterinya.
Kuat Aisya meronta agar dia dilepaskan, tetapi kuat Tengku Qayriel memeluk isterinya, cuba untuk menandingi kekuatan wanita Aisya.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Kuat Aisya menempik, semakin kuat rontaan wanita itu dan makin kuatlah Tengku Qayriel memeluk tubuh itu.
"Lepaskan aku! Aku nak suami aku! Aku nak balik, suami aku dah tunggu!" Jerit Aisya lantang, dia kemudian menumbuk kuat dada bidang suaminya, namun Tengku Qayriel langsung tidak beranjak dan membiarkan isterinya memukul dirinya.
"Sayang, ni abang, ni abang. Ingat abang?" Lembut suara Tengku Qayriel biarpun masih kedengaran serak dan sebak. Dia memegang dagu Aisya sebelum mendongakkan memadang nya.
"Abang." Lemah suara Aisya menyeru suaminya, dia terus memeluk tubuh itu, air matanya makin laju mengalir.
"Abang, Isya minta maaf." Perlahan suara Aisya memohon kemaafan daripada suaminya, dia mengucup lembut kekura tangan suaminya, air matanya semakin lama semakin lesu.
"Shhhh, sayang tak salah sayang, Sunshine abang tak salah. Abang yang gagal jaga isteri abang." Sekali lagi Tengku Qayriel mencium lembut ubun - ubun isterinya, lama.
~~~
JAUH Aisya termenung memadang ke luar jendela wad itu sambil mengosok sikunya perlahan."Paksu, kenapa dengan maksu? Maksu otey?" Soal Husna polos, dia memadang lama kearah bapa saudaranya dengan wajah meminta jawapan.
"Maksu tak sihat, sayang. Maksu sakit. Una nak jumpa maksu?" Perlahan suara Tengku Qayriel menjawap dengan nada lembut pastinya. Husna hanya mengangguk perlahan, dan Tengku Qayriel terus mengangkat tubuh kecil itu.
"Maksu." Sapa Husna ceria, senyuman lebar diberikan kepada Aisya dengan harapan wanita itu akan membalasnya.
"Qayriel, jauhkan budak tu, saya jijik." Mendatar suara Aisya memohon, dia langsung tidak memadang kearah anak saudaranya sebaliknya hanya termenung.
Berubah wajah ceria Husna apabila maksunya menghalaunya, dia memadang kearah Tengku Qayriel seperti meminta jawapan.
"Sayang. Una cuma nak jumpa dengan sayang." Lembut suara Tengku Qayriel memujuk, dia meletakkan Husna diatas katil pesakit itu namun laju Aisya menghalang.
"Jangan, Riel. Saya jijik, dia takkan nak dengan saya. Saya perempuan jijik." Berair tubir mata Husna apabila maksunya menghalang, maksu tak pernah macam ni, maksu selalu main dengannya. Kenapa maksu berubah?
"Sayang, apa cakap macam tu? Sayang tak jijik, abang tak pernah jijik dengan sayang, tak ada sesiapa pandang serong pada sayang." Ujar Tengku Qayriel lembut. Dia mengosok lembut bahu Aisya untuk menenangkan isterinya.
"Saya hilang kesuciaan diri saya, macam mana kalau saya pregnant? Awak nak isteri awak mengandungkan anak lelaki lain?" Terdiam Tengku Qayriel sejenak. Sukar untuknya menerima, tapi dia akan cuba.
"Anak yang lahir dari rahim seorang Aisya Humaira ialah anak abang, tak kisahlah dari benih haram sekalipun, abang akan tetap anggap sebagai anak abang." Kata Tengku Qayriel dengan nada menyakinkan.
"Saya dah tak ada apa - apa."
"Abang tak kisah, abang tak pernah kisah, abang sayang Aisya Humaira kerana siapa dia, bukan apa yang dia miliki" Jawap Tengku Qayriel perlahan dan lembut.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...