PADA malam itu, kuat suara Aisya menempik sehingga berjaya mengejutkan segolongan penghuni rumah itu, termasuklah Tengku Qayriel.
"Sayang. Sayang. Shhh." Lembut suara Tengku Qayriel cuba menenangkan si isteri yang meronta - ronta.
Tangan kecil Aisya cuba diraih namun Aisya terlebih dahulu menampar lengannya membuatkan dia mengadu kesakitkan.
Dan dalam keadaan mamai, dia memeluk tubuh isterinya kerana cuba menghalang Aisya bergelut.
Kuat Aisya meronta - ronta, dan tanpa berfikir panjang, laju tangan Aisya menumbuk - numbuk belakang badan suaminya tetapi Tengku Qayriel tetap utuh menahan diri.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Air matanya tanpa dipinta mengalir laju memberi respon akan kesakitan yang dia rasakan.
Kuat Tengku Qayriel meraih tangan Aisya sebelum disatukan dikepala wanita itu. Dan makin kuat Aisya meraung.
"I'm sorry, Sunshine." Bisik Tengku Qayriel perlahan, dengan penuh paksa dia mencapai segulung tali sebelum mengikat pergelangan tangan Aisya dikepala katil.
Ini saja cara dia boleh menghalang Aisya daripada melukai diri sendiri.
"Diam!" Keras suaranya berkata, tangannya ditekap pada mulut Aisya agar tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menyedarkan ramai orang.
Terus kaku tubuh kecil Aisya apabila menerima kekerasan suara itu, dia hanya memadang pada mata itu, mata yang selalu mengungkapkan kasih sayang dan kelembutan, akan tetapi malam ini, mata itu mempamerkan kekerasan saja.
"Good." Gumam Tengku Qayriel kasar, dia membelai lembut rambut coklat Aisya, pipi mulus Aisya dikucup lembut sebelum dia bangun dari menindih tubuh itu.
Tengku Qayriel mengambil tempat diatas sofa sebelum menyandarkan kepalanya pada bahu sofa, matanya terhala kearah sosok Aisya diatas katil sebelum mata itu terpejam.
Pada keesokkan paginya, dengan kasar Tengku Qayriel meletakkan pinggan berisi mee goreng dihadapan Aisya. Wajah lelaki itu langsung tidak mempamerkan emosi.
"Siapa awak?" Tanya Aisya perlahan, dia seperti tidak mengenali lelaki dihadapannya tika ini, walhal itu suaminya.
"I'm Aryan, not Qayriel." Balas Tengku Qayriel dingin, tanpa kata dia mengambil tempat dihadapan Aisya. Mata helang itu tajam memerhati si isteri.
'I'm sorry, sayang. Ini saja satu - satunya cara untuk hilangkan trauma awak.' Bisik hati Tengku Qayriel perlahan dan lembut. Dia terpaksa, dia terpaksa menjadi dirinya yang satu lagi demi isterinya.
"Makan sekarang." Mendatar suara Tengku Qayriel mengarah, tangannya sudah naik memeluk tubuh.
Sungguh berlawanan betul sifatnya yang satu ini, sisi keduanya atau yang diberi nama Tengku Aryan ini wujud kerana apa yang pernah dia alami sewaktu remaja dulu, yang sering terluka dengan perkataan orang lain, dan sisi keduanya wujud seperti sisi gelap seorang Tengku Qayriel Aryan.
"Dah pandai berdegil? Lupa ke yang saya ni suami awak? Nak ingkar arahan suami?" Keras suaranya berkata.
Tanpa kata Aisya menyuapkan mee goreng itu kedalam mulutnya. Matanya tanpa berkelip merenung Tengku Qayriel dihadapannya sekarang, seperti tidak percaya bahawa dihadapannya ketika ini ialah suaminya.
"Tengahhari kita balik KL. Saya ada kerja." Mendatar suara itu memberitahu. Dengan penuh selamba, Tengku Qayriel bangun dari duduknya dan beredar dari situ.
~~~
SETELAH selesai meletakkan beberapa luggage kedalam bonet, Tengku Qayriel mengatur langkah menghampiri ahli keluarga mertuanya.
"Pa, ma. Riel dengan Isya balik dululah." Dia menyalami lembut tangan mertuanya dan tangan abang iparnya sebelum menghadiahkan sepasang senyuman manis, sangat kontra dengan dirinya yang sebelum ini.
Dia mengeluarkan beberapa not 100 ringgit dari dompetnya kemudian diberikan kepada Puan Zaleha.
"Ni buat nenek makan pakai, kalau tak cukup nanti Riel transfer lagi." Ujar Tengku Qayriel lembut, 5 keping not berharga 100 keping diberi buat Puan Zaleha.
Dan selepas itu masing - masing selesa diam. Aisya pula sedang bermain phonenya manakala Tengku Qayriel hanya tenang memandu.
"Abang. Isya minta maaf buat abang semalam. Isya tahu Isya salah dan sebab itu Isya minta maaf. Maafkan Isya?" Lembut suara Aisya meminta kemaafan. Tangan Tengku Qayriel cuba diraih namun cepat Tengku Qayriel menarik kembali.
"Abang." Sebak suara Aisya berkata. Air mata mula bertakung ditubir matanya.
"Jangan menangislah, macam budak - budak." Mendatar suara Tengku Qayriel menegur, matanya masih tertumpu pada lebur raya tanpa berniat ingin menoleh kearah isterinya.
Beberapa jam kemudian, anak mata Tengku Qayriel tertoleh sedikit kearah Aisya yang sudah selamat dialam mimpi. Tangannya perlahan - lahan naik mengosok tudung sarung Aisya.
Apabila tubuh genit Aisya mengeliat, dia pantas melarikan semula tangannya, wajah yang kelihatan gusar itu berubah kosong.
"Aisya, bangun. Kita dah sampai." Dan sejurus itu dia pantas keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah agam keluarganya, meninggalkan Aisya sendirian didalam kereta.
Tersenyum nipis Aisya melihat figura suaminya melangkah masuk kedalam rumah.
"Aisya tahu abang gosok kepala Isya tadi, Isya tahu abang merajuk. Nanti Isya pujuklah." Kata Aisya perlahan, dia mengosok lembut matanya kemudian masuk kedalam rumah.
"Memang tangan tu tak ada ke? Tak boleh nak ketuk pintu dulu sebelum masuk?" Tersentak Aisya apabila mendengar sergahan kasar Tengku Qayriel.
"Angah, apa cakap macam tu? Isteri kamu tu kan?" Tegur Puan Sri Arisha tegas. Aisya hanya tersenyum pahit, dia mengatur langkah menghampiri ruang tamu itu, tangan ibu mertuanya dikucup lembut, tangannya dihulurkan buat Tengku Qayriel, akan tetapi lelaki itu hanya diam, tidak membalas.
"Angah. Kak Isya nak salam tu kan?" Tegur Tengku Qayra mendatar. Dia seperti tidak mengenali pula abang keduanya malam ini.
"Pergi naik atas, mandi." Arah Tengku Qayriel mendatar seusai saja Aisya menyalami tangannya.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...