BAB 05

52 0 0
                                    

            TERGELENG - GELENG kepalanya tatkala melihat Hazam tanpa henti menyuapkan burger bersama ketang goreng itu kedalam mulut. Apa yang sedap entah.

Ketika ini mereka berdua berada disebuah restoran terkemuka di ibu negara yang air kosong segelas boleh mencecah 7 ringgit.

Manakala dia tenang menyuapkan nasi goreng cina kedalam mulut, ayam goreng crispy yang dipesan juga sudah sampai. Dan tanpa berlengah lagi, dia memotong sebahagian ayam itu menggunakan garfu dan pisau yang dipegangnya.

"Kau belanja kan?" Soal Hazam setelah hampir separuh burger diterkamnya. Kalau dia yang bayar ni memang kering dompetnya setahun, sejak berkawan dengan anak orang terkemuka plus kaya raya ni, semua benda mahal masuk dalam perutnya.

"Pernah ke kau belanja aku makan? Setahu aku selama ni aku aje yang belanja kau makan." Terus tersengih lebar Hazam apabila mendengar kata - kata kawan baik. Kalau nak dia belanja sini bukan tempatnya, sini orang bangsawan saja yang boleh makan. Tempat dia di warung mamak.

"Thank youu Tengku! Kau memang kawan terbaik abad ni!" Balas Hazam sambil masih tersengih.

Tengku Qayriel mengangguk sekali seperti menerima terima kasih Hazam itu, nasi goreng cina kembali disuap kedalam mulut.

"Riel." Sudah hilang pangkat Tengku yang disebut Hazam dan kembali dengan nama panggilan biasa.

"What?" Soal Tengku Qayriel sepatah, sambil memadang kawan baik, sambil rahangnya berkerja menguyah makanan.

"Kau pernah makan ikan?" Berkerut dahi bersih Tengku Qayriel kerana cuba menghadam serta memikirkan jawapan tentang pertanyaan Hazam.

"Salmon dan siakap pernah" Sejak 25 tahun dia hidup, itu saja ikan yang pernah dia telan, ikan lain kenal pun tak.

"Apa ni?" Tanya Tengku Qayriel apabila melihat satu bekas plastik yang didalamnya mempunyai dua jenis warna iaitu pink muda dan pink terang.

"Cubalah." Hazam mula menyandarkan dirinya di penyandang kerusi sambil memerhati Tengku Qayriel yang ingin membuka bekas plastik itu.

Sudu yang sememangnya berada diatas tisu disisi pinggan diamik sebelum disuap lapisan kuih berwarna pink itu kedalam mulut.

"Sedap?" Soal Hazam ketika melihat wajah tampan Tengku Qayriel sedikit bereaksi kerana cuba menghadam rasa kek tersebut.

"Sedap! Kuih apa ni?" Dilihat sekeliling bekas yang hanya kosong tanpa tertulis nama kuih.

"Itu kek lapis lah gila! Bukan kuih" Berangguk - angguk kepala Tengku Qayriel kerana dapat merasakan rasa didalam kek lapis itu, ada yang manis dan juga sederhana.

~~~

             "MAK YAH!" Sergah Aisya sebelum gadis itu tergelak besar apabila melihat bibik yang bernama Mak Yah itu melatah, siap berkungfu lagi.

"Oh mak kau hijauu, haishh apa ni Cik Isya! Terkejut Mak Yah" Laju wanita separuh abad itu mengurut dadanya dalam keadaan sesak nafas.

"Mak Yahlah, siapa suruh khusyuk lap pinggan tu" Tangan gadis itu sudah memegang perutnya angkara senak kerana terlalu banyak ketawa.

"Mak Yah, mana abang Haq?" Soal Aisya yang sudah duduk diatas kitchen island dihadapan Mak Yah bersama epal merah ditangan.

"Manalah Mak Yah tahu, abang kamu ke abang Mak Yah. Ada apa cari dia?" Dikerling sekilas kearah anak majikannya yang masih lagi berbaju tidur walaupun sudah masuk tengah hari.

"Ohh, Isya nak kacau abang Haq tadi, dah dia tak ada, tak apalah" Kata Aisya sambil mengigit epal merah yang sudah dibasuh Mak Yah tadi.

"Amboi anak dara mama sorang ni. Tengah hari baru nampak batang hidung" Celah Puan Sri Annisa, tersengih kecil Aisya apabila ditegur sebegitu oleh mamanya.

"Mama buat apa sini? Tak ke butik kawan baik mama tu?" Soal Aisya buat mamanya yang sudah mengambil tempat dihadapannya.

"Butik Risha tutup harini, itu yang malas nak keluar" Jawap Puan Sri Annisa lembut.

"Isya! Abang ada cadangan" Sergah Adriel Haq sebelum mengambil tempat disebelah adiknya, rambut coklat adiknya disangkut pada telinga apabila wajah cantik itu terganggu dengan anak - anak rambut.

"Isya pergi shopping dengan mama, habiskan harta papa. Kalau bukan korang yang kikis siapa lagi?" Terjongket - jongket sebelah kening tebal Haq ketika berkata, dia memang sejak dulu lagi tak puas hati dengan harta - harta yang diperoleh Tan Sri Haqeem, apa dendam entah.

"Tersedak papa kat golf, korang kutuk dia" Tegur Puan Sri Annisa apabila mendengar cadangan anak sulongnya kepada anak bongsunya. Memang Haq tak pernah puas hati dengan suaminya.

"Apa yang abang tak puas hati sangat dengan papa tu? Isya rasa papa dah minta maaf pasal Porsche tu" Ujar Aisya bersama gelengan kepala. Alkisahnya begini, satu hari tu Haq ada calarkan Range Rover papa, dan papa pun balaslah dendam dengan membuang angin kereta Porsche abang Haq, dan disebabkan itu Haq sedang bertungkus - lumus membalas dendam semula walhal papa sudah meminta maaf. Like father like son.

"Papa dengar Adriel Haq" Tegur suara garau Tan Sri Haqeem yang sudah pulang dari bermain golf.

Terus tersengih Haq apabila ditegur papanya.

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now