BAB 20

13 0 0
                                    

            BMW m4 milik Tengku Qayriel selamat terletak di halaman rumah kampung milik Puan Zaleha di Segamat, Johor.

"Sayang, naiklah dulu. Abang angkat bag." Arah Tengku Qayriel lembut, sempat dia mencubit pipi mulus isterinya sebelum melangkah keluar dari keretanya.

"Isya nak tolong." Celah Aisya dari tepi bonet, dia tersenyum manis kearah suaminya yang berusaha mengeluarkan washbag berwarna pink miliknya.

"Abang dah cakap, tak payah. Sayang tengok aje." Kata Tengku Qayriel bersama jelingan lembut. Washbag itu diberikan kepada isterinya sebelum dia mengeluarkan lagi dua luggage berwarna pink dan putih, semuanya bersaiz sama.

"Sayang, simpan apa banyak - banyak ni? Sampai dua luggage? Abang punya satu aje." Celoteh Tengku Qayriel sambil mengheret luggage berwarna hijau gelap dari bonet keretanya yang tak ada besar mana. Penuh dengan barang isterinya saja, nasib sayang.

"Isya bawa Oyeo, Isya! Pastu ada Maggi! Ada Camila!" Ceria suara Aisya memberitahu akan apa yang dibawanya.

Percaya atau tak, jika Oyeo, Maggi dan Camila itu sebenarnya teddy bear Aisya yang pelbagai bentuk?

"Habis, kalau sayang peluk teddy, sayang. Siapa nak peluk abang?" Kata Tengku Qayriel perlahan, bonet keretanya ditutup perlahan - lahan sebelum dia mula mengheret luggagenya.

"Ni, Camila boleh peluk papa!" Camila yang berbentuk unicorn itu dibawa memeluk tubuh tegap Tengku Qayriel bersama senyuman keanak-anakannya.

"Hmm, biar Camila aje peluk papa, mama jangan peluk." Teddy bear unicorn itu dipeluk sebelum meninggalkan Aisya yang sedang mencebik kecil itu.

"Camila taknak peluk mama? Mama nak majuk! Jangan pujuk!" Mata coklat Aisya sudah berair, wanita itu masih berdiri di tempatnya bersama wajah tercebik - cebik ingin menangis.

Tersenyum manis lelaki itu tatkala melihat isterinya mencebik kecil dengan wajah ingin menangis. Sumpah, isteri siapa ni? Comel sangat! Manja.

"Heii, kenapa ni nangis? Macam budak keciklah." Tengku Qayriel kembali lagi kepada isterinya, dia memberikan unicorn pink itu kepada pemiliknya.

"Abanglah! Kenapa tak bagi Camila peluk Isya! Camila tu comel tau!" Masih dalam intonasi merajuknya, bibir merah itu mencebik tak suka.

"Aisya lagi comel." Mulut itik Aisya dicubit geram sebelum dia cepat - cepat meninggalkan halaman rumah kampung itu, bila kaki pendek Aisya ingin mengejarnya.

"Abang!" Kuat suara Aisya menyeru suaminya. Tanpa memperdulikan luggagenya, dia berlari mengejar langkah besar suaminya. Tak guna punya Tengku!

~~~

         "APA pandang - pandang?" Soal Tengku Qayriel mendatar, apabila perasan mata isterinya terpanah kearahnya, dimuka pintu bilik.

"Abanglah! Kenapa tak mengalah!" Kata Aisya sambil melangkah masuk bersama dua luggagenya.

"Abang pulak? Isyalah, siapa suruh merajuk? Ingat abang nak pujuk?" Balas Tengku Qayriel sambil mengantungkan pakaiannya di almari, taknak kalah.

"Abang culik Camila. Abanglah yang kena mengalah, kenapa Isya pulak?" Balas Aisya sebelum dengan selambanya memberikan dua luggagenya kepada suaminya.

"Jangan nak kaitkan, Camila. Dalam hal ni, anak abang tak salah." Anak abanglah sangat!

"Cepatlah mengaku kalah! Isya penatlah merajuk!" Rengek Aisya perlahan, dia sudah dahaga pelukan suaminya!

"Apasal abang pulak? Isya yang start kan? Isyalah kena mengalah." Dalam diam dia mengukir senyuman kecil melihat wajah tak suka isterinya. Dia akan buktikan lelaki anak kedua, menang kalini! Dan anak bongsu kalah!

"Abang!" Seru Aisya kuat. Takkanlah dia nak mengalah? Jatuhlah saham dia nanti!

"Apa?" Balas Tengku Qayriel tanpa rasa bersalah.

"Cepatlah mengalah! Isya dah penatlah majuk!"

"Siapa suruh merajuk? Abang taknak pujuk, pujuklah sendiri." Kata Tengku Qayriel lalu keluar dari bilik itu dengan meninggalkan luggage Aisya diatas lantai tanpa disangkut.

"Tengku Qayriel!" Kuat jeritan Aisya dari dalam bilik! Jatuh betul saham dia, main dengan lelaki ini!

~~~

             SEDARI tadi lagi Aisya tanpa henti mengikuti suaminya dari belakang. Tengku Qayriel hendak ke kereta dia ikut, hendak ke dapur dia ikut, hendak ke tandas pun dia ikut.

"Ni dah melampau ni. Isya, abang nak pergi tandas ni, jangan ikutlah." Kata Tengku Qayriel yang berdiri didepan pintu tandas. Dikerling isterinya yang seperti masih tak puas hati.

"Isya? Mana sayang dan Sunshine abang pergi? Selalunya abang panggil Isya, sayang." Kata Aisya. Dia masih tegak berdiri di belakang suaminya, selagi Tengku Qayriel tak mengalah, dia taknak mengaku kalah! Bukan prinsip hidupnya!

"Astaghfirullahlazim, budak ni. Isya, abang nak pergi tandas ni, yang Isya ikut dah kenapa?" Balas Tengku Qayriel dengan nada pasrah. Apa kena budak ni sekarang? Wayar otak terputus ke?

"Abang kena mengalah, dulu. Baru Isya stop ikut abang." Kalini dia pasti anak perempuan bongsu akan menang! Dia akan pastikan!

"Taknak. Sekarang stop kat situ. Abang nak pergi tandas, jangan kacau." Kata Tengku Qayriel perlahan sebelum dia memasuki kedalam tandas. Dan Aisya hanya tegak berdiri disitu.

Dan perkara itu dibawa sehingga ke malam. Ikan masak kicap ingin diamik oleh Tengku Qayriel tetapi laju Aisya memintas, sebelum diletakkan kedalam pinggannya.

Tangan Tengku Qayriel beralih pula pada gulai ayam, tetapi sekali lagi dipintas oleh Aisya.

"Yang korang berdua ni dah kenapa? Makanan pun nak berebut." Tegur Puan Zaleha buat kedua cucu dan cucu menantunya.

"Humaira ni lah, Nek! Dia asyik ikut Riel dua puluh empat jam!" Adu Tengku Qayriel perlahan. Penat dia kena ikut.

"Ryan ni nek! Dia yang taknak kalah! Isya taknak mengaku kalah!" Adu Aisya pula. Ingat dia sorang boleh mengadu?

"Tulah, Riel. Aku dah cakap tak payah kahwin dengan bongsu, kan dah mendapat." Balas Haq selamba, mangkuk yang terisi gulai ayam ditangan adiknya, dirampas sebelum dicedokkan kedalam pinggan adik iparnya. Easy.

Tersenyum kemenangan Tengku Qayriel apabila abang iparnya berpihak padanya. Membuatkan Aisya menjeling tajam kepada abangnya.

Menggeleng perlahan kepala Puan Zaleha melihat akan pergaduhan cucu - cucunya. Benda kecil pun nak gaduh.

"Ikut suka hati koranglah, tak ada masa mama nak melayan." Kata Puan Sri Annisa tanpa nada. Sorang taknak kalah, sorang nak menang. Memang runtuh rumah ni.

BERSAMBUNG

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now