BAB 06

8 0 0
                                    

                 "TUKAR." Hanya dengan satu patah perkataan saja, ianya boleh membuat Hazam mengeluh.

"Riel. Cerewet betul kau ni." Keluhan dilepaskan kasar oleh Hazam tatkala melihat dua perkerja lelaki kembali semula kearah CEO mereka untuk menggantikan pakaian.

"Aku tak suka warna dia aje. Apasal tuxedo warna purple? Hodoh tahu." Kutuk Tengku Qayriel selamba, mentang - mentanglah butik ini uminya yang pula selamba saja mengutuk.

Sudah masuk 10 kali sudah Tengku Qayriel menukar tuxedo tetapi masih tiada yang berkenan dihati lelaki itu.

"Ada tak warna maroon?" Ujar Tengku Qayriel kepada dua perkerja lelaki itu.

"Ada Tengku." Balas salah seorang perkerja tersebut dengan nada rendah.

"Ni lah kau, alih - alih maroon jugak yang kau cari. Punyalah banyak warna lain, warna merah pekat tu jugak pilihan kau eh?" Bebel Hazam lantang, dia sudah memeluk tubuh diatas kerusi itu.

"Tak hitam, maroon, tak maroon hijau. Tu aje kau." Sambung Hazam.

"Kau ni kan? Membebel kalah mak nenek, cuba diam mulut tu kejap." Protes Tengku Qayriel sambil meneguk segelas air kosong. Keluar dengan Hazam ni macam keluar dengan perempuan, ada aje benda yang tak puas hati.

Selang beberapa minit kemudian lelaki itu sudah segak dalam persalinan tuxedo maroonnya dengan bertali halus pada dada blazer dan juga poket blazer.

Tangan kekar Tengku Qayriel sudah naik mengemas rambut coklat perangnya dihadapan cermin besar, mata itu sempat mengerling kearah Hazam yang sudah bersilang kaki sambil menatap iPhonenya.

"Zam. Kau taknak cari tuxedo ke?" Soal Tengku Qayriel sambil mengemaskan tali lehernya.

"Taknak. Kau kan main character dalam majlis tu nanti, kau jelah yang pakai, aku pakai yang lamalah." Balas Hazam mendatar. Sememangnya malam lusa akan diadakan majlis di ballroom Qay Hotel bagi melantik CEO baru Qay Group.

"Kalau kau nak, aku boleh belanja, pergilah cari." Perlahan sahaja suara Tengku Qayriel menawar dengan nada tenang. Tetapi laju Hazam mengeleng.

"Taknak. Nanti orang cakap aku amik kesempatan pulak kikis harta kau, aku bukan anak jutawan macam kau. Pakai tuxedo lama tu kira mujur. Makan tadi pun kau yang bayar." Balas Hazam perlahan. Dia ni kira untung dapat jadi kawan anak orang kaya macam Tengku Qayriel.

"Kalau bukan kau, siapa lagi yang nak kikis harta aku? Kawan aku, kau sorang saja." Dia tahu apa yang Hazam rasa. Tak semua orang dilahirkan dibawah dulang emas, dia ni kira beruntung lahir - lahir saja dapat tinggal di rumah agam.

"By the way, Riel. Mana Isya ek? Dah lama dah aku tak nampak dia?" Tanya Hazam, rasanya sudah 6 tahun dia tidak berjumpa gadis itu. Semenjak Tengku Qayriel menyambung pengajian di University Of Oxford, maka mereka berdua terputus hubungan yang terjalin sejak kecil.

"Entah. Tapi yang aku dengar, dia dah graduan, and sekarang tengah praktikal dekat sekolah menengah, mana entah." Jawap Tengku Qayriel tanpa nada. Entahlah dia juga tak berapa tahu tentang keadaan semasa gadis bernama Aisya Humaira itu, yang dia dengar pun dari Tengku Qamar dan Puan Sri Arisha.

"Dia 23 kan tahun ni? Mesti lawa kan? Kecik - kecik pun dah lawa, besar apatah lagi." Sempat Hazam memuji gadis itu. Menjeling Tengku Qayriel kepada Hazam itu. Hazam ni memang, cakap pasal perempuan mesti duk memuji, marah dek jodoh tu tahulah.

"Kau, kalau memuji perempuan nombor satu. Cuba istighfar sikit, dapat juga pahala." Tersengih Hazam mendengar teguran kawan baik.

"Belikan aku Americano." Tanpa berkata apa, sekeping kad kredit berwarna hitam itu dilemparkan kepada Hazam, dan dengan baiknya Hazam menyambut. Membulat terus mata hitam itu melihat black card ditangannya.

"Americano satu, siap! Untuk Tengku Aryan!" Laju black card itu dimasukkan kedalam dompetnya sebelum dia melangkah keluar dari fiting room itu.

~~~

                     "MA, kita buat apa kat sini?" Soal Aisya sambil mengerutkan keningnya.

"Sya kena teman mama beli dress." Aisya sudah menepuk dahinya sendiri. Hai menyesal dia ikut mamanya harini. Bukan apa dia bukannya suka pakai dress, kalau baju kebaya tu okay lagi.

Dua beranak itu terus memasuki kedalam sebuah butik mewah yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur.

"Nisa." Sapa seorang wanita separuh umur, yang sedang memegang pita pengukur baju berwarna putih sehingga dililitkan dibelakang leher. Dan yang pasti inilah pereka fesyen untuk butik ini sekaligus owner butik.

"Risha!" Balas Puan Sri Annisa ceria, tubuh langsing wanita itu didakap sebelum mereka berlagakan pipi.

'Mula dah' Keluh Aisya didalam hati, dia turut menyalami tangan wanita itu sebelum menghadiahkan senyuman semanis gula.

"Siapa ni, Nisa?" Soal wanita itu setelah selesai menilik seraut wajah jelita milik anak kawan baiknya.

"Oh, ni anak aku, Aisya Humaira." Jawap Puan Sri Annisa sambil tersenyum manis.

"Seriously? Aisya? Anak kau?" Wanita itu terus memadang si kawan baik dengan wajah tidak percaya, anak kawan baiknya yang dulu hanyalah berusia 5 tahun kini sudah besar dan cantik! Kalau dijadikan menantu ni, best!

Puan Sri Annisa pula menganggukkan kepalanya, mengeyakan.

"Umi." Tegur satu suara garau dari arah belakang.

"Iya, ngah?" Puan Sri Arisha lantas menoleh kearah anak keduanya yang sudah mengantikan pakaiannya, kini Tengku Qayriel hanya memakai t-shirt cream kosong bersama seluar slack putih, tidak ketinggalan juga cermin mata putih ditekap pada mata itu.

Apabila sepasang anak mata hazel itu menoleh ke depan, matanya terus disapa dengan sepasang anak mata coklat gelap yang juga memadangnya.

"Who she is?" Gumam Tengku Qayriel tanpa nada, sungguh Puan Sri Annisa dia kenal tetapi bukan gadis ini.

"Ohh, lupa. Riel kenalkan anak bongsu aunty, Aisya Humaira. Sya, kenalkan anak kawan mama, Tengku Qayriel Aryan." Puan Sri Annisa sudah mengenalkan dua manusia itu semasa sendiri memandangkan wajah masing - masing sudah berubah, dan bukan lagi kawan di waktu kecil mereka.

Dan tanpa sebarang kata pandangan Tengku Qayriel tertunduk memadang lantai setelah menjumpai sesuatu yang tak harus dia lihat.

"Kau dah kenapa pulak ni, Riel? Tiba - tiba tundukkan pandangan?" Tegur Hazam yang baru sahaja tiba bersama satu hanger yang ditutupi dengan kain hitam di bawahnya.

Setelah memerhati Aisya barulah dia faham, kepala lelaki itu terangguk  - angguk seperti memahami.

"Sya, labuhkan sikit tudung tu, mamat ni bukan boleh tengok, haram katanya." Teguran Hazam itu membuatkan raut wajah jelita Aisya berubah memerah angkara dihimpit malu.

"Ohh." Laju tangan kecilnya melabuhkan semula tudung shawl creamnya, sebelum tersenyum manis.

"Sorrylah." Pinta Aisya perlahan. Dan terus terangkat pandangan Tengku Qayriel, tangan itu sibuk membetulkan balik cermin matanya.

"Aunty buat apa sini?" Ramah Tengku Qayriel menegur wanita itu sambil tersenyum nipis.

"Aunty datang sini nak beli dress untuk Isya ni." Terangguk kecil Tengku Qayriel tanda memahami.

"Mama." Celah Aisya yang ingin membangkang.

"Aisya." Teguran Tengku Qayriel itu menyebabkan Aisya terdiam. Dia baru nak membangkang dah kena warning.

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now