BAB 25

14 0 0
                                    

           TENGKU Qayriel yang baru selesai menunaikan solat magrib itu duduk diatas katil bersebelahan dengan isterinya yang nyenyak tidur.

Rambut coklat Aisya diusap lembut oleh tangannya lalu mencium lembut ubun - ubun Aisya.

"Assalamualaikum Humaira. Bangun, solat magrib." Kejut Tengku Qayriel lembut, sempat dia membelai pipi mulus isterinya.

"Isya periodlah abang." Balas Aisya malas dan serak. Dia mengubah posisi tidurnya kepada mengiring.

"Even sayang period pun, kena bangun jugak, dah magrib. Dah bangun." Lembut Tengku Qayriel menepuk lengan kecil isterinya, Aisya merengus kecil sebelum cuba untuk tidur.

Dan tanpa khabar berita, tubuh Aisya yang diselimut oleh comforter tebal itu basah kerana dijirus Tengku Qayriel.

"Qayriel Aryan!" Bergema suara Aisya menjerit nama suaminya didalam salah satu bilik di rumah agam milik Tengku Qamar.

Laju langkah dibuka untuk keluar dari bilik, dan Aisya tanpa berfikir panjang mengejar langkah besar suaminya.

"Apa kamu berdua ni? Dah malam pun still reti masih kejar - kejar?" Celah Tengku Qamar dan Puan Sri Arisha dari ruang tamu ketika melihat laju larian Aisya mengejar anak kedua mereka.

Tanpa memperdulikan teguran orang tuanya. Tengku Qayriel mengeluarkan lidahnya sedikit buat mengejek si isteri.

"Abi umi! Tengoklah Qayriel ni! Dia simbah air kat Isya!" Adu Aisya kuat, wajahnya sudah basah dengan air mata, dia cuma nak tidur!

"Apa mengadu pada parents abang? Parents Aisya mana?" Kata Tengku Qayriel kuat, apabila Aisya kembali mengejarnya, laju langkahnya berlari dan tiba dibelakang sofa yang dihuni oleh Tengku Qamar dan Puan Sri Arisha.

"Papa!" Jerit Aisya kuat, air matanya kembali menitis kerana tidak dapat apa yang dia inginkan.

"Papa tengok Qayriel ni papa!" Biarpun Tan Sri Haqeem tiada disitu, tetap juga Aisya mengadu. Dia kini seakan - akan kanak - kanak kecil yang menangis gara - gara tidak mendapat sesuatu yang dia ingini.

"Papa tak ada. Papa tak ada kat sini!" Semakin galak Tengku Qayriel mengejek. Bibirnya dijelir kecil buat wanita itu. Dia tergelak besar melihat wajah memerah Aisya. Comel!

Dengan wajah geram, Aisya membaling apa - apa sahaja yang berada disekitarnya dengan harapan ianya bakal terkena pada Tengku Qayriel.

"Tak kena, tak kena!" Dan dengan mudahnya Tengku Qayriel menepis setiap serangan yang dilemparkan kepadanya.

"Angah." Tegur Puan Sri Arisha tegas, matanya mencerlung tajam kearah Tengku Qayriel dibelakangnya.

Wajah mengusik Tengku Qayriel tadi perlahan - lahan berubah kepada tenang kembali setelah ditegur.

"Okay, okay. Abang minta maaf, okay? Abang cuma gurau je. Jangan marah - marah, tak comellah." Pujuk Tengku Qayriel lembut, dia melangkah menghampiri Aisya yang mencebik dihadapan televisyen itu.

"Abang jahat! Isya taknak maafkan abang! Abang buat Isya menangis! Abang kejut Isya waktu Isya tengah tidur! Abang simbah air pada Isya." Dan banyak lagi kesalahan Tengku Qayriel yang disebut Aisya dalam rajuknya. Dia mencebik seperti mulut itik.

Tengku Qayriel segera memasukkan isterinya kedalam pelukan, lengannya dililitkan pada pinggang Aisya, rambut coklat Aisya yang lembab itu dibelai lembut.

"I know sayang, I know. Dah jangan nangis lagi, abang minta maaf okay? Sunshine cakap saja apa yang Sunshine nak makan, abang boleh buatkan." Lembut suara Tengku Qayriel berkata, dagunya diletakkan diatas kepala Aisya, tanganya mengosok lembut belakang badan wanita itu.

"Isya nak makan spaghetti. Abang boleh buatkan?" Manja suara Aisya bertanya, kepalanya diangkat untuk memadang wajah tampan itu.

"Boleh sayang. But sayang kena shower dulu, bersih - bersih. Ni pad dah tukar belum? Nanti bocor kan dah tak selesa." Penuh kelembutan Tengku Qayriel menyoal, wajah bersih isterinya ditilik lembut.

"Belum! Isya pergi shower dulu tau! Jangan miss Isya!" Ceria Aisya membalas. Dia melepaskan pelukan sebelum mengatur langkah ke lift.

"First time aku tengok kau selembut itu. Selalunya ada saja benda yang tak puas hati." Sampuk Tengku Qayrael perlahan dari tepi adiknya. Tangannya memeluk tubuhnya sambil memadang wajah tenang adik keduanya.

"Daripada aku melayan kau, baik aku pergi buat spaghetti, lagi bagus." Ujar Tengku Qayriel mendatar, dia berjalan turun kebawah, kerana dapur terletak ditingkat 1.

"Kau nak masak! Wowww!" Bersinar terang mata hazel Tengku Qayrael tatkala mendengar bahawa adiknya hendak memasak. Tengku Qayriel kalau memasak, memang kalah chef hotel antarabangsa, dah setanding dengan umi! Tipikal anak kedua!

Kalau boleh dipilih, dia memang nak jadi anak kedua! Pandai masak! Handsome! Soft spoken! Cukup pakej buat kegilaan anak dara orang!

"Angah! Tunggu aku!" Jerit Tengku Qayrael lantang apabila menyedari adiknya sudah menghilang disebalik tangga.

"Aku rasa kaki kau tu dah cukup panjang dah, long. Asal aku pun tak boleh dikejar?" Soal Tengku Qayriel dianak tangga ke lima.

Tengku Qayrael tanpa kata mengejar langkah adiknya dari belakang.

~~~

            "WOWW! aroma yang sungguh melazatkan." Sapa Tengku Qayra dari muka pintu. Dari luar dia sudah boleh hidu sos carbonara yang dimasak abang keduanya.

"Aku yang dari tingkat 4 boleh hidu masakan kau, ngah. Sedap nak mati." Celah Tengku Qayla dari anak tangga, dia sehinggakan menutup mata kerana aroma yang sangat jarang ditemui didalam rumah agam ini.

"Beruntung aku jadi abang kau, ngah. Dahlah handsome, pandai masak pulak tu, untung anak kau nanti, dapat papa yang pandai masak." Melambung pujian dari Tengku Qayrael diberikan buat Tengku Qayriel yang masih mengaul spaghetti carbonaranya.

"Tak payah nak puji aku lebih - lebih, pergi panggil Aisya kalau nak makan." Balas Tengku Qayriel perlahan, kepala digelengkan beberapa kali apabila mengenangkan tingkah laku adik beradiknya.

"Aisya Humaira!"

"Kak ngah!" Serentak dengan itu, kuat ketiga - tiga suara itu memanggil Aisya dari bawah.

"Apa?" Sapa Aisya dari luar lift, di kepalanya kini sudah tersarung jersey shawl dengan cermin mata putih dimatanya

"Pergi makan sekarang! Sebelum aku campak kau dalam tasik depan sana!" Garang Tengku Qayrael mengarahkan adik iparnya agar makan.

"Sabarlah, Isya nak makanlah ni." Pandangan pelik diberikan kepada iparnya yang hanya memadangnya dengan pandangan tajam. Dia mengatur langkah menghampiri si suami yang meletakkan spaghetti berserta carbonara diatas pinggan kaca.

Dan setelah itu riuh ruangan makan di perumahan mewah itu dengan suara - suara yang bersembang dan gurauan senda dari keluarga kerabat tersebut sambil menikmati spaghetti buatan si angah.

BERSAMBUNG

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now