"AISYA HUMAIRA." Tatkala namanya diseru, terus pandangan Aisya terkalih kearah Tengku Qayriel yang memanggilnya tadi.
"Andai satu hari nanti, awak jumpa jodoh awak, apa yang awak akan cakap?" Soalan Tengku Qayriel jelas bergetar biarpun wajahnya tenang, entah mengapa hatinya tertarik dengan seorang gadis bernama Aisya Humaira.
Bergetar hati Tengku Qayriel menunggu akan jawapan yang akan terbit dibibir mungil itu, hatinya berdegup tanpa henti apabila melihat wajah Aisya mula berkerut.
Dan entah kenapa hatinya sangat ingin menjadi jodoh Aisya walaupun dia tahu jodoh itu bukan boleh dipilih melainkan ianya tertulis di lauhul mahfudz.
"Saya terima awak disebabkan takdir dan jodoh. Dan saya harap awak juga dapat terima segala kekurangan saya, saya nak jadi ibu kepada anak - anak awak, saya nak bahagia dengan awak. Saya nak jadi sempurna, biarpun saya tahu tiada manusia sempurna." Lembut suara Aisya menyampaikan hajatnya yang sudah lama tertanam didalam dirinya.
"Insyaallah." Balas Tengku Qayriel ringkas, senyuman manisnya dihadiahkan buat gadis yang berjaya membuat jantungnya berdegup ini.
"Umi, abi. Angah nak minta tolong?" Pinta Tengku Qayriel sambil pandangannya terarah pada kedua ibu - bapanya.
"Tolong apa?" Soal Tengku Qamar sambil sebelah kening terjongket naik. Tak pernah - pernah anaknya meminta pertolongan sebegini rupa.
Puan Sri Arisha hanya mengangguk seperti mengeyakan akan persoalan sang suami.
"Tolong, pinangkan someone untuk angah?" Bag kertas berjenama Pandora diangkat keatas meja sebelum diberikan kepada uminya.
"Someone? Siapa someone tu? Girlfriend angah?" Tanya Puan Sri Arisha sambil membuka baldu berwarna kelabu yang diamik dari dalam bag kertas itu.
"Tak. Someone tu umi abi kenal sangat, terlampau kenal. And sekarang ni family dia ada kat event ni." Memadangkan malam ini mempunyai majlis pelantikkan CEO baru, jadi dia mahu membuat terus majlis meminang, tak nak tertangguh lagi.
"Jangan putar belit lagi cerita ni, boleh tak? Bagitahulah siapa someone tu?" Makin tak sabar Puan Sri Arisha untuk mengetahui siapakah someone yang dimaksudkan anaknya.
"Her name is Aisya Humaira, I love her damn much, saya mengaku sejak sekolah menengah lagi saya dah simpan perasaan pada dia, every day that feeling is increasing and will never be less even once. Jadi saya harap sangat uncle Haqeem dan Aunty Annisa, restu perasaan saya pada anak bongsu uncle dan aunty." Jika tadi hati Tengku Qayriel yang berdegup, kalini hati Aisya pula yang bergoncang kuat. Jadi selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan?
Terbungkam sesaat Tengku Qayrael melihat luahan berani mati adiknya, yang meminta restu dari kedua orang tua Aisya.
"Aisya!" Naik satu oktaf nada suara Tengku Qayriel gara - gara terkejut apabila melihat tubuh kecil Aisya melayu tiba - tiba.
Tengku Qayriel terus bangun dari duduk dan terus mencempung tubuh kecil gadis itu sebelum dibawa ke luar ballroom.
~~~
TAK senang duduk Tengku Qayriel dibuatnya, dari duduk hingga berdiri lelaki itu. Jarum jam juga sudah menunjukkan angka 12:40 malam tetapi lelaki ini masih belum berjaya meredakan perasaan risaunya.
"Riel. Kau balik dululah, dah lewat ni." Tegur Haq tatkala melihat lelaki itu kehulur kehilir sedari tadi.
"Aku kena tahu keadaan Aisya dulu, baru lelapkan mata. Kau baliklah dulu, kalau ada kabar berita aku bagitahu lah." Balas Tengku Qayriel tenang. Wajah tampan lelaki itu jelas kelihatan penat tetapi lelaki itu hanya mengedahkan disebabkan perasaannya sendiri.
"Adik aku okay. Kau sendiri tahu betapa kuatnya Humaira, dia akan okay. Percaya cakap aku." Terukir senyuman nipis dibibir merah Haq tatkala melihat Tengku Qayriel seperti roh saja yang hidup, nyawa sudah melayan, disebabkan adiknya.
Bahu kekar Tengku Qayriel digosok lembut. Dan ketika ini, hanya vest dan kemeja putih saja yang kelihatan ditubuh tegap itu, blazer maroon lelaki itu sudah dicampak semasa didalam kereta tadi.
"Macam mana kalau Aisya sakit? Macam mana kalau dia koma? Aku taknak." Tengku Qayriel kini seperti kanak - kanak kecil yang mengadu kerana ketakutan.
"Apa cakap macam tu? Overthinking kau kalah mama aku. Dia just terkejut dengan luahan kau. Yalah, crush sendiri luah macam tu depan parents, aku sendiri pun boleh pengsan." Terus mata helang Tengku Qayriel menjeling tajam abang kepada Aisya, atau bakal abang iparnya?
"Kau restu?" Pandangan Tengku Qayriel kini terarah pada Haq yang berdiri dihadapannya.
"Kalau Aisya suka kau jugak, aku restu aje. Tapi lihat dari cerita tadi, macam merah aje muka. Suka lah tu, plus sayang." Tersengih kecil Tengku Qayriel apabila mendengar teori tak bernas Haq, tapi apa - apapun hatinya tetap cair mendengar.
"Ok yang ni gila. Tengku Qayriel senyum siakk" Kata Haq tatkala menyedari bibir Tengku Qayriel mengukir senyuman.
~~~
TENGKU Qayriel segera melabuhkan punggung disisi katil Aisya, wajah jelita Aisya yang masih lena dipandang lama.
Setelah itu, jarum jam dikerling sekilas yang sudah menunjukkan angka 3 pagi.
"Haq. Kau baliklah dulu. Dah lewat pagi ni, pasal Aisya ni. Aku boleh jaga." Kata Tengku Qayriel lembut, Haq yang berada dihadapannya dipandang.
"Habis kau?" Soal Haq perlahan.
"It's okay, jangan fikirkan tentang aku, pandai - pandailah aku jaga diri. Kau tu balik, kesian anak bini kat rumah." Ujar Tengku Qayriel masih lembut, wajah tampan Haq jelas menunjukkan bahawa empuanya badan berat hati mahu meninggalkan adiknya bersama lelaki lain. Dan untuk itu dia terus bersuara.
"Kau jangan risaulah, aku takkan apa - apakan adik kau. Kalau adik kau mengadu aku sentuh dia, kau sendiri tahu mana nak cari aku kan?" Sedikit demi sedikit Tengku Qayriel memujuk, akhirnya terangguk juga kepala Haq.
"Jaga adik aku, aku percayakan kau. Pasal tu, kau jangan risau. Parents aku dah berzaman dah berkenan dekat kau." Sempat Haq memgeyitkan sebelah matanya buat bakal adik iparnya sebelum meninggalkan wad adiknya.
"Tidur pun cantik." Gumam Tengku Qayriel apabila melihat raut wajah tenang Aisya semasa tidur. Dia tersenyum lembut kepada gadis itu sebelum tertidur beralaskan kerusi.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...