BAB 11

17 0 0
                                    

           JARUM jam dipergelangan tangannya dikerling sekilas sebelum pandangannya kembali terarah pada iPhone ditangannya.

Sudah masuk sejam setengah dia menunggu Aisya memakai gaun pengatin didalam dan ditemani oleh Puan Sri Arisha bersama bakal ibu mertuanya.

"Nak pilih baju aje pun, bukannya nak pilih warna rumah." Biarpun mata hazelnya tertancap pada skrin phonenya, mulut masih lagi membebel. Sudah 2 jam dia kena sidai oleh tiga wanita itu.

"Ryan." Tegur satu suara lembut dan segera kepala Tengku Qayriel tertoleh memadang kearah datangnya suara itu.

Kini disebalik langsir itu berdirinya figura Aisya dalam persalinan songket pengatin berwarna navy blue.

"Tukar." Arah Tengku Qayriel sepatah. Dia tak suka! Dia tak suka Aisya memilih songket berwarna biru! Warna lain boleh! Asalkan bukan biru!

"Ryan. Awak tahu tak awak cerewet nak mati? 3 kali dah saya ganti baju, tapi ada awak berkenan?" Lantang mulut Aisya membebel bersama tangan bercekak pinggang dengan wajah tidak puas hati.

"Sya. Sabar, sabar Sya. Aku pun geram dengan bakal suami kau ni." Zahirah menepuk - nepuk lembut bahagian belakang Aisya, bagi menenangkan kawan baiknya.

"Tukar. Warna lain boleh, cuma jangan warna biru. I hate blues." Balas Tengku Qayriel mendatar, sungguh dia bencikan biru, kerana authornya juga membenci biru.

"Apa masalah awak sebenarnya, Ryan? Saya geram ni geram." Lengan baju songketnya ditarik sebelum dia menerpa kearah tunangnya. Geram dia nak tarik rambut perang itu.

"Masalah saya, ialah awak." Tengku Qayriel juga taknak kalah, bangun dari duduk dan turut juga menerpa kearah Aisya.

Mereka saling bertatapan, mata coklat gelap Aisya menikam geram anak mata hazel hijau Tengku Qayriel. Sorang nak menang, sorang lagi taknak kalah.

Dan bersedialah untuk menunggu sehingga mati, kerana tiada yang akan mengaku kalah.

"Tengku Qayriel." Tegur satu suara dari belakang mereka. Dan dengan pantas Tengku Qayriel memusingkan tubuhnya dan memadang seorang lelaki lebih pendek darinya, walau pada hakikatnya lelaki itu sudah berketinggian 176cm.

"Jangan cuba mengelak! Saya tak habis lagi dengan awak." Kasar suara Aisya berkata, dia masih lagi dalam posisi sama iaitu memadang mata Tengku Qayriel walaupun yang dia nampak hanyalah sisi wajah saja.

"Diamlah, pendek." Kata Tengku Qayriel selamba. Tanpa memperdulikan renungan tajam gadis itu dia mendengar bait - bait kata yang keluar dari mulut perkerjanya itu.

"How dare you, Aryan. You call me pendek?!" Semakin berapi Aisya jadinya apabila melihat wajah tenang Tengku Qayriel, tenang yang menyakitkan.

"Memangpun, Aisya Humaira, pendek." Ejek Tengku Qayriel selamba, dia menurunkan tandatangan pada helaian kertas yang diberikan.

"Kau tunggu! Kau tunggu! Kau tunggu halal nanti. Memang aku piat - piat telinga kau!" Ingin saja dia menelan Tengku Qayriel ini, tapi kalau dia telan. Siapa yang akan jadi jodoh dia? Singlelah dia nanti!

"Piat sekarang, tak apa Sunshine. Umi dan mama pun tak ada ni." Usik Tengku Qayriel perlahan, memadangkan Puan Sri Arisha dan Puan Sri Annisa menghilang tadi, dia harus menggunakkan masa dengan sebaiknya.

"Sekali aku tengok, macam anjing dengan kucing pun ada korang ni. Macam mana boleh berjodoh eh?" Sergah Aulia sambil memadang kedua - dua bakal pengatin yang sedang bergaduh manja.

"Sebab boleh." Serentak dengan itu, suara Aisya dan Tengku Qayriel bersatu. Mata masing - masing taknak kalah dalam eyes content.

"Jom, kak Lia. Saya nak ganti." Lengan Aulia ditarik agar mengikutinya, terukir senyuman kemenangan dibibir Tengku Qayriel apabila kemenangan berpihak padanya.

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now