BAB 15

6 0 0
                                    

        SENYUMAN tidak pernah lekat dari bibirnya buat kesemua tetamu pada majlis persandingannya malam ini.

Matanya terhala kearah satu sosok tegap yang dibaluti songket berwarna kuning cair yang rancak bersembang dengan rakan lamanya. Bukan dia taknak sertai tetapi kakinya sudah lenguh kerana sedari tadi lagi memakai kasut tumit tinggi.

Ceria betul suaminya, sehinggakan wajah itu tanpa henti ketawa dan menghasilkan satu kecacatan yang sangat istimewa dipipi kanan lelaki itu. Iaitu lesung pipit!

"Eh mak long." Sapa Aisya apabila sekujur tubuh wanita dalam lingkungan 50an menghampirinya, dan wanita itu ialah mak saudara kepada suaminya, iaitu kakak kepada Tengku Qamar.

Terus saja Aisya mengucup lembut kekura tangan wanita itu, yang dikenali sebagai Tengku Qaeda.

"Mak long dah makan?" Ramah Aisya bertanya dengan satu senyuman manis menghiasi bibirnya.

"Dah. Ni Isya, okay?" Soal Tengku Qaeda prihatin terhadap menantu adiknya.

"Okay, mak long." Balas Aisya lembut, sempat dia membetulkan seledang yang membalut tubuhnya.

"Selamat pengatin baru, Isya. Mak long doakan semoga jodoh kau orang panjang hingga ke jannah. Dan cepat - cepatlah keluarkan mini Qayriel. Qalisha dah tak sabar dah tu." Tergelak kecil Aisya sebelum mengangguk kecil. Bukan dia tak kenal dengan anak sepupu Tengku Qayriel.

"Terima Kasih Mak Long." Senyuman manis terukir dibibirnya buat ibu saudara suaminya sebelum dia menyalami tangan mulus itu.

"Bersembang apa tadi dengan Mak Long?" Sapa Tengku Qayriel lembut, dia kini berdiri disebelah isterinya yang sedang mengipaskan wajahnya menggunakan mini fan.

"Oh, tak ada apa - apa. Mak long cakap cepat cepatlah keluarkan mini Qayriel." Kata Aisya perlahan, dia menoleh sesaat kearah suaminya sebelum kembali pada mini fannya.

"Mini Qayriel?" Dan secara tiba - tiba terbit senyuman nakal diwajah tampan itu, wajahnya ditundukkan sehingga menyamai wajah mereka.

"Cakap kat mak long. Mini Qayriel on the way." Penuh menggoda suara Tengku Qayriel membalas, sempat dia mengucup lembut puncak hidung isterinya.

Berbahang wajah Aisya bersama degupan jantung yang berubah rentak disebabkan kelakuan panas suaminya.

"Nanti kita boleh namakan dia, Tengku Qayyan El Fateh." Ujar Tengku Qayriel sebelum menjarakkan wajahnya kembali. Senyuman nakal masih lekat pada wajahnya.

"Err. Awak! Mama panggil! Saya pergi dulu, babai." Kata Aisya sebelum melarikan diri.

~~~

        "SEKARANG ni saya taknak dengar alasan dari kamu semua. Yang saya nak dengar kenapa dan bagaimana projek yang bernilai 5 juta boleh terbakar? Projek ni bukan setahun dua tau? Dah empat tahun, dan hampir siap, macam mana boleh terbakar dan siapa punya angkara?" Soal Tengku Qayriel tegang, wajah tampan lelaki itu jelas terbias amarah walaupun bereaksi tenang.

"Maaf Tengku." Ujar salah seorang perkerja Qay Group. Tangan Tengku Qayriel sudah memeluk tubuh dengan tatapan tajam.

"Selagi tiada yang hantar report tentang kes ni, jangan balik. Kalau saya tahu ada yang lari balik, kamu semua dipecat." Ucap Tengku Qayriel bernada tegas dan keras. Nampak dia betul - betul maksudkan kata - katanya.

"Kamu semua boleh keluar." Setelah Tengku Qayriel memberikan arahan, mereka semua menarik nafas lega sebelum melangkah keluar dari ruangan makan itu.

"Awak okay?" Tegur Aisya apabila dia melihat riak tegas suaminya di ruang makan.

"Okay." Ucap Tengku Qayriel sepatah. Dia menyandarkan kepalanya pada penyandang kerusi sebelum memejamkan mata hazelnya kejap.

"Abang betul - betul, okay? Kalau tak okay cakap tak okay, jangan buat - buat okay. Aisya ada untuk abang." Tegur Aisya lembut, dia kini melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan suaminya. Wajah penat Tengku Qayriel membuatkan perasaan simpatinya mencurah - curah.

"Abang taktahu, Sunshine. Projek ni dah bertahun - tahun dah pun terjalan. Sebelum abang jadi CEO lagi. But end of story, hancur." Adu Tengku Qayriel lemah. Jujur, dia penat. Sangat penat dengan semua yang terjadi. Baru semalam mereka bersanding dan penat pun masih belum hilang dah tambah satu masalah baru.

"Abang boleh sandar pada bahu Isya, kalau abang nak. Janganlah stress okehh?" Lembut suara Aisya memujuk, kepala suaminya ditolak agar bersandar pada bahunya. Dan dalam masa sekejap saja pinggangnya dibalut kemas oleh lengan kekar itu.

"Kita boleh bina baru, kan? Lagipun papa dah luluskan dah projek baru dengan menantu dia. Skyline dan Qay boleh bergabung semula. It's okay to be not okay. Isya tahu anak kedua umi dan abi ni kuat. Dari dulu lagi abang tahu, siapa yang abang kena cari kalau abang ada masalah, atau penat. Iaitu Aisya Humaira!" Lembut nada suara Aisya berkata, dia membelai lembut rambut perang coklat suaminya, dan tanpa sedar baju di bahagian bahunya basah.

"Abang penat." Luah Tengku Qayriel perlahan dan jelas kedengaran serak, air matanya perlahan saja mengalir. Dia tewas, dia perlukan bahu untuk bersandar, dan bahu itu milik isterinya.

"Let it go. Biarkan air mata abang mengalir, tak ada orang tengok." Dia tahu bagaimana menjadi Tengku Qayriel Aryan. Sejak dulu lagi, lelaki itu akan terlihat ceria dan tenang dihadapan keluarganya, tapi percayalah, perkara itu akan berubah serta - merta apabila Tengku Qayriel bersama kawan baiknya.

Dia terus membelai rambut itu sambil menenangkan suaminya yang semakin galak teresak - esak. Dia sudah terbiasa menjadi tempat memujuk lelaki itu, kerana mereka merupakan sahabat sejak kecil.

"Bukan rezeki abang, nak buat macam mana. Isya tahu bukan sikit nilai dia, tapi kalau itu bukan milik abang, ianya takkan jadi milik abang. It's okay, Isya ada. Just crying." Sempat mulutnya berzikir lembut untuk menenangkan suaminya. Dan pada akhirnya Tengku Qayriel terlelap diatas bahu Aisya.

"Terima kasih sebab meluah, sayang. Saya tahu awak kuat, jika tidak kenapa awak mampu ada sampai tahap ni seorang diri? Saya sayang awak, sayang." Ucap Aisya bernada bisikkan dia mengosok perlahan rambut perang itu sebelum turut terlena dengan kepala disandarkan pada kepala suaminya.

BERSAMBUNG

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now