AISYA yang sedang memotong ayam goreng menggunakan pisau makan dan garfu tertoleh kearah suaminya buat seketika.
"Abang, Isya teringin air dalam mangkuk tandaslah." Pinta Aisya perlahan, terus membulat mata Tengku Qayriel tatkala mendengar apa yang dikatakan isterinya.
"Kau gila ke apa, Isya? Kau ingat bersihlah?!" Soal Tengku Qayrael kasar, terus berair tubir mata Aisya apabila dia dimarahi abang iparnya.
"Bukan salah Isya, salah baby." Sebak suara Aisya berkata, tangannya naik mengusap perut memboyotnya.
"Abang, bolehlah. Isya nak rasa, sekali saja. Please?" Dengan mata yang terkelip - kelip Aisya memadang suaminya, seperti seekor kucing memadang tuannya agar diberi makanan.
"Aisya. Bukan abang taknak bagi tau, tapi kotor. Abang taknak anak dan isteri abang sakit." Lembut suara Tengku Qayriel memujuk, dia langsung tidak memadang Aisya, kerana dia tahu dia akan kalah dengan mata terkelip - kelip seperti seekor kucing kaki pendek itu.
"Isya cuma nak rasa." Air mata Aisya terus memberes keluar mengalir, dia teresak - esak sendiri di meja makan kerana tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.
"Aisya. Betullah apa yang Qayriel cakap, Isya mana boleh minum air dari mangkuk tandas." Pujuk Puan Sri Arisha lembut, tangan kecil menantunya digenggam lembut. Dia faham craving ibu mengandung seperti apa, sebab dia pernah mengandungkan empat orang anak.
Aisya pantas bangun dari duduknya, wajahnya yang dibasahi air mata itu serta - merta dikeringkan dengan kemarahan yang menimpa wanita mengandung ini.
"Ni semua salah abang! Kalau abang tak buat Isya pregnant, Isya tak minta macam - macam! Isya cuma nak rasa! Tak boleh ke! Ni semua salah abang! Salah baby! Lelaki semua sama!" Bentak Aisya kuat, air matanya segera terhapus berganti dengan kemarahan yang memuncak. Emosinya saat ini benar - benar tidak boleh dikawal kerana hormon mengandungnya.
"Sayang." Tegur Tengku Qayriel perlahan, wajah merah menahan amarah isterinya dipandang.
"Shut up! Isya taknak dengar suara abang!" Dengan langkah terkedek - kedek Aisya mengatur langkah keluar dari ruangan makan itu dan masuk kedalam bilik suaminya, pintu dihempas kuat untuk menunjukkan protes!
Tengku Qayriel mengeluh perlahan, kepala ditongkatkan menggunakan tangan, dan mengurut perlahan kepalanya. Sakit kepala!
"Sabarlah angah. Perempuan pregnant biasalah." Nasihat Tengku Qamar lembut. Bukan dia tak nampak betapa sakit kepala anak keduanya melayan kehendak ibu mengandung menantunya.
"Sekarang ni, memang angah nak kena cebok air dalam mangkuk tandas tu ke? Bagi Isya minum?" Soal Tengku Qayriel perlahan, wajahnya disembamkan diatas meja sebelum menghentukan - hentuk sedikit.
"Kau bagi aje air biasa, nak lagi real. Kau tambahlah perwarna biar Isya tertipu." Cadang Tengku Qayrael dengan idea tak berapa bernasnya.
"Kau ingat wife aku tu bodoh ke? Dia degree, setakat perwarna air senang sangat dia nak tahu." Balas Tengku Qayriel mendatar. Jika Aisya bukan student degree, memang dah lama dia buat seperti itu.
"Aku PhD. Aku lagi bijak!" Wajah Tengku Qayriel diangkat sebelum berangguk - angguk perlahan. Betul jugak!
Dan disebabkan itulah dia berada didepan pintu biliknya sendiri, dengan berhasrat agar Aisya terpujuk.
"Aisya, buka pintu sayang. Ni air yang Isya nak." Serta - merta pintu bilik yang rapat terkunci itu dibuka dari dalam, dan wajah sembap Aisya tertayang di ruangan mata.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...