DIA mengucup lembut kekura tangan Tengku Qamar dan Puan Sri Arisha sebelum mengambil tempat kosong berhadapan dengan Tengku Qayrael.
"Lupa kau abang aku." Kata Tengku Qayriel selamba, dia kembali bangun dan menyalami kasar tangan abang sulongnya.
Tengku Qayrael pula hanya menjeling tajam adiknya. Qayriel ni memang jenis suka buat abang darah tinggi.
"Mana Aisya?" Tanya Puan Sri Arisha buat anak keduanya. Sedari tadi lagi dia menjenguk sekeliling mencari keberadaan menantunya.
"Aisya solat jap." Jawap Tengku Qayriel perlahan. Dia hanya tenang bermain iPhone miliknya tanpa menghiraukan kehadiraan mertuanya.
"Apa tangok - tengok? Jangan ingat Riel tak perasan papa tengok Riel." Celah Tengku Qayriel selamba. Terus terurai tawa Tan Sri Haqeem mengenangkan keselambaan menantunya.
"Apa - apa jelah, Qayriel. Asalkan kamu bahagia." Ujar Tan Sri Haqeem dengan sisa tawanya. Jujur, dia langsung tak amik hati, kerana dia tahu Tengku Qayriel daripada dulu dengan prisipnya ada aku kisah?
"Tahu tak apa." Gumam Tengku Qayriel perlahan, dia kembali fokus pada skrin phonenya.
"Abang." Seruan itu terus membuatkan kepala Tengku Qayriel tertoleh dan memadang kearah punca suara itu. Dan kelihatan Aisya berdiri tegak didepan pintu bilik dengan telekung hitam dikepala.
"Dah siap solat?" Kata Tengku Qayriel lembut, dia tersenyum manis buat isterinya. Soalan Tengku Qayriel itu menerima anggukan dari Aisya perlahan.
Riak wajah Aisya berubah tatkala matanya disapa dengan ahli keluarga mertuanya, dia menundukkan kepalanya kebawah.
"Aisya minta maaf." Perlahan suara Aisya meminta maaf, dia tak sanggup melihat wajah kedua orang tua suaminya.
"Apa cakap macam tu, Isya? Bukan salah Isya benda ni jadi, benda dah nak terjadi, akan jadi jugak. Jangan salahkan diri." Kata Puan Sri Arisha lembut. Senyuman yang terukir diwajah ibu mertuanya telah menghadiahkan rasa serba salah dihati Aisya.
Secara automatik tubuh Aisya berundur beberapa langkah apabila dia rasakan ada sosok tubuh menghampirinya.
"J-jangan d-dekat. T-tolong jangan dekat." Perlahan nada suara Aisya berkata, semakin tubuh itu menghampiri semakin mengundur langkahnya.
"Pergi, pergi." Air mata mula bertakung di kelopak matanya, dia mengeleng laju menandakan dia betul - betul taknak.
"Sayang." Lembut suara itu memasuki halwa telinga Aisya, membuatkan mata coklat itu sedikit meluas.
Dia kenal suara ini, dia kenal suara ini, suara Tengku Qayriel! Suara suaminya.
"A-abang?" Serak suara Aisya memanggil suaminya, kepalanya diangkat dan matanya meliar - meliar mencari figura itu.
"Abang datang? Abang datang nak selamatkan Isya? Abang takkan bagi Isya pada orang jahat tu?" Tanya Aisya serak setelah berjaya menangkap sosok tubuh suaminya.
"Tak, sayang. Abang takkan serahkan Isya pada lelaki lain. Abang dah janji dengan papa yang abang akan jaga Isya." Laju kepala Aisya mengangguk, dia berlari dan kemudian masuk kedalam dakapan hangat suaminya, pelukan yang menenangkannya.
Terbentuk senyuman sinis didalam hati Tengku Qayriel tatkala mendengar kata - kata isterinya. Kau nak buat dia sayang kau, tapi kau takutkan dia, lagilah dia benci kau. Kau guna cara kotor pun takkan berkesan.
Kemas lengan Tengku Qayriel melingkar dipinggang ramping isterinya, kucupan lembut dihadiahkan pada dahi bersih wanita itu.
~~~
"UMI abi, Isya minta maaf sebab Isya umi dengan abi kena drive jauh - jauh." Pinta Aisya perlahan, dia sempat mengukir senyuman manis buat mertuanya tetapi jelas candu.
"Tak ada apalah sayang. Aisya tak sihatkan? Jadi patut pun abi drive jauh - jauh." Balas Puan Sri Arisha lembut, dia menjeling sekilas kearah suaminya sebelum senyuman manis terukir diwajahnya.
Aisya hanya membalas senyuman ibu mertuanya lembut, kuih Bahulu yang dibeli oleh Tengku Qamar dijamah olehnya.
"Kuih apa tu?" Celah Tengku Qayriel. Dia melangkah masuk kedalam rumah dengan buah kelapa ditangannya.
"Kuih Bahulu, nak?" Kata Aisya lembut, kuih Bahulu yang berwarna hijau itu disuapkan pada lelaki itu.
"Hmm. Sedap." Komen Tengku Qayriel seusai saja menelan kuih Bahulu itu. First time rasa, taktahu pula sedap.
"Abang dari mana ni?" Tanya Aisya, dikerling buah kelapa ditangan suaminya yang hanya tinggal sabuk.
"Dari barat nak ke timur." Jawap Tengku Qayriel bernada biasa. Dia meneruskan langkahnya menuju kearah Puan Zaleha berada dihadapan dapur gas.
"Qayriel! Mana buah kelapa nenek!" Kuat suara Puan Zaleha menyeru. Laju langkah Tengku Qayriel dibawa kearah dapur.
"Ni nek. Riel lupalah nenek hidup lagi." Selamba suara Tengku Qayriel membalas, terukir senyuman mengusik diwajahnya.
"Hei. Budak ni, kamu nak cakap nenek dah matilah?! Bertuah punya cucu!" Lantang suara Puan Zaleha memarahi cucu menantunya.
"Apa nenek ni, semua orang nak mati, dapat masuk syurga. Nenek taknak mati? Haish - haish." Mengeleng kecil kepala Tengku Qayriel, wajah selambanya ditayang.
Tanpa sebarang kata, Puan Zaleha mencapai senduk nasi sebelum dihayun tinggi.
"Nek. Riel rasa Riel kena pergi mandilah, peluh ni. Kalau nenek nak pukul orang, nenek pukul Qayrael atau Haq. Ok, babai nek." Dan sejurus itu langkah besar dibuka Tengku Qayriel sebelum dipecut 100 langkah ke biliknya.
"Tengku Qayriel Aryan!" Kuat suara Puan Zaleha menjerit nama cucu menantunya. Darah yang sedia tinggi bertambah tinggi, melayan kerenah nakal Tengku Qayriel.
~~~
TAJAM jelingan Puan Zaleha dihadiahkan pada Tengku Qayriel yang tenang menyuapkan nasi dihadapannya. Dan dengan selamba badak Tengku Qayriel meletakkan seekor ikan diatas pinggan neneknya.
"Nenek kena makan banyak, nek. Barulah nenek sihat walafiat. Tak macam Qayla, setiap hari pergi hospital." Kata Tengku Qayriel selamba, sempat lagi dia memberikan sengihan tidak bersalah pada nenek Aisya.
"Aisya. Kat mana kamu jumpa suami kamu ni?" Soal Puan Zaleha pada cucu bongsunya.
"Entahlah, nek. Dalam tong sampah agaknya." Jawap Aisya penuh dengan keselambaan. Terus tangan Tengku Qayriel dibawa menyentuh dada kirinya dimana terletaknya hati.
"Auch, my heart. You hurt my heart." Dengan penuh lakonan, Tengku Qayriel menjatuhkan kepalanya ke belakang dengan penuh drama.
"Dalam ramai - ramai cucu nenek, kamu sorang saja yang selalu buat nenek sakit jantung. Nanti kalau nenek masuk hospital, jangan tanya salah siapa." Kata Puan Zaleha mendatar, nasi disuap kedalam mulutnya.
"Apa salah Riel? Salah jantung neneklah! Siapa suruh sakit! Kang tak pasal - pasal masuk ICU!" Bersungguh Tengku Qayriel berkata. Mana pernah diam mamat ni sorang, ada saja benda hendak dihuraikan.
"Tengoklah hari raya nanti. Kalau dia tak minta maaf, memang nenek hantar dia masuk kubur." Gumam Puan Zaleha kegeraman. Hendak saja diluku kepala lelaki itu, suka betul menjawap.
"Kenapa nenek nak hantar Riel masuk kubur? Nenek bukan pak imam!" Jawap Tengku Qayriel lagi, terjegil mata Puan Zaleha memadang lelaki itu.
"Mulut dia memang macam tu, nek. Tak boleh buat apa. Dia penat, diamlah nanti." Kata Puan Sri Arisha perlahan. Dia dah masak dengan perangai anaknya. Riuh rumah dengan suara lelaki itu, kalau diam tak lain tak bukan tidur!
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...