AISYA hanya bersandar pada dinding rumah banglonya. Sambil menunggu kepulangan sang suami, dia membelek - belek iPhone miliknya.
Masuk harini, sudah sebulan usia perkahwinan mereka. Dia boleh katakan, dia bahagia bersama lelaki sebaik Tengku Qayriel sebagai seorang suami.
Sebaik saja matanya melihat sebuah kereta BMW m4 putih milik suaminya memasuki ke perkarangan rumah banglo, dia terus menyarungkan selipar sebelum berlari - lari anak kearah suaminya.
Pintu dibahagian pemandu dibuka sebelum dia melihat figura tegap milik Tengku Qayriel dalam persalinan suit mewahnya yang berwarna hitam.
"Abang!" Ceria suara Aisya menyambut kepulangan suaminya, tangannya dihulur untuk menyalami tangan suaminya.
Dan Tengku Qayriel tanpa berkata apa, memberikan tangannya sebelum kekura tangannya dikucup lembut?
"Abang baru balik? Macam mana kerja, okay?" Soal Aisya lembut, dia sempat mencapai bag kerja suaminya sebelum mengikut Tengku Qayriel memasuki kedalam rumah.
"Hmm." Balas Tengku Qayriel mendatar, dia jelas tiada mood mahu bercerita apa yang terjadi. Yang dia tahu dia nak rehat, nak tenangkan fikiran.
"Abang nak air? Isya boleh buatkan abang Latte kalau abang nak." Ujar Aisya lembut. Dia tahu suaminya penat, jadi dia sedaya - upaya cuba ringankan apa yang patut.
"Tapi kalau abang nak makan, Isya boleh masakkan abang something, abang nak makan apa?" Ingin saja Tengku Qayriel meramaskan rambutnya sendiri. Dia penat! Dia cuma nak rehat!
"Isya boleh buat kat abang, ayam masak kicap, sotong masak merah, ayam gulai" Terhenti kata - kata Aisya apabila dicantas oleh Tengku Qayriel.
"Hei, jangan nak membebel boleh tak! Aku serabut!" Ternaik satu oktaf nada suara Tengku Qayriel kerana perasaan rimasnya. Dan terus terkedu Aisya ditempatnya. Dia tak menyangka Tengku Qayriel akan meninggikan suara, dia cuma bercadang.
Dan selepas itu Tengku Qayriel terus memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas dan meninggalkan Aisya seorang diri di bawah.
"Abang marah Isya?" Bisik Aisya perlahan, bertakung air ditubir matanya. Mana pernah orang meninggikan suara padanya. Papa pun tak pernah menjerkah dia apatah lagi menempelak?
Dia tahu dia cengeng tapi dia tak pernah dimarahi sebegitu, jika dia ada membuat kesilapan pun, papa pasti menegurnya secara lembut. Mana pernah papa tinggikan suara padanya.
Aisya terus mengesat air mata menggunakan hujung lengan bajunya sebelum dia berlalu ke dapur untuk memanaskan lauk buat suaminya.
TOK!
TOK!
TOK!
Pintu bilik mereka yang berada di tingkat 3 itu diketuk perlahan - lahan, apabila dia mendapat kebenaran, dia terus menatang sedulang yang dipenuhi nasi berkuah sup bersama segelas air kosong.
Masuk sahaja kedalam bilik, pandangannya terus disapa pada sosok tubuh suaminya yang berbaring diatas katil king dengan sebelah tangan dibawa menutup mata.
Dia meletakkan sedulang makanan itu diatas meja kopi sebelum dia memanjat katil itu dan duduk disebelah Tengku Qayriel.
"Assalamualaikum abang, Isya ada bawakan abang makanan. Bangunlah, Isya suapkan." Lembut Aisya mengejutkan suaminya. Dan perlahan - lahan mata itu terbuka.
"Kenapa tak makan kat bawah? Kotorlah bilik ni." Komen Tengku Qayriel sejurus melihat dulang yang terisi nasi itu.
"Tak apa, Isya bersihkan nanti. Abang makan dulu, Isya taknak abang sakit." Dulang yang berada diatas meja kopi itu diamik sebelum diletakkan diatas ribanya.
Tengku Qayriel membuang terlebih dahulu kot dan vest di tubuhnya sebelum dia duduk bersila dihadapan Aisya. Seperti menunggu makanan itu tiba dimulutnya.
"Baca doa dulu. Bismillahirrahmanirrahim." Tengku Qayriel terus meraup wajahnya sebaik saja selesai membaca doa makan.
"Buka mulut, aaaa." Arah Aisya lembut, dia menyuapkan suaminya makan terlebih dahulu sebelum bekas mulut Tengku Qayriel diisi dengan nasi semula sebelum disuapkan pula kedalam mulutnya.
"Just nice. Tak adalah sesedap masakan umi, tapi bolehlah kenyangkan perut suami hari - hari." Komen Tengku Qayriel lagi, seusai dia merasa setiap rempah ratus didalam kuah sup itu.
"Yalah, Isya mana tahu selera abang macam mana, Isya bukan umi." Balas Aisya perlahan. Dia bukan tahu pun selera suaminya macam mana, lainlah kalau dia yang besarkan lelaki itu, mesti tahu semua benda.
"Tapi taklah macam masakan budak form 2 dulu, abang ni sampai cirit tau, makan masakan dia." Usik Tengku Qayriel bersama senyuman penuh makna. Terus memerah wajah jelita Aisya apabila dia sudah dapat menangkap siapakah budak form 2 yang dimaksudkan oleh Tengku Qayriel.
"Abang!" Kuat jeritan Aisya menyebabkan tawa Tengku Qayriel meletus.
"Abang kan testing je masa tu, manalah Isya tahu masakan Isya boleh jadi seteruk tu. Abang juga, kan? Yang paksa Isya?" Bela Aisya. Bukan salah dia jika Aisya kecil terlebih confident, pergi suruh Tengku Qayriel testing masakan dia.
"Dah kalau Sunshine yang suruh rasa, abang rasa jelah. Manalah tahu sampai cirit." Balas Tengku Qayriel senada. Taknak kalah.
Laju tangan Aisya naik menutup kedua - dua belah telinganya. Dia taknak dengar!
Apabila melihat tangan isterinya selamat tiba di telinga, senyum mengusik terlakar dibibirnya.
"Sunshine nak tahu tak? Lepastu 2 minggu abang tak pergi sekolah sebab cirit. Kalau abang report lah, kan. Abang rasa dah lama Sunshine masuk lokap." Makin ketat tangan Aisya di telinga apabila mendengar usikan suaminya tepat di telinganya
*┈┈┈┈*┈┈┈┈*┈┈┈┈
Ready for konflik?
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...