BAB 26

31 0 0
                                    

          MATA hazel Tengku Qayriel meliar - meliar kearah seorang wanita di fountain dihadapan sebuah cafe yang berdekatan Officenya.

"Apa yang kau tengok?" Celah Hazim setelah menyedari arah anak mata Tengku Qayriel terpanah. Air blended oreo disedut perlahan sambil anak mata hitamnya terarah pada wajah serius maut kawan baiknya.

"Aku macam pernah nampaklah perempuan tu? Tapi aku tak ingat." Gumam Tengku Qayriel perlahan, mata helangnya tajam memadang kearah seorang wanita bertudung shawl dihadapan Cafe.

Apabila mendengar kata - kata Tengku Qayriel, anak mata Hazim beralih kepada orang yang disebut lelaki itu.

"Kau ex students Oxford kot. Takkanlah kau tak boleh ingat dia?" Soal Hazim mendatar, mata hitamnya meluas tatkala menyedari siapakah gerangan tersebut.

"Dia Amaya lah! Kejap aku panggil dia." Hazim terus bangun dari duduknya dan keluar dari Cafe itu. Seketika kemudian, Hazim masuk semula kedalam Cafe bersama wanita itu.

Tengku Qayriel hanya berdiam diri apabila Hazim mengenalkan gadis itu kepadanya, air wajahnya berubah apabila baru menyedari siapakah wanita itu.

"Zim. Aku balik dululah. Cakap kat Zaira aku cancel meeting harini." Pantas Tengku Qayriel bangun dari duduknya, kot yang berwarna hitam dicapai, air jus mangga disedut sedikit sebelum dia beredar dari situ.

"Apasal mamat tu?" Terjongket sebelah kening Hazim ketika melihat kawan baiknya seperti tergesa - gesa mahu meninggalkan Cafe ini walhal baru beberapa minit masuk waktu lunch hour.

Masuk sahaja kedalam kereta, kepala Tengku Qayriel diletakkan diatas stereng kereta sebelum stereng kereta itu ditumbuk berkali - kali, tubir matanya kini basah dengan air.

Peristiwa 10 tahun lepas kembali memenuhi ruangan fikirannya, peristiwa dimana dia ditangkap basah bersama seorang perempuan tingkatan 4, yang bernama Nurul Amaya Ain. Dan wanita tadi ialah wanita yang sama dia pernah tangkap basah dulu.

"Kenapa? Kenapa kau perlu muncul balik? Kenapa? Kenapa?" Berkali - kali dia menyoal akan soalan yang sama kepada diri sendiri, kepala digeleng berkali - kali cuba untuk membuang peristiwa berdarahnya. Peristiwa yang membuatnya trauma dengan perempuan.

Dan tanpa sedar, dia teresak - esak sendiri sambil bersandar pada stereng kereta.

Beberapa minit kemudian, cermin keretanya diketuk sebanyak tiga kali, dan berjaya menyedarkan dia dari esakan.

Dia mengesat titisan air matanya perlahan sebelum tersenyum manis kepada seorang lelaki tua berjubah putih di luar keretanya.

"Assalamualaikum, pak cik." Sapanya lembut tetapi jelas kedengaran serak, dia menunduk dan kemudian menyalami tangan tua itu.

"Waalaikumussalam, Tengku okay?" Tercengang Tengku Qayriel buat seketika apabila orang luar memanggilnya Tengku. Macam mana pak cik ni tahu dia Tengku?

"Ma-macam mana pak cik tahu saya Tengku?" Tanya Tengku Qayriel mendatar, wajahnya berubah tatkala melihat senyuman tenang pak cik dalam lingkungan 60an.

"Pak cik tengok muka dah tahu yang anak ni ada keturunan Tengku, dan lagi satu, tu. Mana ada orang nama tiga huruf." Balas Pak cik itu lembut, ditunjukkan name tag di kemeja Tengku Qayriel yang masih belum dibuang, yang jelas tertulis 'TQA'.

"Ohh." Terbit senyuman nipis dibibir Tengku Qayriel biarpun masih tersisa air mata.

"Jom solat zuhur sekali? Dah masuk waktu ni." Ajak Pak Cik itu lembut, dan akhirnya dia angguk juga.

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now