BAB 18

15 0 0
                                    

      BUBUR yang dimasak olehnya tadi dibawa ke ruang tamu dimana terletaknya ahli keluarga mertuanya dan juga ahli keluarganya. Harini merupakan hari ke tiga Aisya dibenarkan keluar dari wad, tetapi keadaan wanita itu masih belum pulih.

"Bubur untuk Sunshine abang dah siap. Taktahulah sedap ke tak, kalau tak sedap sayang buang jelah." Lembut suaranya menyapa si isteri, dia meletakkan semangkuk bubur nasi itu keatas meja kopi berhadapan dengan isterinya.

"Sayang, kenapa ni? Hmmm?" Pandangannya tertoleh kearah Aisya yang hanya termenung itu.

"Kenapa awak masih layan saya macam tiada apa yang terjadi? Kenapa awak baik sangat?" Tanya Aisya perlahan dan sebak. Dia memadang kearah Tengku Qamar dan Tan Sri Haqeem yang hanya memadangnya dengan pandangan risau.

"Abang tak baik, sayang. Cuma Allah masih tutup aib abang. Dan sebab abang masih layan isteri abang, sebab sayang isteri abang. Sayang, satu - satunya perempuan yang abang sayang selepas umi. Cinta dan sayang abang hanya untuk Aisya Humaira, dan ianya takkan tertukar." Penuh kelembutan Tengku Qayriel menjawap, pandangan lembut diberikan kepada kedua orang tuanya dan mertuanya.

"Saya tak layak, saya tak layak untuk awak, Qayriel. Saya jijik, hak yang patut awak dapat, dah tak ada. Saya tak boleh bagi apa - apa pada awak lagi." Perlahan suara Aisya membalas, air matanya kini mengalir lagi untuk kali ke berapa.

"Tipulah, kalau abang kata, abang taknak, sayang. Abang cuma lelaki normal, yang ada masa iman menipis. Tapi jujur abang kata abang dah tak kisah kalau abang tak dapat hak abang. Yang penting sekarang, abang nak bahagiakan Humaira abang." Mendatar suara Tengku Qayriel kedengaran. Bibir bawahnya digigit perlahan, air mata ditahan sedaya - upaya agar tidak tumpah.

"Abang cuai, abang menyesal dengan apa yang jadi, kalau abang tak izinkan Isya, keluar. Benda ni takkan jadi. Abang rasa gagal jaga Aisya." Sebak suara Tengku Qayriel menyatakan kesalahannya.

Puan Sri Arisha terus memeluk anak lelakinya, disuap lembut rambut itu, dia mengucup lembut dahi bersih anaknya. Tengku Qayriel Aryan nampak saja kuat diluar, namun menangis didalam.

Tapak tangan Tengku Qayriel naik mengesat air dibirai matanya lembut, sebelum dia tersenyum perit.

"Apa umi ni? Peluk angah? Angah dah besarlah, bukan budak kecil lagi." Soloroh Tengku Qayriel yang jelas kedengaran sendu. Dia memadang wajah jelita uminya, syurgnya.

"Angah tetap budak kecil dimata umi." Kata Puan Sri Arisha perlahan. Sebesar manapun anaknya, mereka akan tetap kelihatan kecil dimatanya.

"Sayang, tenung apa lagi? Makanlah? Nak suruh abang suap, kejap." Tengku Qayriel yang tadi duduk diatas sofa mula beranjak untuk duduk diatas lantai disebelah isterinya.

"Qayriel, bangunlah. Apa duduk atas lantai?" Tegur Aisya perlahan, ditepuk bahu kekar Tengku Qayriel agar duduk semula diatas sofa. Itu bukan tempat suaminya.

"Abang, janganlah buat macam ni, Isya suruh duduk atas sofa, kan?" Aisya bangun dari sofa dan duduk juga diatas lantai. Dia ingin berada dimana suaminya berada.

"Kalau Isya taknak makan, abang taknak naik atas." Ugut Tengku Qayriel dengan nada terselit rajukkan.

"Haish. Yelah, yelah. Isya makan, tapi abang kena duduk atas sofa. Isya tak suka tengok suami Isya duduk atas lantai." Jika difikirkan balik, Tengku Qayriellah yang harus beralah, tetapi dalam konsep hidup mereka. Aisyalah yang harus mengalah kerana Tengku Qayriel dengan sifat degilnya, kalah Aisya.

Tersenyum puas Tengku Qayriel setelah mendapat kata sepakat.

"Promise?" Soal Tengku Qayriel lembut.

"Iya, sayang. Isya promise." Dia menghulurkan jari kelingkingnya dan disambut baik oleh Tengku Qayriel, dan untuk itu pinky promise mereka bertaut.

"Dah cepat buka mulut. Lori dino nak masuk ni." Tergelak kecil Aisya tatkala melihat telatah comel suaminya yang menerbangkan sudu yang terisi bubur ke udara, seperti menyuap anak makan.

Dan lori dino itu selamat masuk kedalam mulut Aisya. Dan Aisya pula menguyah beberapa kali sebelum ditelan.

"Woww, sedap!" Terangguk - angguk Aisya kerana lidahnya berjaya menghadam segala rasa yang tersemat didalam bubur tersebut.

"Tengok pulak siapa yang masak." Penuh lagak Tengku Qayriel berkata, sambil sebelah kening terjongket naik.

"Eeee, perasannya, menyesal puji." Rengek Aisya masam. Dia mencebikkan bibirnya sebelum menoleh kearah lain, dia nak majuk!

Terhambur tawa Tengku Qayriel ke udara sebaik saja melihat respon comel isterinya, Aisya sejak dulu lagi kuat merajuk. Tapi comel!

"Heii, sayang. Janganlah merajuk. Abang gurau jelah." Pujuk Tengku Qayriel lembut, dia memegang dagu Aisya sebelum dibawa kearahnya.

"Gurau tak bertempat!" Tinggi nada yang digunakan Aisya, untuk menunjukkan bahawa dia benar - benar marah!

"Iya Sunshine. Abang tahu abang salah, abang minta maaf, ya? Janganlah merajuk macam ni, tak comellah." Pujuk Tengku Qayriel lagi, pipi mulus Aisya dicubit geram.

Terus terpadam api didalam diri Aisya apabila mendengar pujukan suaminya, dia cuma nak dipujuk!

Terus terukir senyuman diwajahnya sehingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

Lega Tengku Qayriel melihat isterinya yang seperti dapat melupakan apa yang terjadi padanya walaupun sebentar, dan jika ini yang mampu melesapkan memori hitam wanita itu dia rela buat apa saja asalkan bidadarinya bahagia.

     
BERSAMBUNG

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now