MATA hazel kehijauan Tengku Qayriel kini tertancap pada skrin televisyen yang memaparkan The Penthouse War In Life. Terkumat - kamit mulutnya menyumpah seranah semua watak didalam drama itu, sampai sakit otaknya melihat.
"Ni lah manusia, memang hidup ni tak boleh buat baik ke? Menyakitkan hati aku aje. Fuck you fuck!" Sempat jari tengahnya ditayangkan di hadapan televisyen itu akibat terlalu geram dan menyakitkan hati.
"Daripada kau duk mencarut, baik kau pergi solat istikharah, dapat jugak aku main dengan anak kau." Celah Tengku Qayrael yang baru sahaja balik dari college. Daripada tingkat 1 dia boleh dengar suara Tengku Qayriel mencarut tanpa henti.
"Diamlah manusia, aku tengah panas hati ni!" Selar Tengku Qayriel kasar, popcorn kembali disuap kedalam mulutnya sambil mata masih memadang televisyen itu.
"Tengku Qayriel Aryan bin Tengku Qamar Arfan. 25 tahun. Tinggi, 187cm. CEO syarikat Qay group. Merupakan anak kedua dari empat orang adik - beradik, dikabarkan mencarut pada pukul 7:20 PM." Kata Tengku Qamar penuh selamba dihadapan anak keduanya sambil tangan memegang sebuah buku yang didalamnya terisi biodata anak - anaknya.
"Abi! Angah tahulah! Angah dah lama tak mencarut! Tapi dengan drama ni angah tak boleh! Rasa nak tembak - tembak aje main character tu!" Hambur Tengku Qayriel yang sudah terbangun dari duduknya, boleh hilang sifat tenangnya apabila melihat k-drama ini.
"Sabar ngah, sabar! Tarik nafas, jangan hembus. Tu cuma drama." Si abang sudah mula menenangkan si adik yang sudah memerah akibat manahan amarah.
"Tengku Qayrael Arden bin Tengku Qamar Arfan. 28 tahun. Tinggi, 186cm. Lecturer of Universiti Malaya. Merupakan anak sulong dari empat orang adik - beradik, dilihat buat pertama kali menenangkan adik keduanya pada pukul 7:34 PM." Kata Tengku Qamar sekali lagi dengan riak selamba, sambil membuka mukasurat belakang yang mengisi biodata anak pertamanya.
Tengku Qayrael hanya menepuk dahinya. Abi ni bila tengah marah memang menakutkan tapi sekali perangai selamba abinya muncul tergeleng - geleng dia jadinya, ada masa abinya boleh jadi pelawak yang boleh menghiburkan satu rumah. Next level betul abinya.
"Abi!" Tengku Qayriel terus menghampiri Tengku Qamar sebelum dia turut sama melihat setiap isi buku itu. Satu kepala. Kerana Tengku Qamar juga merupakan anak kedua!
"Tengok yang umi punya, boleh?" Pinta Tengku Qayriel sambil menunggu Tengku Qamar membelek mukasurat sebelah.
"Ohh. Baru aku tahu, umur umi 51. Muda lagi rupanya umi angah ni, abi." Terangguk - angguk kepala Tengku Qayriel kerana memahami akan tempat lahir umi, dan pengajian uminya.
Tengku Qamar juga turut sama mengangguk walaupun sudah berkali - kali dia membacanya.
Dagu Tengku Qayriel pula elok diletak diatas bahu kekar abinya sambil mata menganalisis perkara - perkara mengenai abangnya pula.
"Serius ah? Qayrael? Kau belajar kat Amsterdam? Kenapa aku taktahu? Hebat rupanya abang aku ni!" Bersinar mata hazel Tengku Qayriel apabila mendapati perkara yang dia tak pernah tahu selama ini.
"Dia kan lecturer, memanglah." Balas Tengku Qamar perlahan.
"Kau PhD long? Wowwww." Sungguh Tengku Qayriel kagum dengan pencapaian abangnya. Patutlah masa abi tawarkan syarikat itu, Tengku Qayrael tulis nama dia, dah ada PhD rupanya.
"Aku bangga jadi adik kau, long. Dapat abang hebat macam kau ni. Aku harap kakak ipar aku pun bijak jugaklah."
~~~
"SYA! Sya buat apa tu! Nak kacau boleh?" Sergah Haq yang sudah masuk kedalam bilik adiknya. Aisya yang sibuk melukis di iPadnya mengeluh kasar. Abangnya ni memang tak boleh tengok orang senang!
"Abang! Pergilah main jauh - jauh! Isya tengah melukis ni!" Marah Aisya apabila otaknya sudah hilang apa yang dia ingin lukis tadi!
"Jangan sentuh! Jangan sentuh! Isya ada wuduk lagi ni!" Aisya yang masih bertelekung soft pink itu sudah beranjak dari tempatnya apabila Haq menghampiri. Tersenyum penuh makna Haq apabila mendengar adiknya masih mempunyai wuduk.
"Abang Haqq!" Makin kuat suara Aisya kedengaran apabila Haq turut sama memanjat katilnya, maka berperang besarlah dua beradik itu diatas katil.
"Adriel Haqqq!" Bergema seluruh pelusuk rumah agam itu dengan tempikan kuat dari Aisya. Kini wuduknya sudah terbatal apabila Haq memegang kemas tangannya.
Kuat tangan kecil Aisya menumbuk dada abangnya dengan perasaan geram, ingin saja dia melemparkan lelaki itu didalam kolam dibawah sana.
"Kenapa tu. Humaira, Haq?" Tanya Tan Sri Haqeem dari luar bilik. Puan Sri Annisa turut sama ada diluar bilik itu. Bukan mereka tak mendengar jeritan nyaring anak bongsu mereka.
"Tak ada apa - apa, pa. Maira ni gila." Aisya terus menjeling tajam abangnya yang kini sudah berada diatasnya.
"Papa! Abang Haq gila!" Laung Aisya kuat. Dan terus tangan Haq naik menekup mulut adiknya.
~~~
TERGELAK besar Aisya apabila melihat lebam dipipi kanan abangnya gara - gara ditumbuknya. Padan muka! Siapa suruh duduk atas perut dia tadi, boleh senak perutnya.
"Jangan nak ketawa sangat, nanti ada yang menangis." Tegur Mak Yah sambil mencedokkan nasi kedalam pinggan Tan Sri Haqeem, bukan dia tak dengar betapa galaknya anak dara majikannya ketawa.
Makin ditegur makin galak tawa Aisya kedengaran, sehingga berguling - guling diatas lantai sambil memegang perutnya.
"Jangan ditegur Mak Yah. Makin kuat budak ni ketawa, kalau boleh anak tekak tu dah lama keluar." Kata Haq sambil menjuling mata buat adiknya.
"Dah - dah makan, jangan nak bergaduh." Tegur Puan Sri Annisa buat kedua - dua anaknya.
"Sya. Kau dah beli ke dress untuk majlis malam esok?" Tanya Haq sambil mulut sibuk menguyah roti bakar yang dibuat Mak Leah, iaitu bibik dibawah Mak Yah.
"Dah. Aku beli gaun tengah hari semalam." Balas Aisya acuh tak acuh.
"Maroon kan?" Tekaan Haq itu menerima anggukan kecil dari Aisya.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...