"AISYA, kau okay?" Tanya Hazam prihatin terhadap kawan baik lamanya ini. Aisya hanya mengangguk perlahan walaupun pada hakikatnya trauma itu masih menghantui dirinya.
"Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya sendiri. Allah tahu kau kuat Sya." Ucap Zahirah perlahan, dia menepuk lembut bahu kawan baiknya. Jelas dari riak wajah Aisya mereka tahu bahawa wanita itu hanya berlagak kuat dihadapan orang ramai, tapi bila wanita itu seorang diri, hanya Allah saja yang tahu.
Walaupun sudah hampir 4 bulan kejadian itu berlaku, tetapi ianya masih berbekas didalam hati Aisya. Traumanya masih tetap menghetam dirinya tanpa dia sendiri bersedia.
"Tengku, Puan. Minum." Sapa seorang pembantu rumah yang diamik oleh Tengku Qayriel.
"Terima kasih Mak Teh." Ucap Tengku Qayriel ikhlas. Dia memberikan senyuman nipis buat pembantu rumah itu.
"Hira. Minumlah." Pelawa Tengku Qayriel sopan apabila Mak Teh meletakkan secawan teh hijau kepada Zahirah.
"Hazam tu biar dia amik sendiri, Mak Cik. Tangan ada, kaki ada. Pemalas!" Bebel Zahirah lantang. Hazam tanpa kata terus menayangkan riak cemberut membuatkan tawa Tengku Qayriel dan Aisya tercetus.
"Suka hati akulah." Protes Hazam perlahan, dia mencebik bibirnya sebelum menyisip perlahan teh itu.
"Hodohlah, Zam. Apa kau ingat kau tu budak lima tahun, muncung macam itik?" Kutuk Tengku Qayriel selamba. Terjegil mata hitam Hazam memadang kawan baiknya yang sorang itu.
Tergelak besar Zahirah mendengar kutukan Tengku Qayriel pada Hazam. Hazam pula mencebik masam.
~~~
HABIS tenaga yang digunakan Aisya gara - gara membuang isi perutnya, dengan langkah lemah dia melangkah keluar dari bilik air dan disambut dengan wajah gusar Tengku Qayriel di muka pintu.
"Sayang, are you sure? You're okay? Kalau tak kita boleh pergi hospital check. Abang risaulah." Keluh Tengku Qayriel mendatar, dia mendapatkan tubuh kecil Aisya dan dimasukkan kedalam pelukannya.
"Isya okaylah." Senyuman nipis diberikan kepada suaminya, wajahnya sekarang ini benar - benar pucat lesi.
"Sayang. Sayang tak boleh macam ni, abang bawa pergi hospital okay?" Risau bersalut kebimbangan Tengku Qayriel jadinya apabila dari semalam isterinya tanpa henti muntah, bila diajak hospital kang degil.
"Isya okay abang. Mungkin Isya penat saja." Balas Aisya lembut, dia mengatur langkah menunggu ke biliknya sebelum menghempaskan tubuhnya diatas katil empuk itu.
"Abang call Ayla? Suruh dia datang sini?" Cadang Tengku Qayriel lembut, dia duduk diatas katil bersebelahan isterinya, rambut coklat Aisya diusap lembut.
Aisya mengangguk lemah, akhirnya akur dengan kata - kata suaminya setelah penat berdegil.
Tengku Qayriel mencapai phone disebelah meja kopi sebelum mendail nombor adiknya.
~~~
KASAR tangan Tengku Qayriel ditarik Tengku Qayla keluar dari bilik utama itu setelah hampir sejam merawat kakak iparnya.
"Apa pegang - pegang ni. Haram tahu tak!" Protes Tengku Qayriel agak kuat apabila tangannya ditarik adiknya sendiri.
"Ayla harap angah dapat bersabar dengan apa yang Ayla nak cakap." Kata Tengku Qayla sebagai pendahuluan, wajah tampan Tengku Qayriel yang masih merah dipandang, pasti tak suka dia pegang.
"Apa yang kau nak cakap?" Kasar suara Tengku Qayriel bertanya. Lengannya mula naik memeluk tubuhnya sambil memadang adiknya.
"Kak Aisya pregnant." Terus tersentak Tengku Qayriel yang mula tenang itu, dadanya berombak kencang mendengar akan kata - kata adiknya sendiri.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...