MASUK saja didalam bilik, mata Tengku Qayriel disapa dengan sosok tubuh Aisya diatas katil sambil kedua - dua belah tangan diletakkan diatas lutut.
"Sayang." Tegur Tengku Qayriel lembut, selangkah demi selangkah dia melangkah menghampiri isterinya.
"Jangan dekat!" Tempik Aisya kuat dan serak, tersentak Tengku Qayriel setelah menerima tempikan itu, apabila kepala Aisya diangkat, jelas kelihatan wajah itu sembap.
"Aku cakap jangan dekat!" Bergema seisi ruangan itu dengan tempikan Aisya, air mata yang sudah kering tadi kembali basah.
Tengku Qayriel akur, dia melangkah beberapa tapak ke belakang sebelum memerhati akan si isteri, rungsing sekiranya Aisya bertindak di luar jangkaan.
"Aku benci kau! Aku benci kau! Kau rampas apa yang sepatutnya suami aku dapat!" Tengking Aisya dalam nada seraknya, dia mengesat kasar air matanya menggukan tangannya.
"Arghhhh!" Kuat suara Aisya meraung, habis kesemua barangan berhampiran dengannya ditolak sebelum suara itu meraung lagi sekali.
"Sayang." Perlahan suara Tengku Qayriel menegur isterinya, dia ingin merapati Aisya tetapi dia gusar jika Aisya bertindak di luar kawalan.
"AKU KATA JANGAN DEKAT KAN!" Tengking Aisya lantang dan kuat, tetapi air mata tetap juga mengalir. Dia membaling kesemua bantal diatas katil itu dan tepat mengenai suaminya, comforter dicampak kasar dan kemudian cadar dibuang dari katil.
"Astagfirullahlazim." Mengucap perlahan Tan Sri Haqeem tatkala melihat anak bongsunya seperti dirasuk, rambut coklat terang milik Aisya sudah serabai.
"Aisya." Tegur Puan Sri Annisa lembut, sempat matanya memadang kearah menantunya yang sedang menenangkan Aisya.
Tengku Qayriel tanpa henti berselawat ditelinga isterinya, tubuh genit Aisya ditarik masuk kedalam pelukan sebelum dia menepuk lembut belakang badan wanita itu.
"Shhh sayang dah selamat dah, sayang dengan abang sekarang ni, sayang ingat Allah kan? Sayang abang kuat, sayang abang tak lemah. Aisya dah selamat sayang, tak ada sesiapa boleh sakitkan isteri abang lagi." Pujuk Tengku Qayriel lembut, rambut serabai Aisya dirapikan menggunakan jari kasarnya, wajah jelita Aisya ditiup lembut. Apa salah Aisya Humaira? Apa salah isterinya, sehingga ada yang tergamak menyakiti isterinya?
Aisya kini lemah didalam pelukan suaminya, air mata tetap juga mengalir biarpun sudah dikesat berkali - kali oleh Tengku Qayriel.
"Tarik nafas, hembus. Calm down, okay? Everything is gonna be okay. Aisya Humaira dengan abang sekarang." Pujuk Tengku Qayriel lagi, dia memberikan kucupan lembut pada ubun - ubun isterinya.
Aisya akhirnya dibawa lena setelah dapat menenangkan diri didalam dakapan hangat dan damai suaminya, dan juga setelah mengetahui dirinya selamat.
~~~
"ABI, angah nak minta cuti boleh?" Pinta Tengku Qayriel perlahan, sebelah tangan erat memegang iPhone miliknya dan sebelah lagi bercekak pinggang dihadapan pintu rumah neneknya.
"Kenapa? Aisya okay?" Tanya Tengku Qamar dari corong telefon, lembut saja suara lelaki itu bertanya akan keadaan menantu sulongnya.
"Dia trauma. Sebab itulah angah nak minta cuti dari abi ni, angah nak pastikan Aisya betul - betul sembuh, baru angah boleh masuk office semula, beri Ayra amik jawatan CEO tu dulu." Jelas Tengku Qayriel mendatar, kepala ditolehkan untuk melihat Aisya yang hanya termenung diatas sofa.
"Kalau ada apa - apa bagitahu abi, okay? Jangan diam, kalau umi boleh tutup butik, abi pergi sana." Pesan Tengku Qamar perlahan, bukan dia tak kenal anak keduanya ini. Kalau boleh semualah nak didiamkan, kalau esok ada meeting penting pun boleh didiamkan.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...