BEBERAPA potongan Croissant dicucuk menggunakan garfu sebelum disuapkan kedalam mulutnya. Dia hanya melemparkan pandangan diluar jendela ruang makan tanpa memperdulikan suara - suara yang rancak bersembang.
"Angah." Tegur Tengku Qamar lembut, mata hazelnya memerhati lama akan seraut wajah tampan anak keduanya yang sentiasa tenang. Jika ada masalah pun wajah itu tidak kusut tetapi tetap tenang seperti tidak berlaku apa - apa.
Terus tertoleh kepalanya saat lamunannya terganggu dengan teguran sang ayah.
"Ya abi." Balas Tengku Qayriel lembut, terjongket sebelah kening tebalnya apabila Tengku Qamar hanya memadang wajahnya. Ada apa pada wajahnya? Ada air liur basikah?
"Handsome." Puji Tengku Qamar setelah puas menilik selaman wajah tampan anaknya. Didalam keluarga ini wajah Tengku Qayriel yang paling tampan, bukan bermaksud Tengku Qayrael tidak tampan, tapi tampan mereka berlainan.
"Handsome apakah bendanya, parut ni?" Kata Tengku Qayriel sambil menyentuh pipi kanannya yang mempunyai parut torehan.
"Parut tu boleh hilang." Balas Puan Sri Arisha perlahan, wanita separuh umur itu sudah perkena nasi lemak sepinggan pagi tadi, sekarang dia hanya meneguk segelas air tea hijau.
"Assalamualaikum, ya ibu - bapa dan abangku." Sapa Tengku Qayra ceria, gadis itu pantas mengambil tempat disebelah Tengku Qayriel sebelum mengambil satu biji sandwich telur yang dibuat bibik kesayangannya.
"Waalaikumsalam." Serentak mereka bertiga menjawap salam dari Tengku Qayra.
"Kejap! Ni Qayra ke Qayla?" Berkerut seribu dahi Tengku Qayriel cuba untuk mengecam manusia di sebelahnya. Adiknya kembar dan kembar pula seiras, seiras pula sampai tak boleh bezakan.
"Qayra." Balas Tengku Qayra perlahan. Dia faham sangat abangnya ini, susah untuk mengecam dia dan adik kembarnya, sedangkan memang tak ada perbezaan pun.
"Morning Tengku - Tengku semua!" Sapa Tengku Qayla lantang, gadis itu sempat bertepuk tangan diatas tatkala menyedari baju tidurnya dan kakak kembarnya sama, dua - dua pakai hitam.
"Morning." Sapa Tengku Qamar lembut, Tengku Qayla segera melabuhkan punggung disebelah Tengku Qamar dan berhadapan dengan Tengku Qayriel, Tengku Qayra dan Tengku Qayrael.
"Kau dari mana ni?" Soal Tengku Qayra, sememangnya semalam mereka tidur sekatil tetapi bangun - bangun adiknya tak ada, mahu saja dia menangis tetapi baru teringat yang Tengku Qayla temankan Qana makan. Qana tu kucing gadis itu.
"Dari tingkat 4! Lepastu kat garden and kat sini!" Balas Tengku Qayla bersama sengihan kecil. Dia menyuapkan sebutir sandwich kedalam mulutnya. Apa yang dimakan kakak itulah yang dia akan makan.
"Kau ni pagi - pagi pun dah merata, manalah tak penat." Kata Tengku Qayra sambil mengeleng perlahan, sempat sesudu nasi lemak disuapkan kedalam mulut abang sulongnya. Qayrael ni memang rapat dengan Qayra, maklumlah nama Qayrael pun hampir sama dengan Qayra.
"Kita kena kuatkan otot!" Sengihan kecil tadi berubah lebar buat kakaknya.
"Along tengok jam tu pukul berapa, sempat ke nak pergi College tu? Qayra pula, tak ada shooting ke?" Tanya Puan Sri Arisha kepada kedua - dua anaknya. Memang dia faham sangat dua beradik itu yang selalu mengambil lewa akan sesuatu perkara.
"Harini along amik cuti! Malas nak mengajar." Jawap Tengku Qayrael perlahan, jejaka itu kembali menyuapkan nasi lemak kedalam mulutnya. Entahlah dia malas nak jadi Dr harini, dia nak jadi pengacau bersuara sumbang untuk Tengku Qayriel sementara lelaki itu masih cuti.
"Ayra, malam baru ada! Jadi boleh rest!" Balas Tengku Qayra ceria, harini dia boleh rehat! Boleh kacau hidup Tengku Qayriel!
"Aku faham sangat dah tu." Balas Tengku Qayriel mendatar, sesungguhnya dia sudah lali menjadi mangsa buli adik - beradiknya, kerana mereka semua tak puas hati dengan dirinya yang tersangatlah sempurna ini.
"Bertabahlah abang ku, menghadapi perangai adik - beradik mu ini." Dengan penuh dramatik Tengku Qayla berkata.
~~~
ALKISAHNYA begini, harini dia dipaksa ke butik umi gara - gara dia seorang sahaja yang berada di rumah sementara adik - beradik yang lain sibuk menjalankan tugas masing - masing, Tengku Qayrael yang boleh dikatakan sedang bercuti itupun dipaksa berkerja gara - gara tidak cukup kaki tangan pengajar.
Dan dikala ini dia hanya duduk disofa didalam butik uminya, sambil menatap iPhone.
Telinganya sayup - sayup mendengar suara manusia pergaduhan didalam butik Puan Sri Arisha, dan tanpa berfikir panjang dia terus menapak kesana.
Kelihatan seorang wanita dengan begitu lancang memaki hamun salah seorang perkerja uminya, manakala perkerja tersebut sudah pasrah dimarahi.
"Kenapa ni?" Soalnya tenang, terus tertoleh kepala dua wanita itu sebaik saja suaranya mencuri masuk kedalam sistem pendengaran mereka.
"Tengku" Terus tertunduk pekerja wanita itu setelah melihat sebatang tubuh tegap anak majikannya datang menegur.
Terangkat sebelah kening Tengku Qayriel melihat akan pandangan perkerja itu segera tertunduk setelah menyedari kehadirannya.
"Apa masalah Puan dengan perkerja butik ni?" Tanya Tengku Qayriel tegas, dia menilik dari atas sehingga bawah sosok tubuh seorang wanita dijangka diawal usia 30an. Pakaian, sakit mata dia tengok, memang kena ke pakai baju yang terdedah semua ni? Memang nak bagi lelaki tengok sesuka hati? Sempat hatinya membebel kepada wanita ini.
"Apa masalah aku? Kau tengok ni!" Dengan begitu biadapnya, dia mencampak bag kertas keatas lantai sebelum dipijak - pijak menggunakan kasut tumit tingginya yang lebih 7 inci itu.
"Kau ingat aku ni ustazah ke? Nak pakai baju macam ni? Hei lebih elok kau suruh owner butik ni pakai! Reka baju pun entah apa - apa! Nama butik bukan main mewah tapi langsung tak boleh buat yang berkelas!" Herdik wanita itu lantang, berkali - kali dia memijak bag kertas itu dengan perasaan geram yang teramat.
"Saya tak suruh pun Puan pakai, tapi kalau Puan rasa nak masuk syurga dengan pakaian macam tu, silalah. Tapi saya tak yakin jugak yang Puan akan masuk syurga sebab pakaian Puan tu melambangkan ahli neraka. One more butik umi saya ni bukan untuk perempuan macam Puan ni, kalau Puan rasa nak lebih berkelas carilah butik lain ya?" Sindir Tengku Qayriel halus, sempat dia membuang pandang kearah bag kertas itu sebelum dia menunduk untuk mengambilnya.
"Ada apa ni?" Tegur Puan Sri Arisha apabila melihat pertengkaran yang berlaku didalam butiknya.
"Kauu!" Laju saja tangan wanita itu naik ingin memukul owner butik tersebut namun laju dihalang Tengku Qayriel.
"Don't touch her!" Amaran keras diberikan kepada wanita itu, tangannya kuat mencengkam pergelangan tangan wanita itu daripada hinggap di wajah syurganya.
Mencerlung tajam matanya menikam anak mata hitam wanita itu hingga menyebabkan wanita itu mengigil ketakutan.
"Get out!" Halau Tengku Qayriel keras. Dia tak perlukan pelanggan macam ni membeli di butik ternama uminya, tambahan pula jika ada yang ingin menyakiti.
Wanita itu mendengus kasar sebelum mencapai handbag LV nya sebelum melangkah keluar dari butik mewah itu.
Wajah tegang Tengku Qayriel tadi serta - merta berubah lembut apabila telinganya cekap mendengar esakan kecil uminya dibelakangnya.
"Umii." Lembut dia memanggil uminya, tanpa berkata apa, dia terus memeluk tubuh langsing syurganya erat, sedaya - upaya dia cuba memujuk tangisan kecil Puan Sri Arisha.
"Dahlah mi, jangan nangis. Malu orang tengok nanti." Pujuk Tengku Qayriel lembut, dia sempat menepuk belakang badan wanita separuh umur itu. Jujur, dia paling tak suka ada yang menyakiti syurganya, baik fizikal mahupun mental. Kalau rasa dah bosan hidup tu bolehlah.
"Shhh, dahlah." Pujuk Tengku Qayriel lagi.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...