SELESAI sahaja menunaikan solat Isyak, Aisya terus memegang bawah perutnya yang sedari tadi merasakan kesakitan.
"Sayang, are you okay?" Tanya Tengku Qayriel tatkala menyedari kesakitan yang dialami isterinya, tambahan pula wajah itu berkerut seperti menahan kesakitan.
"Abang. Sakit." Adu Aisya lemah, tangannya mencengkam kuat lengan sasa suaminya, tertutup matanya akibat terlalu sakit.
Tengku Qayriel tanpa sebarang kata, mendukung tubuh sarat Aisya, dan ketika itu barulah dia menyedari bahawa air ketuban Aisya sudah pecah.
"Sayang, kita pergi hospital ya, baby dah nak keluar." Telekung soft pink ditanggalkan dari kepala isterinya sebelum dia menyarungkan tudung sarung berwarna coklat gelap.
"Abang. Sakitt." Adu Aisya lemah, dia memegang bawah perutnya yang semakin lama semakin sakit.
"I know, baby. Sayang, bertahan kejap." Laju langkah Tengku Qayriel menuruni anak tangga dari tingkat 3 itu untuk ke bawah.
"Mak Teh. Sediakan barang baby dan Aisya, saya bawa dia ke hospital." Arah Tengku Qayriel sebaik saja tiba ditingkat bawah, Mak Teh mengangguk laju sebelum melangkah naik ke tingkat atas.
Laju tangan Tengku Qayriel mencapai kunci kereta berjenama Audi, sebelum mengatur langkah keluar dari rumah agam itu.
Selang beberapa minit, bunyi enjin kereta Tengku Qayriel keluar dari perkarangan rumah agam itu.
~~~
AISYA kini sudah selamat masuk kedalam labour room, dan itu bermakna sudah hampir 3 jam Tengku Qayriel terpacak di ruangan menunggu ini, jarum jam juga sudah menunjukkan angka 10 malam.
"Riel." Sergah Tan Sri Haqeem dan Puan Sri Annisa, tubuh menantunya diterpa. Jelas terlihat keadaan Tengku Qayriel yang sudah kusut masai.
"Mama, papa." Sapa Tengku Qayriel lemah, kekura tangan mertuanya dikucup lembut sebelum dia kembali mengenggam erat tangannya sendiri.
"Aisya, macam mana?" Tanya Puan Sri Annisa gusar akan keadaan anak bongsunya.
"Aisya, kat dalam lagi. Tunggu bukaan." Jelas Tengku Qayriel perlahan. Rambutnya disebak ke belakang kasar, baru sekarang dia rasa rimas mempunyai rambut panjang.
"Angah." Muncul Tengku Qamar dan Puan Sri Arisha. Tengku Qayriel tanpa kata terus memeluk tubuh langsing uminya sebelum teresak - resak kecil.
"Umi. Angah takut, m-macam mana kalau Isya tak dapat diselamatkan?" Serak suara Tengku Qayriel mengadu ketakutannya. Dia kini umpama seorang kanak - kanak kecil yang sedang dalam ketakutan.
"Shhh, apa fikir macam tu? Insyaallah tak ada apa - apa. Isteri angah kuat." Rambut coklat perang Tengku Qayriel dibelai lembut, sembap wajah tampan anak keduanya kerana terlalu takut, dimata lelaki itu terbias ketakutan yang tak boleh disorok lagi.
Bergema seisi ruangan itu dengan tangisan seorang bayi akibat dipisahkan oleh sang ibu. Tak terucap Tengku Qayriel jadinya, apabila menyedari itu suara tangisan anaknya.
Dalam hati, Tengku Qayriel tidak henti - henti mengucapkan ribuaan terima kasih dan syukur kepada yang maha Esa, atas kelahiran anak sulongnya.
~~~
SETELAH selesai mengazankan anak lelakinya, Tengku Qayriel meletakkan tubuh kecil seorang bayi lelaki didalam katil bayi, sempat dia mengucup ubun - ubun anaknya.
"Muka dia copy paste dengan kau je, ngah? 25 tahun lepas pun muka ni jugak." Keluh Tengku Qayrael yang baru sahaja sampai, wajah bayi itu ditilik. Sama saja dengan wajah ayah dia.
"Dah dia anak aku. Bodoh jugak kau ni, long." Selamba bayi didalam gendongan adiknya dirampas sebelum Tengku Qayrael pula yang mengendongannya.
"Apa nama?" Tanya Tengku Qayrael setelah puas menilik wajah suci anak saudaranya. Waktu Tengku Qayriel lahir pun macam ni jugak muka, bila besar macam apa.
"Tengku Qayyan El Fateh bin Tengku Qayriel Aryan." Jawap Tengku Qayriel bersama senyuman nipis sambil memadang Aisya yang masih tertidur. Sebenarnya nama itu Aisya yang pilih, sebab katanya comel nama Qayyan.
"Assalamualaikum, Tengku Qayyan El Fateh bin Tengku Qayriel Aryan. Untung kau dapat ayah pangkat Tengku tau?" Ucap Tengku Qayrael lembut, pipi tembam Tengku Qayyan dicubit lembut. Geram dia tengok!
"Uyooo! Mata hijau siaa! Lawanya!" Muncul Tengku Qayra dan Tengku Qayla dengan kaki dijengket - jengket untuk melihat anak buah.
"Assalamualaikum, Qayyan! Maksu ni!" Ceria suara Tengku Qayla menyapa anak buahnya. Pipi tembam Tengku Qayyan berkali - kali dicubit. Pipi aje ikut mama, yang lain semua ikut papa!
Tengku Qayra hanya diam memadang abangnya. Seperti meminta izin dalam diam.
"Hmm, peganglah." Jawap Tengku Qayriel mendatar apabila memahami apa yang diinginkan adik ketiganya.
Tersenyum riang Tengku Qayra apabila menerima kebenaran. Dia terus mengambil Tengku Qayyan dari gendongan Tengku Qayrael, sebelum mengendongannya lembut.
~~~
TENGKU Qayyan kini berada didalam gendongan mamanya, Aisya tanpa henti mencium pipi tembam anaknya, kerana terlalu geram.
"Yan. Nak tidur pun mama tak kasi, sakitlah pipi Yan, kalau mama cubit." Ajuk Tengku Qayriel menyerupai suara kanak - kanak. Punggung dilabuhkan diatas sebuah kerusi sebelum dia menyerahkan susu kurma kepada Aisya.
"Thanks." Susu kurma disisip perlahan, wajahnya lena Tengku Qayyan membuatkan Aisya semakin geram dengan anaknya.
"Abang. Budak ni comel sangatlah! Geram nak penyet - penyet je muka dia!" Ujar Aisya, pipi Tengku Qayyan ditekan berkali - kali.
"Dia menangis nanti abang taktahu. Pandai - pandailah Isya pujuk." Kata Tengku Qayriel mendatar, dia menyandarkan belakang badannya pada penyandar kerusi sebelum mula menyalari internet.
Seperti yang dikatakan Tengku Qayriel, selang beberapa minit, bergema ruangan wad VVIP itu dengan tangisan Tengku Qayyan gara - gara diganggu ibunya sendiri.
Terjegil mata Tengku Qayriel memadang isterinya, terus tersengih tidak bersalah Aisya jadianya.
"Pujuklah. Sayang yang kacau kan? Abang suruh letak dalam coat taknak." Bebel Tengku Qayriel perlahan, dia kembali menumpukan perhatian pada iPhone miliknya dan mengesahkan Aisya yang bertungkus - lumus menenangkan Tengku Qayyan.
"Astaghfirullahlazim." Mengucap panjang Puan Sri Arisha dan Puan Sri Annisa apabila mendengar makin galak tangisan Tengku Qayyan memenuhi ruangan, dan si ayah relax saja bermain phone seperti tidak terkesan dengan tangisan anak.
"Kamu tak dengar ke, ngah. Anak kamu menangis tu?!" Marah Puan Sri Arisha lantang, ingin saja dia menarik telinga anaknya yang seperti masih membawa prinsipnya 'ada aku kisah?'.
"Aisya yang buat Qayyan nangis, mi. Dialah yang kena pujuk, siapa suruh buat anak menangis." Selamba Tengku Qayriel membalas, dia kembali mengscroll tiktok dengan tenang.
Sungguh geram Puan Sri Arisha dengan anaknya saat ini. Anak tengah nangis, dia tenang scroll tiktok macam tak ada apa - apa terjadi.
IPhone milik Tengku Qayriel dirampas Puan Sri Arisha sebelum mengetuk kuat kepala anaknya menggunakan phone nipis itu tapi berat.
"Aduhhh! Umi! Sakitlah!" Merintih kesakitan Tengku Qayriel sambil mengosok kepalanya yang menjadi mangsa buli uminya sendiri. Boleh benjol kepalanya!
"Padan muka! Main phone lagi! Anak tengah nangis, dia boleh main phone!" Dan dekat satu jam jugaklah Puan Sri Arisha membebel. Tengku Qayriel membawa tangan menutup cuping telinganya yang semakin sakit dengan bebelan uminya.
"Dah? Dah habis dah?" Soal Tengku Qayriel perlahan, apabila uminya sudah habis membebel. Dan makin panjanglah bebelan sang ibu.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...