BAB 01

35 0 0
                                    

               PANDANGAN mata hazel itu dilemparkan pada pemadangan dari tingkat 75 bangunan gah milik Qay Group yang dibina oleh Tengku Qamar dan diamik alih oleh anak kedua lelaki separuh umur itu, iaitu dia.

"Masuk" Arahnya apabila telinga cengkap mendengar bunyi ketukan pintu didalam officenya.

Setelah mendapat arahan, seorang gadis cina melangkah masuk kedalam ruangan itu bersama satu fail yang dipeluk.

"Tengku. Ni dokumen yang Zaidi hantar" Fail yang berwarna hitam itu diletakkan diatas meja sebelum laju tangannya mencapai.

Dibelek-belek helaian kertas yang terletak elok didalam fail tersebut dengan wajah serius maut.

"Okay, awak boleh keluar, sebelum tu tolong panggilkan Hazam kejap, thank you" Sempat dia tersenyum nipis sebelum melihat sosok tubuh personal assistantnya melangkah keluar.

Selang beberapa minit kedengaran pintu gerbang officenya ditendang kuat oleh manusia tanpa adab itu.

"Yooo!" Jerit Hazam kuat, meluas mata hitam itu tatkala melihat ruangan office itu yang sebesar mungkin. Maklumlah kali pertama masuk office baru.

"Kau memang tak boleh ketuk pintu dulu ke sebelum masuk? Kalau aku ni ada penyakit jantung dah lama mampus aku ni" Berang Tengku Qayriel memarahi kawan baiknya yang seperti lembu masuk kampung.

"Rilek ah, Riel. Kau yang panggil aku" Hazam mula menjadi air, menenangkan api didalam diri Tengku Qayriel.

"Kau duduk sekarang, aku ada benda nak bincang" Laju Hazam mengangguk, kerusi dihadapan lelaki kacak itu diamik.

"Asal?" Soal Hazam bersama sebelah kening dikerutkan memadang Tengku Qayriel.

"Teman aku, jom. Amik abang Rael" Berkerut-kerut dahi bersih milik Hazam tatkala mendengar ajakan Tengku sorang tu.

"Kau adik dia ke aku adik dia? Amiklah sendiri" Balas Hazam selamba, terus menjeling tajam Tengku Qayriel buat lelaki itu.

"Ikut aku sekarang, sebelum aku potong gaji kau tahun ni" Ugutan Tengku Qayriel itu membuatkan mata Hazam membulat luas, dia terus bangun dari duduk sebelum mengurut lembut bahu kekar lelaki itu dengan gaya memujuk, sebulan tak apa lagi, setahun? Nak makan apa dia?

"Jangan sentuh aku!" Tangan Hazam dibahunya ditepis kasar sebelum dia bangun dari duduknya.

"Baik Tengku, jom saya iring Tengku ke bawah" Penuh sopan Hazam mempelawa bossnya, siap diatur lagi jalan untuk ke luar office.

"Dengar gaji baru sopan kau ni" Mengeleng perlahan kepala Tengku Qayriel buat kawan baiknya, kaki panjang itu diatur untuk keluar dari officenya.

"Mestilah Tengku, siapa aje tak takut gaji kena potong?" Balas Hazam sebelum mengiring Encik Tengku sorang tu keluar.

Sampai sahaja didepan sebuah Nissan GTR, Tengku Qayriel memboloskan diri didalam sebelum menghidupkan enjin kereta.

"Kau balik rumah, amik BMW, datang airport" Arah Tengku Qayriel tegas, dengan anak mata dilirikkan kearah wajah yang agak tampan si kawan baik.

"Habis, Tengku nak pergi mana?" Soal Hazam masih dalam mood sopannya.

"Aku nak pergi airportlah, mana muat nak letak luggage Tengku Qayrael tu dalam kereta ni, sebabtulah kau kena balik amik kereta" Balas Tengku Qayriel perlahan, kakinya mula menekan minyak sebelum kereta itu mula mengaum garang.

"Aku gerak dulu, assalamualaikum" Pintu kereta ditutup sebelum kereta Nissan GTR milik Tengku Qayriel bergerak laju keluar dari bangunan gah itu

~~~

DIA terus menyapa satu sosok tegap yang hanya memakai hoodie itu sebelum salam cara lelaki diberikan, tetapi akhirnya dia tunduk juga salam tangan si abang sulong itu.

"Besar dah kau Riel, dulu hisap lolipop lagi" Sengaja Tengku Qayrael mengusik adiknya yang sudah tinggi seinci darinya.

Tengku Qayriel hanya menjeling sekilas abangnya sebelum menepuk kasar bahu itu.

"Kau pun sejak duduk Australia ni, mana reti balik negara sendiri. Kalau boleh rambut tu nak perangkan" Bidas Tengku Qayriel pedas, sememangnya sudah 5 tahun abangnya Tengku Qayrael Arden itu menginap dinegara orang, balik pun hari-hari penting aje, seperti Hari Raya, kalau tak, mana reti jejak tanah Malaysia abangnya ini.

Tengku Qayrael hanya tersengih lebar manakala Tengku Qayriel sudah mengeleng, sekarang ni siapa sulong? Dia ke abangnya?

"Aku rindu nasi lemaklah, jom makan" Ajak Tengku Qayrael sambil menatap wajah tampan adik keduanya

"Kat Australia tu kau makan babi ke hari-hari? Sampai nasi lemak pun dah rindu?" Bidas Tengku Qayriel lagi, terus terkaku Tengku Qayrael mendengar kata-kata adiknya yang tak pernah tak pedas itu.

"Kau ni, aku ajak lunch, bukan ajak lepas ayat pedas" Kata Tengku Qayrael dengan nada berjauh hati. Sampai hati adik dia cakap dia makan babi, sejahil-jahil dia, dia tahu lagi mana halal haram.

"Ha eloklah, elok. Adik datang dari jauh, semata-mata nak amik abang, abang tak hargai, tak guna punya abang" Marah Tengku Qayriel apabila lelaki itu meninggalkannya

"Iya Tengku Qayriel Aryan, aku appreciate, sekarang ni aku lapar, teman aku makan" Laung Tengku Qayrael kuat pada adiknya. Tengku Qayriel akhirnya mengikuti langkah abangnya yang semakin jauh itu.

~~~

LAJU kepala Tengku Qayrael mengeleng apabila merasakan segala rempah ratus yang tertanam didalam nasi lemak yang dia makan ni.

"Kau ni sedap ke tak? Kalau sedap angguk, jangan geleng" Tegur Tengku Qayriel dengan wajah pelik apabila melihat gelengan abangnya.

"Sedapppp Riel! Sebabtu aku geleng" Panjang harakat Tengku Qayrael berkata bersama dengan gelengan lagi, gelengan bermaksud sedap manakala anggukan bermaksud sebaliknya.

"Ikut kaulah, bang. Jangan kacau hidup aku sudah" Gumam Tengku Qayriel sendiri, dia mula menyuapkan omelette rice kedalam mulut.

"Maaf Tengku, maaf, jalan jammed" Sergah Hazam dengan tercungap-cungap, lelaki itu memegang lututnya lemah kerana terlalu penat berkejaran.

"Kau pergi mana jalan jammed? Setahu aku belum waktu lunch, macam mana boleh jammed?" Balas Tengku Qayriel selepas mengerling jam rolex dipergelangan tangannya.

"Saya amik jalan jauh tadi Tengku! Sebab ada polis!" Kata Hazam bersungguh-sungguh kerana cuba untuk menyakinkan bossnya dalam masa yang sama kawan baiknya.

"Berapa tahun kau tak bayar insurance kereta aku Aryan?" Marah Tengku Qayrael garang, sudah tiada lagi nama Riel jikalau lelaki itu marah, nama Aryan juga yang dipetik.

"Ewahh, kau ingat kereta kau tu bini aku ke? Aku nak bayar insurance bulan-bulan? Bayarlah sendiri, kayakan?" Balas Tengku Qayriel taknak kalah, dan selepas itu dua beradik itu mula membalas pandangan dengan mata hazel masing-masing.

Hazam pula yang merasa bahang antara pergaduhan dalam diam dua beradik itu, memang kalau mereka bergaduh, mulalah lancarkan silent war.

Namun sebesar manapun pergaduhan mereka, mereka tetap akan berbaik dalam masa terdekat seperti tiada apa yang berlaku.

Kalau dia ada kuasa halimunan, sudah lama dia menghilang tanpa jejak.

BERSAMBUNG

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now