RIUH didalam bilik Tengku Qayrael dengan suara - suara berbual sambil makan popcorn, malam ini merupakan malam mereka berempat meluangkan masa bersama setelah kesibukan masing - masing mereda.
"Habis, macam mana? Apa yang jadi dengan Mia Adriana tu? Khuzairi dengan Nurul tu jadi nikah tak?" Soal Tengku Qayrael penuh rasa ingin tahu didadanya mengenai drama terbaru Malaysia, iaitu 7 hari mencintaimu 2 itu.
"Jadilah! Dah Mak Leha desak. Anak sulong tu, mesti ikut apa yang mak dia nak! Even kena kahwin dua pun!" Bersungguh Tengku Qayla menjawap, chocolate kunafa sempat digigit kedalam mulutnya sambil mengangguk yakin.
"Kau jangan, Ayla. Terasa aku ni." Balas Tengku Qayrael perlahan. Dia pun anak sulong, pasti dia buat apa yang umi mahukan.
"Sorrylah. Bukannya aku sengaja." Pinta Tengku Qayla perlahan dengan mulut penuh kunafa.
"Kenapa si Nurul tu nak kahwin dengan Khuzairi? Apa yang mamat tu ada?" Tanya Tengku Qayriel pula, dia bersandar pada kepala katil sambil menyuapkan potato chips kedalam mulutnya.
"Yang tu, jangan tanya aku. Aku taktahu, lagipun cerita tu belum habis." Balas Tengku Qayla sambil kembali menyuap kunafa kedalam mulutnya.
"Apa makan snack malam - malam ni?" Tegur suara garau Tengku Qamar dan menghetakkan keempat - empat anak - anaknya.
Terus chocolate card bury itu disembunyikan dibelakang badan Tengku Qayra walaupun mulutnya sudah comot dengan chocolate leleh. Abi memang tak benarkan mereka makan snack malam - malam. Ni pun mereka seludup dari bilik stor memadangkan bilik stor ialah bilik paling selamat untuk menyimpan barangan berharga. Siapa saja nak masuk bilik stor kecuali pembantu rumah?
Begitu juga dengan Tengku Qayla yang sudah comot dengan kunafa red velvet dimulutnya. Jelas sekali membawa maksud mereka makan snack.
Tengku Qamar dan Puan Sri Arisha melangkah masuk kedalam bilik anak sulong mereka, terus tersengih - sengih pasangan kembar itu memadang ibu - bapa mereka, manakala Tengku Qayrael dan Tengku Qayriel tersenyum sumbing.
Tengku Qamar memadang satu persatu anak - anaknya. Dari yang sulong sehingga yang bongsu, dan pasti yang paling teruk bongsu, dengan kunafa diserata mulut dan hidung.
"Apa yang abi larang? Kenapa degil?" Tegas suara Tengku Qamar menegur anak - anaknya. Terus mati senyuman diwajah mereka berganti dengan wajah kesian.
Dengan selamba Tengku Qayra dan Tengku Qayla menudingkan jari kearah abang - abang mereka.
"Angah dan along yang ajak kami langgar larangan! Bukan salah kami!" Terbuntang mata hazel lelaki - lelaki itu apabila dipersalahkan oleh adik - adik mereka. Definisi perempuan tak pernah salah!
"Bila masa?" Wajah Tengku Qayriel jelas terbias tidak percaya dengan apa yang terjadi, kepala itu laju mengeleng.
"Bukan salah angah! Salah along!" Jari telunjuk Tengku Qayriel dihala kearah abangnya, dan kini semua orang menudingkan jari kearah abang sulong mereka! Sulonglah yang kena mengalah! Kenapa mereka!
Tengku Qayrael yang sememangnya mengalah, akhirnya mengaku juga walaupun mereka yang bersepakat.
Tangan Puan Sri Arisha dibawa menutup mulut agar tawanya tidak tercetus. Jelas sekali tiada siapa yang ingin mengaku salah, sifat Tengku Qayriel pula sudah semula jadi berbentuk taknak kalah dan Tengku Qayrael pula selalu mengalah memadangkan dia sulong.
"Angah, mana Isya?" Tanya Puan Sri Arisha lembut buat anak keduanya, wajah tampan Tengku Qayriel ditilik. Wajah putih itu langsung tidak sama dengan adik beradiknya yang lain, hanya kulit Tengku Qayriel saja mengikut warna kulitnya yang putih melepak manakala hanya Tengku Qayriel saja berambut perang coklat.
![](https://img.wattpad.com/cover/376347835-288-k140219.jpg)
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...