BAB 03

14 0 0
                                    

              "KAU buat apa sini?" Tegur Tengku Qayriel kasar, matanya beralih kepada kawan baiknya yang sedang menyusunkan buah - buahan diatas meja kopi disebelah katil pesakit.

"Aku datang melawat kaulah" Balas Hazam ringkas, 3 biji buah oren diletakkan didalam bakul yang terisi buah - buah nenas dan pisang untuk pesakit tampan ini.

"Aku tak mati lagi, sampai kau perlu lawat aku" Kata Tengku Qayriel selamba. Terjegil bola mata Hazam mendengar kata - kata selamba Tengku Qayriel itu.

"Eh kau! Aku datang melawat ni pun kira bersyukur tau? Kalau tak, tak adanya aku nak datang sini. Baik aku duduk rumah tengok WWE!" Hambur Hazam lantang. Kalau tidak mengenangkan Tengku Qayriel ni anak Tengku, dah lama dia sekeh kepala itu.

"Tak ada sesiapa pun, suruh kau datang" Gumam Tengku Qayriel perlahan, namun perlahan itulah yang membuatkan hati Hazam berapi.

Tangannya dikepalkan membentuk penumbuk sebelum penumbuk itu hampir dilayangkan disisi kepala Tengku Qayriel akibat perasaan geramnya yang memuncak.

"Abang Hazam!" Sergah satu suara nyaring, terus tertoleh kepala Tengku Qayriel kearah pintu. Matanya terus disapa dengan sekujur tubuh langsing milik Tengku Qayla didalam jubah doktornya.

"Jodoh dah datang" Bisik Hazam tepat di telinga Tengku Qayriel dengan nada nakal.

Terus sahaja tangan Tengku Qayriel naik menumbuk bahu Hazam, dan lelaki itu langsung tergelak.

"Jangan nak mengatal! Adik aku tu!" Kuat tempikkan Tengku Qayriel kedengaran memarahi Hazam dari mendekati adiknya.

Mengeleng perlahan kepala Tengku Qayla tatkala melihat akan telatah dua ekor manusia ini.

"Angah. Kau dah makan?" Soal Tengku Qayla yang sudah menghampiri katil abangnya.

"Tak ada selera" Balas Tengku Qayriel mendatar, jari telunjuknya menolak lembut lengan kurus adiknya yang berada disisi katilnya.

"Macam mana kau nak sihat, kalau taknak makan?" Tegur Tengku Qayla tegas, jelas terpancar aura doktornya.

"Aku boleh sihat sendirilah. Tak perlukan ubat. Allah kata nak sihat kena banyak berdoa bukan makan, tak semestinya makan akan terus sihat" Laju saja mulut Tengku Qayriel menjawap.

Geram saja Tengku Qayla ingin mengepit mulut itu yang pandai menjawap. Orang tegur menjawap, orang tegur menjawap, tarik kang telinga tu!

"Kau dah solat belum?" Soal Tengku Qayla sambil memeluk tubuh.

"Aaaa" Ternganga mulut Tengku Qayriel buat seketika, kepala yang tidak gatal digaru.

"Allah kata. Kalau orang Islam, kena solat, kena berdoa minta ampun. Jangan lengahkan solat. Solat tu tiang agama" Bidas Tengku Qayla sedas. Tadi bukan main pandai menjawap, sekarang sudah terdiam!

"Pergi solat sebelum aku report abi" Terus terbangun Tengku Qayriel dari pembaringan setelah nama Tengku Qamar meniti di mulut adik bongsunya. Bukan Tengku Qayla taktahu abangnya ini takutkan Tengku Qamar, atau lebih tepat hormat.

"Baik Tengku! Patik menurut perintah!" Sempat Tengku Qayriel menabik hormat kepada adiknya sebelum mengatur langkah masuk kedalam bilik air yang terdapat didalam wad ini.

Seusai saja menunaikan solat zohor Tengku Qayriel kembali duduk diatas katilnya bersama t-shirt tanpa lengan berwarna putih, dan sekaligus menayangkan lengan berotot lelaki itu yang berkulit sawo matang.

"Bagus ni, abang siapa bagus angat ni" Rambut coklat perang Tengku Qayriel yang semakin keriting itu digosok seperti kanak - kanak.

"Ayla" Panggil Tengku Qayriel perlahan. Entah mengapa dia suka diusap begitu, mungkin hanya oleh tangan lembut?

"Huh?" Balas Tengku Qayla.

"Bila aku boleh balik? Bosan" Keluhan berat dilepaskan jejaka ini perlahan. Hampir seminggu dia berada di hospital dan apa yang dia makan, sup, bubur.

"Sebenarnya kau dah boleh balik, aku datang tadi pun sebab nak cakap tu aje" Terus terlakar senyuman bersalah dibibir mungil itu, dan laju saja mata hazel kehijauan Tengku Qayriel menjeling adiknya

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now