BAB 10

21 0 0
                                    

        PUAN Sri Arisha membuka pintu wad yang menempatkan Aisya. Tersenyum nipis dia tatkala melihat kedua - duanya masih nyenyak tidur tanpa sebarang gangguan, tambahan pula anaknya yang sudah menjatuhkan kepala pada katil itu.

Manakala Tengku Qamar hanya tersenyum manis memadang kejadiaan didepan mata.

Tengku Qayriel masih lagi dalam persalinan tuxedo maroonnya cuma blazer sudah tercampak diatas sofa. Yang tinggal hanyalah kemeja putih, tali leher maroon bersama vest serona dengannya.

"Seronok dapat tengok kumbang jaga bunga yang pengsan semalam." Sapa Tan Sri Haqeem yang juga baru sampai. Sampai - sampai saja mereka dikejutkan dengan pandangan ini.

"Betul - betul sayang tu." Ujar Puan Sri Arisha perlahan. Dia kenal anaknya. Tengku Qayriel seorang yang paling susah hendak berlama - lama di sesuatu tempat apatah lagi bermalam disitu, pergilah sejauh manapun katil jugak yang dicari.

Mereka berempat terus mendekati katil Aisya. Senyuman manis terukir dibibir Tengku Qamar melihat anak terunanya sehabis mungkin cuba untuk tidur diatas kerusi biarpun dia tahu dia boleh saja tidur diatas sofa.

Puan Sri Arisha mengelus lembut rambut coklat perang Tengku Qayriel yang agak beralun itu.

"Qayriel." Lembut suara Tan Sri Haqeem mengejutkan anak kawan baiknya.

Terpinga - pinga Tengku Qayriel apabila mendengar namanya diseru, dalam masa sekejap saja dia sudah terjaga biarpun masih mamai.

"Papa." Lain yang dikejut, lain yang bangun. Tangan lembut Aisya naik meraup wajahnya setelah puas tertidur.

"Aisya. Sorry, tertidur." Balas Tengku Qayriel bersuara serak, dia juga turut meraup wajahnya sebelum membetulkan rambutnya yang sudah kedepan gara - gara dia tertidur kedepan.

"Paksuuu!" Jerit satu suara dari arah pintu. Dan tanpa kata paha Tengku Qayriel automatik dihuni seseorang.

"Makngahhh!" Jerit satu lagi suara, juga dari arah pintu. Aisya yang elok dalam keadaan duduk terus dipeluk oleh anak sepupu Tengku Qayriel.

"Una! Jangan macam tu! Terkejut uncle Riel!" Marah Aisya garang, dia sendiri terkejut melihat anak kepada abang Haq menerpa kearah Tengku Qayriel dengan panggilan paksu.

"Paksu teman maksu semalam? Kenapa maksu sakit? Paksu otey?" Tanpa menghiraukan amarah Aisya, gadis kecil itu melemparkan soalan, matanya tanpa berkelip memadang seraut wajah tampan bakal paksunya.

"Paksu otey, sayang. Husna buat apa kat sini? Mana papa?" Jawap Tengku Qayriel lembut, matanya meliar - meliar mencari sosok tubuh Adriel Haq namun tidak kelihatan. Pandai betul budak tu sorang.

"Papa kat umah! Una datang dengan Tok pa!" Tersengih kecil gadis itu memadang paksunya.

"Tengku Qalisha Ameera. Sakit aunty Isya nanti." Tegur Tengku Qayriel tegas, matanya dilirikkan kearah anak sepupunya yang selamba badak duduk diatas Aisya.

"Siapa aunty Isya? Ni makngah lah! Pakngah dah lupa makngah keee?" Terkacip rahang Tengku Qayriel mendengar. Okay, dia tahu siapa yang dia harus cari selepas ini.

"Dah dapat greenlight tu." Usik Tengku Qayrael selamba, sambil mendukung seorang lagi anak sepupunya, yang bernama Tengku Qalish Aqif.

Menjeling tajam Tengku Qayriel kepada abangnya. Kurang ajar betul Qayrael. Aisya tak bagi jawapan lagi! Dia dah tabur fitnah!

"Keputusan ditangan Isya. Kalau Isya nak tolak, tolaklah." Seusai saja Puan Sri Arisha meletakkan sebaldu kotak cincin diatas meja, wanita separuh umur itu terus berkata.

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now