GAMAT seisi Masjid dengan sedara - mara kedua - dua belah pihak, ada yang datang dari luar negara semata - mata ingin menghadiri sesi ijab qabul anak - anak saudara mereka.
"Kau dah kenapa ni, ngah? Macam cacing kepanasan aku tengok." Tegur Tengku Qayrael bersama sebelah kening terangkat naik. Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia melihat adik keduanya resah - gelisha seperti ini.
"Aku nervous." Perlahan suara Tengku Qayriel membalas. Dia tiada masa hendak bergaduh dengan abang sulongnya.
Lelaki itu menarik - narik rambut coklat perangnya yang tadi kemas, kini serabai, seperti baru bangun tidur.
"Heii, relax, relax . Kau yang nakkan? Kau sendiri yang nak peristerikan Aisya, kenapa sekarang kau gelisha pulak?" Jika dengar dari suara, nada itu langsung tidak berbalut pujukkan malah sedikit kasar. Maklumlah Qayrael sendiripun first time hadiri ijab qabul seseorang, tambahan pula seseorang itu adiknya.
"Memanglah, aku nak. Tapi aku tak sangka pulak aku yang nervous. Mungkin ini karma untuk aku sebab aku mengutuk pengatin lelaki sebelum ini kot." Mengeleng perlahan kepala Tengku Qayrael mendengar gumaman adiknya. Itulah, siapa suruh cakap pengatin lelaki didalam drama lembik sebab nervous, padanlah muka!
"Qayriel. Abi kau suruh masuk, solat sunat." Celah Tengku Qathar iaitu sepupu Tengku Qayriel dan Tengku Qayrael dari belah Tengku Qamar.
"Along....." Tengku Qayriel diwaktu ini tak ubah seperti anak kecil mengadu pada abangnya angkara takut dan nervous.
Tubuh tegap abangnya yang tersarung baju melayu berwarna cream didekati sebelum dia bersembuyi di belakang abang sulongnya. Dia takut...
Tengku Qathar hanya tersenyum nipis memadang tubuh tegap Tengku Qayriel bersembuyi di belakang abangnya gara - gara takut, comelll!
Dalam tenang Tengku Qayriel masih terselit ketakutan apabila ingin mengalas tanggungjawap baru sebagai seorang suami.
"Angah, umur kau 25 tau, bukan 5 tahun. Lagipun kau kan sayangkan Aisya." Dalam buat pertama kali dalam hidup, Tengku Qayrael memujuk si adik. Tangan kekar Tengku Qayrael menepuk lembut belakang badan Tengku Qayriel yang menyarungkan baju melayu berwarna putih.
"Aku boleh buat?" Perlahan sahaja saja Tengku Qayriel bertanya.
"Boleh, ngah. Aku yakin kau boleh buat." Pujuk Tengku Qayrael lembut. Tengku Qayriel menarik nafas panjang sebelum dihembus lembut, sedaya - upaya dia cuba untuk bertenang.
"Jom, naik. Aku nak kahwin." Tengku Qayriel terus menapak masuk kedalam masjid dengan tenangnya sebelum mula menunaikan solat sunat nikah, dua rakaat.
~~~
HENING, suasana berubah hening apabila tangan kekar Tan Sri Haqeem menggenggam erat tangan sejuk bakal menantunya.
"Dah sedia?" Soal Tok Kadi yang berada disebelah kiri Tan Sri Haqeem manakala disebelah kanan Tan Sri Haqeem adanya Tan Sri Tengku Qamar.
Perlahan anggukkan dari Tengku Qayriel. Fikirannya melayang jauh pada memori mereka ketika di usia remaja. Jujur, sejak dulu lagi, dia sayangkan dan cintakan Aisya Humaira, tetapi disebabkan takut perasaannya hanya bertepuk sebelah tangan, jadi dia memedam rasa itu sehingga beberapa bulan lepas.
"Tengku Qayriel Aryan bin Tengku Qamar Arfan." Seru Tan Sri Haqeem dengan nada tegasnya.
"Saya." Sahut Tengku Qayriel tenang.
"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan puteriku Aisya Humaira binti Haqeem Azreen dengan emas kahwinnya RM 30.000 ringgit tunai."
"Saya terima nikahnya Aisya Humaira binti Haqeem Azreen dengan emas kahwinnya RM 30.000 ringgit tunai." Dan dengan hanya sekali lafaz Aisya Humaira sah menjadi miliknya.
"Sah?" Soal Tok Kadi buat para saksi.
"Sah."
"Sah."
"Sah." Dan serentak dengan itu suara - suara saksi berkata tanda setuju.
"Alhamdulillah." Ucap mereka beramai - ramai.
~~~
HANYA sebelah saja tangannya memegang stereng manakala sebelah tangan lagi memegang phone yang ditekapkan pada telinga, dia sebenarnya dia sedang berbincang mengenai projek yang akan berkolaborasi dengan sebuah syarikat di luar negara mengenai sebuah bangunan yang akan mereka bangunkan bersama.
"Okay, if there is anything wrong with this project, just let me know. Insyallah, I will fix it." Seusai saja ayat terakhir diberi, dia terus menutup panggilan setelah mendapat keputusan yang mereka inginkan.
"Cuti - cuti pun kena meeting?" Soal Aisya mendatar, dia hanya memadang skrin phonenya dengan nada merajuk. Balik pada masjid, suaminya sibuk berbincang mengenai kerja bersama mat saleh dari Amerika itu.
"Kenalah, sayang. Nanti kalau saya tak kerja, awak nak makan apa? Pasir?" Lembut Tengku Qayriel membalas. Dia tahu itu salahnya tetapi jikalau sudah kerja siapa boleh halang.
Tangan Tengku Qayriel naik mencubit pipi mulus Aisya yang agak tembam. Sebenarnya, sudah lama dia ingin mencubit pipi itu, akan tetapi status masih belum merestui.
Dan Aisya pula hanya diam, tidak memprotes tindakan lelaki itu kepadanya. Dia kena biasakan, selepas akad tadi, pipinya yang menjadi mangsa buli suaminya, mungkin dah lama geram?
"Sayang. Are you okay? Kenapa ni?" Laju saja Tengku Qayriel bertanya apabila isterinya masih diam. Kalau dulu, mulut itu akan selalu berbunyi, kalah burung murai.
"Isya, cakap dengan saya. Kenapa ni? Saya ada buat salah?" Soal Tengku Qayriel bertalu - talu. Dia tak suka Aisya diam, kerana diam Aisya membuatnya sunyi, dia tak boleh sunyi!
Terus muncung bibir Aisya dengan tangan sudah mula memeluk tubuh, wajah gadis itu masam saja. Dia nak majuk! Tengku Qayriel abaikan dia!
Dan tahulah lelaki itu, bila Aisya mencebik atau memuncungkan mulutnya, tak lain, dan tak bukan. Pasti anak bongsu itu merajuk!
"Awak tak bukakan pun pintu untuk saya tadi! And masa masuk kereta, awak tak cakap pun, dah pakai seatbelt, Aisya? Ada apa - apa tertinggal? Awak terus melekat pada phone awak tu! Phone tu lagi cantik ke pada isteri awak ni, Qayriel Aryan?!" Hambur Aisya geram, akhirnya terluah juga apa yang terbuku didalam hatinya, sungguh dia sakit hati melihat phone suaminya, kalau diikutkan kata hati, sudah lama dia mencampak phone itu. Kau pun nak attention suami aku jugak ke?!
Sedari tadi Tengku Qayriel menahan senyum mendengar bebelan isterinya. Jika isterinya sudah mula selesa dengan seseorang, maka semua perangai manjanya akan keluar.
"Iya. Saya minta maaf, sebab buat awak rasa terabai. Sumpah, saya tak ada niat nak buat awak macam tu. Saya tengah call tadi, call tu pulak penting. Maafkan saya, Sunshine?" Pujuk Tengku Qayriel lembut, sempat dia meletakkan ciuman di kekura tangan isterinya sebelum bibir itu tersenyum kecil.
Aisya Humaira. Dengar nama saja, sudah dapat agak personalitinya seperti apa. Manja tapi dalam masa yang sama garang, sekali mood gadis itu kelaut, habis semua benda dimarahinya. Dan apa yang unik pada Aisya baginya, gadis itu matang walaupun manja.
"Belanja saya ice cream, baru saya maafkan awak." Tergelak Tengku Qayriel akhirnya apabila mendengar suara kendur itu meminta ice cream dalam merajuknya.
"Everything for my Sunshine." Akur dengan Madam comelnya ini, dahlah pendek!
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮
General Fiction𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏 "Not everything you want will be owned as requested, maybe it will be given but in another day" Itu yang dipegangnya hingga ke hari ini, nampak ringkas tetapi tak semua mampu melakukannya. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚...