BAB 21

10 0 0
                                    

DIKALA ini pelajar tingkatan 5 Ibun Ghazali berada di dalam sebuah makmal sains di bahagian hujung sekolah.

"Okay semua, buka pages 104, kecuali Tengku Riel." Terpinga - pinga Tengku Qayriel sesaat apabila mendengar arahan dari Cikgu Wi yang mengajar mata pelajaran Sains Tulen.

"Kenapa Cikgu?" Tanya Tengku Qayriel tanpa berbasa - basi, matanya yang bercermin mata putih itu mendongak memandang Cikgu Chinese tersebut.

"Pergi bilik displin. Parents kamu nak jumpa." Terus terteguk liur kelat Tengku Qayriel tatkala mendengar bahawa parentsnya berada di sekolah. Takkanlah?

Takkanlah mengenai hal tu? No way! Dia taknak kahwin! Hati kecilnya sempat terjerit kecil apabila mengingati kejadiaan tangkap basah haritu.

"Habislah kau, Riel." Zafran pula tanpa henti menakut - nakutkan rakan sekelasnya, senyuman nakal terukir dibibirnya.

"Cikgu, boleh tak kalau saya taknak pergi? Lagipun buat apa parents saya datang, saya bukan budak kecil." Bantah Tengku Qayriel perlahan. Jujur, dia takut, dia takut menghadapi amarah abinya. Memanglah abinya tak menengking, tapi dari kebisuan lelaki itu pun cukup untuk melonggarkan skru lututnya.

"Sebelum Sir Zaidi datang sini, heret kamu, baik kamu sendiri pergi." Ujar Cikgu Wi itu dengan menggunakan nama guru disiplin yang paling digeruni murid - murid SMK Shah Alam.

"Baik Cikgu." Akhirnya Tengku Qayriel akur. Dia menolak kerusi makmal sebelum melangkah keluar dari makmal sains itu. Spec matanya sempat ditiup sebelum dipakai semula. Jangan kata apa, dia rabun jauh.

Dari jarak 3 meter dari bilik displin saja, sudah boleh membuatkan dia rasa hendak melarikan diri. Inikah pula hendak menghadap anak kedua dan keempat kepada atuk dan neneknya? Masak dia.

"Mengucap Qayriel mengucap. Mana tahu kau dah tak keluar dah lepasni." Gumam dia seorang diri. Dadanya ditepuk lembut agar dapat menenangkan diri sendiri.

"Assalam" Belum sempat dia ingin memberi salam, pandangannya ditikam tajam oleh mata hazel helang Tengku Qamar dan sekali lagi dia meneguk liurnya kelat.

Didalam bilik displin ini, dihuni oleh Puan Sri Arisha, Tengku Qamar, Tengku Qayrael, adik kembarnya dan Sir Zaidi dan beberapa orang lagi manusia.

"Tengku Qayriel Aryan bin Tan Sri Tengku Qamar Arfan, duduk." Dengan berserta nama penuhnya Tengku Qamar mengarahkannya untuk duduk berhadapan dengan kedua orang tuanya.

Tengku Qayriel hanya akur, punggungnya perlahan - lahan dilabuhkan diatas sofa berhadapan dengan Puan Sri Arisha dan Tan Sri Tengku Qamar.

"Angah tak salah." Perlahan saja suaranya berkata, seperti seorang pensalah pula dia ketika ini ditenung.

"Orang mana yang mengaku salah sendiri, angah? Angah tahu kan apa yang angah buat ni salah? Angah bukan budak lagi." Lancang suara Puan Sri Arisha berkata, mata hazel hijaunya memerhati akan sekujur tubuh anak keduanya yang seperti cacing kepanasan.

"Angah tahu, tapi bukan angah nak benda ni jadi, angah" Lagi sekali kata - katanya dicantas dan kalini oleh suara garau abinya.

"Apa nak jadi dengan angah ni? Abi hantar sekolah suruh belajar, bukan buat maksiat. Sekarang, mana abi nak letak muka pada parents Maya?" Terus tertunduk kepala Tengku Qayriel apabila mendengar bentakan dari abinya. Dia lagi rela menghadapi amarah Tengku Qamar dalam diam, daripada dibentak sebegini.

"Abi, umi. Angah tak minta benda ni jadi. Sumpah, demi Allah angah tak buat macam apa yang umi abi fikirkan." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya selebihnya hanyalah kebisuan.

"Bertanggungjawab dengan apa yang angah dah lakukan." Putus Puan Sri Arisha dengan nada mendatar. Membuatkan Tengku Qayriel tercengang seketika.

"No way! Please, angah tak kisah kalau umi nak kurung angah sekalipun. Tapi bukan macam ni, ada hati yang harus angah jaga." Bantah Tengku Qayriel, nadanya sudah ternaik sedikit, tanda dia betul maksudkan kata - katanya.

"Habis, angah nak lari? Angah nak lari daripada apa yang angah buat? Angah sesedap rosakkan anak dara orang, lepastu angah taknak tanggungjawab? Lelaki jenis apa angah ni?" Cantas Tengku Qamar, walaupun nadanya perlahan saja, tapi cukup untuk menaikkan sifat pemberontak seorang Tengku Qayriel yang selama ini tertutup rapi.

"Abi! Angah tak buat! Angah tak buat! Angah masih ada iman, angah masih boleh kawal nafsu angah. And angah takkan buat benda terkutuk macam tu!" Tinggi suara Tengku Qayriel berkata. Terbangun sampaikan dia gara - gara ingin menunjukkan kebenarannya yang sebenarnya.

Dan setelah itu hampir 2 bulan Tengku Qayriel dan Tengku Qamar bermasam muka. Di meja makan pun sudah seperti di tanah perkuburan apabila dua lelaki itu berperang sesama sendiri.

"Masuk." Dingin suaranya memberi kebenaran kepada manusia disebalik pintu biliknya.

Terus pintu bilik Tengku Qayriel dikuak dari luar. Tengku Qayriel yang sedang menyiapkan tugasan sekolahnya terus tertoleh memadang sosok itu.

"Along? Kau buat apa sini?" Tanya Tengku Qayriel dengan nada agak kehairanan. Abang sulongnya hanya diam sebelum melangkah masuk kedalam bilik adiknya.

"Boleh along cakap sikit?" Sapa Tengku Qayrael lembut, perlahan - lahan dia melabuhkan punggungnya diatas bean bag sofa berwarna hitam yang terdampar disebelah meja belajar adik keduanya.

"Kalau kau nak cakap pasal aku dan abi. Better kau keluar, aku taknak dengar apa - apa." Putus Tengku Qayriel mendatar, dia langsung tidak menoleh kearah abangnya melainkan hanya melakukan kerjanya diatas meja.

"Angah." Lembut suara Tengku Qayrael menegur adiknya. Lihat saja Tengku Qayriel seorang lembut dan, tapi percayalah. Tengku Qayriel sebenarnya seorang yang keras kepala tahap dewa, jika dia ingin lakukan sesuatu perkara tu bermakna dia akan lakukan sehingga selesai, takkan ada yang dapat menghalang apatah lagi membantah. Tipikal seorang anak kedua.

"Qayriel. Aku tahu kau still marahkan abi, tapi dia ayah kau, kau tak boleh terus bermasam muka macam ni, kau anak dia. Kau masih bawah jagaan dia" Belum sempat Tengku Qayrael memberi nasihat, laju Tengku Qayriel mencantas.

"Kau nak salahkan aku, seolah - olah dia tak ada buat salah. Dia paksa aku bertanggungjawab untuk perkara yang aku tak pernah buat. Lagi satu, kau cakap aku anak dia, kan? Memang! Memang aku anak dia. Tapi tak semestinya semua benda yang dia buat tu betul. Dia buat aku macam aku ni pesalah untuk kesalahan yang aku tak pernah buat!" Bentak Tengku Qayriel sedikit kuat. Dia tak suka! Dia tak suka ditegur! Dia akan buat sesuatu yang dia rasa nak buat saja!

"Qayrael, Qayriel. Kenapa kat atas tu?" Kedengaran suara Puan Sri Arisha bersuara dari tingkat dua.

Jika dia tidak memikirkan di hadapannya sekarang ini adik dia, sudah lama dia menengking, akan tetapi dia tahu, dia tahu bahawa Tengku Qayriel masih terasa hati dengan tindakan Tengku Qamar. Nak hapuskan api tak boleh dengan api.

"Dahlah, jangan nak serabutkan kepala otak aku!" Bentak Tengku Qayriel sekali lagi. Dia kembali meneruskan apa yang tergendala.

"Kalau kau rasa nak marah or nak luahkan perasaan kau, just do it, don't hide. Ingat, aku abang kau." Pujuk Tengku Qayrael lembut, sempat dia menepuk lembut bahu bidang adiknya.

Dengan pantasnya Tengku Qayriel bangun dari duduk dan menolak kuat rak buku di sebelahnya, dia ingin hancurkan segalanya. Cermin kaca 8 inci itu ditumbuk Tengku Qayriel. Dan beberapa serpihan kaca itu mengenai tangannya.

"Angah!" Jerit Tengku Qayrael kuat, dia terus menahan tubuh Tengku Qayriel daripada bertindak lebih agresif. Tengku Qayriel meronta - ronta kuat sebelum perlahan - lahan menjadi lemah.

Membulat mata hazel Tengku Qayrael tatkala melihat adiknya pengsan di hadapannya.

"Umi! Abi!" Jerit Tengku Qayrael kuat memanggil kedua ibu bapanya.

"Astaghfirullahlazim Qayriel!" Terus tubuh kaku Tengku Qayriel diangkat oleh Tengku Qamar dan dibawa ke hospital dengan kadar segera.

Maka itu bermakna kali ini ialah kali ke tiga Tengku Qayriel dimasukkan kedalam wad gara - gara tekanan emosinya.

BERSAMBUNG

𝐃𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢𝐤𝐮Where stories live. Discover now