BAB 1

45 5 2
                                    

Kami bertiga berjalan beriringan menuju ke bilik pakar bedah kedua orang kawan kami yang berada di tingkat 3.

Apabila tibanya disana kami melihat Dania dan Amni sedang bersembang didepan pintu bilik mereka dengan sedikit langkah dilajukan Damia,Aina dan Zulaikha berada didepan mereka.

"Assalamualaikum kawan-kawan ku sekalian" ucap Aina sambil tersenyum lebar kepada rakan-rakannya.

"Waalaikumussalam kau orang dari mana ni?" Tanya Dania.

"Dari bilik Aina kita orang borak sekejap tapi sekarang nak pergi makan kejap tadi pun datang sini nak ajak kau orang" Ujar Zulaikha pula.

"Ohh..jom lah kita makan sama-sama lagipun kita orang pun tadi baru nak pergi makan" Amni pun terus menerima ajakan dari Zulaikha tadi.

Kami semua berjalan menuju ke kantin hospital untuk makan bersama-sama pada kali ini.

"Sekarang ni ada lagi sorang tak lengkap" kata Damia sambil melihat satu per satu wajah rakannya.

"Danisha!" Jerit Amni dan Aina serentak.
Manakala Dania yang tengah meminum air pun tersedak mendengar teriakan mereka.

"Kalau macam tu call la dia ajak makan sekali" Cadang Dania dengan wajah yang agak merah akibat tersedak.

"Ok.. aku call Danisha kalau macam tu" Ujar Zulaikha pula dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar nya itu.

"Hello Assalamualaikum Danisha kau busy ke tak hari ni?" tanya Zulaikha dari telefon.

"Aku tak ada lah busy mana kenapa?" balas Danisha.

"Kalau macam tu kau datang hospital tempat Aina kerja sekarang dekat kantin tau!" ujar Zulaikha dia terus menamatkan panggilan telefon itu.

"Danisha on the way kita order dulu" Kami semua mengangguk dan terus memanggil seorang pelayan untuk memesan makanan.

____

"Baiklah semua terima kasih atas khidmat kamu semua pada hari ini jadi saya akan berikan kamu semua cuti selama 3 hari tapi kalau ada operasi yang terdesak kamu semua terpaksa turun tangan faham!" Ujar komander Amir dengan lantang kepada anak-anak buahnya.

Mereka semua terus bersurai kembali ke dorm untuk mengemas barangan yang perlu dibawa balik ke rumah keluarga masing-masing.

"Wey Zaf kau nak balik mana 3 hari cuti ni?"tanya Asyraf kepada aku.

"Macam biasa aku akan pergi check diri dulu dekat hospital nanti baru aku join kau balik rumah" balas aku kepada satu-satunya adik aku. Asyraf Tufail.

Aku mengemas baju aku dan terus memasukkan baju ke dalam beg galas.Laju sahaja tangan aku mengambil kunci kereta dan pergi ke hospital check kesihatan.

Di hospital ramai orang duduk di kerusi menunggu untuk menunggu nama dipanggil masuk oleh doktor.

Aku tidak pergi ke situ melainkan berjalan ke arah lift. Tingkat 4 dituju tempat dimana kawan ku Luthfi yang menjadi pakar di hospital ini.

Tiba sahaja di bilik Luthfi aku terus mengetuk pintu dan memberi salam.Medengar Luthfi menyahut aku terus masuk ke dalam biliknya.

"Hello bro!" Sapa Luthfi.

Aku hanya tersenyum sebagai tanda membalas sapaannya.

"Bro hari ni hari last aku boleh check up kau sebab aku dipindahkan tugas ke Terengganu jadi ini ada doktor yang boleh gantikan aku dan aku akan bincang dengan dia kalau kau setuju.." Aku tetap fokus membaca detail walaupun Luthfi panjang lebar menjelaskannya kepada aku.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now