Perlahan-lahan helikopter itu berlalu pergi meninggalkan Lebanon.
Kali ini yang mengikuti kami ialah Mustaqeem, Fawwaz, aku dan seorang jururawat sebagai peneman manakala Damia dan Zulaikha sudah diberikan ubat tahan sakit.
Zafran ditinggalkan dan dia akan diberikan hukuman kerana tidak menjalankan tugas nya sebagai seorang kapten.
Aku merasa lega tapi rasa sedih dan marah juga ada.
Lega kerana mereka dapat diselamatkan.
Sedih untuk menerima kenyataan yang mereka cedera parah.
Dan marah kerana mereka mengingkari janji.Sebelum Damia dan Zulaikha masuk untuk melakukan tugas mereka sudah berjanji kepada aku untuk kembali dengan selamat takdir berkata lain apabila mereka ingin selamat cedera yang mereka dapat.
Beberapa jam kemudian..
"Kita akan mendarat di hospital Kuala Lumpur untuk dua orang anggota kami mendapatkan rawatan harap maklum" ujar Mustaqeem menghantar laporan kepada pihak berkuasa di hospital Kuala Lumpur.
"Copy that!" Ujar orang di sebarang sana.
Aku terkejut seketika apabila melihat denyut nadi mereka agak lemah semakin lama semakin lemah nadi mereka yang membuatkan aku risau akan keadaan mereka.
"Mus berapa lama lagi kita akan sampai nadi dia orang melemah" kata aku dengan air mata yang keluar sedikit demi sedikit.
Mustaqeem yang mendengar itu pun terkelu dia tidak tau harus bagaimana mereka masih memerlukan 1 jam lagi untuk sampai.
"Kalau macam tu kita mendarat dekat hospital awak jelah saya akan maklum kepada mereka"kata Mustaqeem pula sambil menyambungkan panggilan dengan hospital.
"Hello dan Assalamualaikum saya Leftenan Farhan Mustaqeem ingin memberitahu bahawa akan ada dua orang pesakit iaitu anggota saya akan di bawa kesana melalui helikopter kami akan tiba dalam 20 minit lagi harap bersedia" ucap Mustaqeem kepada juru kaunter itu.
____
Sedangkan di sisi lain..
Amni dan Dania yang mendengar panggilan untuk bersedia ke bumbung hospital terus bersiap sedia kesana.
Yang kami dengar akan ada dua pesakit tentera akan dihantar disini kerana ini adalah hospital terdekat.
30 minit lamanya kami menunggu akhirnya sebuah helikopter pun tiba di sini.
Laju sahaja kami bersedia untuk merawat mereka.
Tanpa kami ketahui pesakit itu adalah rakannya sendiri.
Setibanya kami di hospital aku terus keluar dan secara perlahan mengeluarkan Damia dan Zulaikha.
Amni dan Dania yang melihat itu laju sahaja membantu tanpa bertanyakan apa-apa Damia dan Zulaikha akan di bawa ke bilik kecemasan untuk di rawat dan orang yang akan merawat mereka tentulah aku.
Aku mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka dari kematian.
Aku takut..
Takut kehilangan kawan yang sudah aku anggap seperti keluarga.Selesai sahaja mereka aku rawat dan aku pastikan bahawa mereka akan selamat.
Wad ICU di mana Damia dan Zulaikha harus ditempatkan kecederaan mereka amat teruk itu yang membuatkan mereka berada di sana.
Kadang-kadang aku terfikir betul ke yang aku tak pernah gagal untuk menjadi seorang kawan? Tapi Damia, Zulaikha, Dania, Danisha, Amni dan kawan-kawan aku yang selalu berkata 'jangan lemah semangat kita orang kan ada'.
Kata-kata mereka lah yang membuatkan aku bertahan sehingga sekarang.
Wajah Damia dan Zulaikha aku lihat di sebalik cermin yang menghalang untuk masuk bukan tidak ingin masuk tetapi belum ada masa yang sangat lapang untuk melawat.
Kaki aku bawa ke bilik aku untuk berehat sebelum mula untuk menulis laporan pesakit.
End pov Aina..
Amni dan Dania terus menerjah bilik Aina tanpa mengetuk pintu bilik nya dahulu.
Apabila mereka melihat adanya Mustaqeem dan Fawwaz di situ mereka pun meminta maaf.
"Eh..Maaf sebab terjah" kata Dania memohon maaf.
Mustaqeem dan Fawwaz hanya mengangguk.
"Boleh tak kalau kau orang cerita apa yang berlaku kami nak tau!" Ujar Amni dengan penuh pengharapan.
"Cerita dia macam ni.." Mustaqeem dan Aina pun menceritakan segalanya dari a hingga lah z.
"Kenapa lah dengan Zaf tu tak nak buat tindakan sakit betul hati aku nanti biar aku bagitahu Danisha biar dia saman si Zaf tu!" Kata Amni dengan tekat.
Biasalah perempuan kalau marah memang agak lain ya kawan-kawan.
____
Danisha pula yang mendapat khabar Damia dan Zulaikha dilarikan ke wad ICU terus datang ke hospital untuk kepastian.
"Ye puan nak cari siapa ye?" Tanya jururawat di situ.
"Saya nak cari pesakit atas nama Nur Damia Irdina dan Nur Zulaikha" kata Danisha terburu-buru.
"Oh..ada mereka ditempatkan di ICU 2 dan 3" ujar jururawat itu.
Danisha mengangguk sebelum menuju ke sana bilik Aina adalah tujuan nya baru sahaja hendak masuk Aina, Dania, Amni, Mustaqeem dan Fawwaz pun keluar.
"Eh? Danisha awal kau sampai?" Tanya Aina.
"Macam mana dengan dia orang apa yang berlaku?" Tanya Danisha kembali.
Aina dan Dania pun menceritakan.
"Ohh.. dia orang okey tak?" Tanya lagi Danisha.
"Agak okey agak tak lah" balas Aina dengan ragu.
"Wey Danisha boleh tak kau tolong saman si Zaf dia dah melampau tau tak" kata Amni yang masih menginginkan Zafran di saman.
"Boleh je tapi kena ada saksi lah" balas Danisha.
Mereka semua mengangguk dari lama duduk di sana mereka pun bergerak ke bilik ICU 2 dan 3.
Di sana terlihat Damia dan Zulaikha yang di penuhi dengan alatan hospital membuatkan Danisha terasa sebak melihat keadaan mereka yang boleh di katakan sangat lah teruk calar balar yang sangat lah banyak di tubuh mereka itu baru calar belum lagi luka dan kepala mereka yang sedang berbalut itu.
Siapa sahaja yang tidak sakit apabila melihat kawan nya sendiri terbaring di atas katil hospital tanpa menyedarkan diri.
"Seteruk itu ke dia orang kena?" Tanah Danisha menahan tangis nya.
Aina mengangguk.
"Mesti sakitkan jadi dia orang?" Tanya Amni pula.
"Sakit tu memang tapi itulah risiko nya apabila menjadi seorang tentera kita orang tak bermain dengan mainan tapi bermain nyawa sendiri di medan perang" jawab Mustaqeem membuatkan semua terdiam.
Fawwaz pula dia hanya mengiakan sahaja perkataan Mustaqeem.
"Sampai bila dia orang harus koma?" Tanya Fawwaz setelah lama berdiam diri.
"Tak pasti selalu nya untuk sedar dari koma adalah pilihan pesakit" Aina pula hanya menatap ke hadapan dengan tatapan kosong nya.
Sunyi..
Itu yang kami rasakan selama seminggu ini dan sekarang Zafran telah dikenakan tindakan disiplin oleh komander kerana dia tidak membantu ahli pasukan nya.Dan di tambah pula dengan saman yang di berikan dari Danisha. Mungkin sekarang dia sedang meratap nasib nya.
"Wey jom lah kita pergi lepak daripada kau orang asyik sedih je" ajak Imani.
Imani dia adalah salah seorang dari kawan kami juga tapi kerana sebelum ini dia belajar di luar negara dia tidak lah berapa tau tentang apa yang berlaku dia hanya tau Damia dan Zulaikha cedera dan cerita nya sahaja.
Tanpa mengenal siapa yang dimaksudkan.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...