Pergaduhan mereka itu pun agak lama sehingga lah pelayan di situ menegur membuatkan pergaduhan mulut itu selesai.
Akhirnya selesai sahaja makan kami bertiga pun beransur pulang ke rumah.
"Bye Amni jumpa nanti" kata Zulaikha sambil melambaikan tangan nya.
Amni pun membalas sapaan itu dia masuk sahaja ke dalam rumah kami berdua terus menuju ke rumah kami pula.
"Malam ni main moto jom" ajak Damia.
"Jom tapi ride mana?" Zulaikha bertanya kepada Damia.
"Genting highland" balas Damia singkat sahaja.
Tiba sahaja di rumah kami pun terus berehat dahulu dan baru lah kami akan bergerak menuju ke destinasi.
Malam ini akan jadi malam yang panjang buat kami berdua.
Perjalanan kami kali ini ialah Genting Highlands kami bercadang untuk memandu motosikal kami ke sana.
"Okey cun semua barang dah ada jom kita gerak" ucap Zulaikha yang sedang mengemas pakaian nya itu untuk dua hari.
"Aku pun dah siap jom kita gerak aku rasa tengah malam jugak baru sampai sebab sekarang jam pukul 12 tengah malam" kata Damia pula yang melihat hotel untuk dijadikan tempat penginapan di sana nanti.
"Berapa lama masa yang akan diambil untuk sampai?" Tanya Zulaikha.
"1 jam 5 minit macam tu jugak lah" balas Damia dia terus mengalas beg untuk bergerak ke genting highland dengan segera.
Perjalanan kami ditemani dengan doa yang kami iringkan kali ini hanya berdua mungkin selepas ini mereka akan mengajak kawan-kawan nya yang lain.
"Kita ni check-in dekat hotel mana?" Tanya Zulaikha lagi.
"Resorts world Genting" ucap Damia.
Kami akhirnya memutuskan untuk bertolak pada pukul 12.30 tengah malam.
"Kita ni tak ada singgah ya jadi pandai-pandailah hidup" kata Damia pula yang sedang memakai sarung tangan.
Zulaikha mengangguk.
Perjalanan kami ke Genting Highlands agak sunyi kerana banyak kenderaan yang belum ada lagi maklum lah pagi-pagi buta pergi Genting Highlands.
Disebabkan cuti 2 hari ini lah mereka gunakan untuk bercuti.
____
Lama juga mereka keluar bersama-sama keluarga dan tidak sedar akan waktu yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Mereka pun memilih untuk pulang ke rumah kerana pesta yang berada di situ sudah pun ingin berakhir.
Aina dan Zafran yang baru sahaja tiba di rumah keluarga Aina itu pun keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.
Zafran sebenarnya tidak ingin membiarkan Aina ikut dengan nya kerana dia ingin membeli cincin tunang kepada mereka berdua pada hari esok.
Dia juga bercadang untuk jadi kan Ikmal sebagai pengapit nya nanti sewaktu majlis perkahwinan nya.
Kini tujuan nya pada hari esok adalah rumah untuk memberitahu kepada kedua-dua ibu bapa dan adik nya tentang majlis pertunangan mereka sebelum membeli cincin tunang.
Jadi sekarang dia hanya perlu balik ke rumah nya dan tidur dengan lena.
Pada pagi hari nya pula..
Pagi-pagi lagi Zafran sudah terpacak di hadapan rumah keluarga nya.
"Astaghfirullahalazim Zaf apa kamu buat pagi-pagi depan rumah ni" tegur mama Zafran dengan terkejut apabila melihat anak sulung nya buat hal di pagi hari.
"Hehehe.. sorry mama Zaf datang nak bagitahu something special je" kata Zafran sambil tersengih kepada mama nya itu.
"Dah jom masuk abah kamu tu ada je dekat dapur dengan adik kamu" ucap mama menyambut anak nya.
"Jadi apa yang something special sangat tu?" Tanya abah dengan perasaan ingin tahu nya.
"Zaf dah ada calon menantu untuk mama dan abah" ujar Zafran memberitahu keluarganya.
"Ha!" Terkejut Zafran apabila disergah oleh teriakan adik nya itu.
"Kau biar betul Zaf!" Lagi sekali teriakan dari adik nya itu.
"Ish.. kau ni cuba lah bertenang" kata Zafran pula menenang kan adik nya itu.
"Lepas tu dah ada rasa untuk bawa hubungan ni ke jalur yang lebih serius?" Tanya mama pula.
"Ada semalam keluarga dia dah setuju 2 minggu lagi boleh ada kan pertunangan" balas Zafran sambil tersenyum kepada mama nya.
"Baiklah kalau macam itu kita pergi beli cincin petang ni dan siapkan baju tunang" ujar abah pula.
Sedangkan Asyraf pula masih lagi tidak percaya bahawa abang nya sudah pun ingin berkahwin.
'Kalau Zaf dah kahwin aku sorang-sorang la dekat rumah dengan mama dan abah tak ada lagi orang yang nak cari gaduh dengan aku' bisik nya di dalam hati.
"Asyraf Tufail" panggil Zafran membuat kan Asyraf tersentak.
"Ya" jawab Asyraf yang masih lagi di awangan.
"Kau kenapa?" Tanya Zafran.
"Tak ada apa-apa just teringat tentang kerja je don't worry" kata Asyraf sambil tersenyum palsu kepada abang nya itu.
Zafran hanya mengangguk faham tapi dia masih lagi tidak perasan akan perubahan riak muka adik nya itu.
"Okay .. jom semua pergi bersiap dahulu kita pergi makan lepas tu baru lah pergi kedai cincin butik baju last nanti" ujar mama menyuruh semua orang untuk bersiap termasuk diri nya sendiri.
Selesai sahaja bersiap kami sekeluarga pun keluar menaiki kereta Alphard yang sudah disediakan oleh penjaga di sini.
Selama perjalanan kami ke IOI mall tiada percakapan yang berlaku di antara kami semua.
"Kamu nak cincin yang macam mana?" Tanya mama apabila sudah sampai di hadapan kedai cincin itu.
"Yang simple pun dah cukup dah" kata Zafran memberitahu.
"Hmm.. okay nanti bagitahu calon menantu abah dan mama suruh pergi butik baju tu nanti ya" kata abah pula disela percakapan kami.
Zafran yang mendengar itu pun mengangguk dia sebenarnya sudah pun memberitahu Aina.
____
Aina pula sekarang sedang menelefon Zulaikha untuk meminta bantuan tetapi Zulaikha berkata kepada nya tidak dapat membantu kerana dia dan Damia sedang berada di genting highland.
Akhirnya dia pun meminta bantuan Danisha untuk membantu.
"Kenapa kau suruh aku datang rumah kau ni macam ada hal mustahak" pelik Danisha dengan kawan nya itu.
"Haah.. aku ada hal mustahak iaitu Zaf ajak aku jumpa dekat butik baju dengan keluarga dia aku tak berani nak pergi sorang-sorang teman aku boleh kau nak ajak ayu pun boleh" ujar Aina lalu dengan terburu-buru dia menyalin pakaian nya di dalam tandas.
"Yelah .. aku mesej Ayu ajak dia sekali" kata Danisha dia hanya mengiakan kata-kata Aina itu.
Sekali-sekala bantu kawan sendiri tak salah.
Ayu yang mendapat panggilan telefon daripada Danisha pun pergi ke rumah Aina untuk menemani kawan nya ini.
"Okey cun semua dah elok jom kita gerak" ajak Ayu dengan semangat.
Perjalanan untuk IOI mall itu pun tidak lah mengambil masa yang lama untuk kami tiba di sana.
ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...
