Damia dan Zulaikha yang berada di genting highland itu pun sedang berehat di hotel yang sudah di tempah oleh Damia.
Mereka berdua menikmati cuti 2 hari ini dengan sebaik petang ini cadang nya mereka akan pergi bermain di Genting Skyworlds, Skytropolis, Dunia salju dan lain-lain lagi.
Zulaikha yang daripada tadi termenung itu pun ingin disergah oleh Damia tapi dia merasa akan menganggu ketenangan nya Damia pun memilih untuk keluar membeli makanan dahulu.
'Kalau sekarang kau masih ada kan best aku ada tempat untuk meluahkan perasaan aku tapi kau dah pergi dahulu Nik aku pun kalau boleh tambah pulak dia dah nak kahwin' bisik hati Zulaikha dia tersenyum sendiri apabila mengingat kembali kenangan masa lalu bersama abang nya itu.
"Lama betul kau termenung penat aku tunggu" Damia berkata sambil mengambil tempat di sebelah Zulaikha.
"Siapa yang suruh kau tunggu aku habis termenung aku tak suruh" balas Zulaikha pula.
"Rileks.. kawan kau nampak macam stress tapi tak apa kau tau aku ni dah turun beli makanan pun kau tak perasan kan" ujar Damia lagi menyedarkan kawan nya bahawa dia sudah terlalu lama termenung.
Zulaikha yang mendengar itu pun merasa ingin tercengang dia di situ.
"Biar betul kau ni?" Tanya Zulaikha meminta kepastian.
"Betul lah kau tu yang sepatutnya aku tanya apa yang kau fikir kan sebenarnya?" Tanya Damia kembali.
"Aku fikir apa just fikir pasal arwah abang aku dengan dia je" balas Zulaikha pula sambil menerima segelas air yang diberi oleh Damia.
Damia mengangguk dia faham akan apa yang cuba untuk disampaikan.
Pada pagi hari kami habiskan dengan berehat sepuas-puasnya di hotel agar dapat menggunakan tenaga dengan lebih banyak pada petang hingga malam ini.
Sesuai rancang kami pun akan bermain di taman-taman permainan yang ada di Genting Highlands ini.
"Wey nanti kan lepas main ni kena balik kemas barang sebab takut penat je nanti" kata Zulaikha berpesan kepada Damia.
"Okay.. kalau macam tu nanti lepas habis main kita gerak balik" ucap Damia pula.
Mereka bermain sepuas-puasnya untuk menghilangkan masalah yang mereka hadapi buat masa sekarang.
Disebabkan cuti hanya tinggal 1 hari lagi kami memutuskan untuk pulang ke rumah lagi pun majlis perkahwinan jiran rumah kami juga akan berkahwin pada 2 hari lagi.
"Jadi sekarang ni jom lah kita gerak balik" ajak Zulaikha yang sudah menggalas beg nya itu.
Kami pun mengambil keputusan untuk memecut balik agar dapat mencari baju sebelum ke majlis perkahwinan Afiq dan majlis pertunangan Aina pada 2 minggu akan datang.
____
Di butik baju pengantin..
Aina, Danisha dan Ayu yang baru sahaja sampai itu pun melihat kehadiran kedua ibu bapa Zafran dan adik nya yang juga baru tiba di sana.
"Assalamualaikum mak cik pak cik" ujar Aina menyapa mereka.
"Waalaikumussalam" balas kedua ibu bapa Zafran.
Tanpa menunggu masa yang lebih lama mama Zafran terus mengajak Aina untuk masuk mencari baju yang sesuai di pakai sewaktu majlis pertunangan mereka.
"Bagi kamu lah kan warna light green ke dark green?" Tanya mama kepada Aina.
"Saya lebih minat dekat warna dark green biar sahabat yang rapat baru pakai light green" balas Aina menjawab soalan itu.
Sedangkan Danisha dia menelefon rakan-rakan nya untuk datang ke butik mencuba baju yang akan dipakai mereka.
Zulaikha dan Damia yang mengetahui perkara itu pun terus bergerak ke butik yang diberitahu setelah beberapa jam selepas balik dari Genting Highlands.
"Kamu dah telefon ke kawan-kawan kamu Zaf, Aina?" Tanya abah.
"Saya dah telefon dah kawan-kawan saya dia orang masih dalam perjalanan" kata Aina sambil mengambil tempat duduk sementara menunggu.
"Zaf pun dah telefon dia orang nanti dia orang sampai la tu" ucap Zafran pula dia berlalu keluar sebentar katanya kawan nya tidak menemui butik ini.
Beberapa minit kemudian..
Terlihat lah kawan-kawan Zafran dan Aina yang sudah pun berada di sini.
"Okay semua boleh cuba baju ini ambil lah saiz berapa yang kamu semua rasa sesuai" kata pekerja di sini.
Mereka semua mengangguk satu per satu rakan-rakan kami mencuba pakaian itu.
Siap sahaja mencuba baju mereka bercadang untuk melepak di rumah Damia dan Zulaikha yang agak besar itu.
Kerana semua setuju dengan cadangan itu semua rakan-rakan mereka datang ke rumah Damia dan Zulaikha pada malam hari untuk membuatkan BBQ di area rumah mereka.
"Wey malam ni punya BBQ semua bahan dah ada kan?" Damia bertanya untuk kepastian.
"Dah ada dah .. kau pergi lah ajak orang sebelah rumah kita ajak join sekali" ujar Zulaikha berkata sambil memotong sayur di dapur.
Damia yang tadi nya sedang menolong Zulaikha memotong bawang pun membersihkan tangan nya untuk memanggil Afiq di sebelah rumah.
"Assalamualaikum abang Afiq!" Dengan suara yang agak lantang Damia memanggil Afiq yang sedang berada di rumah itu.
"Waalaikumussalam" balas Afiq muncul lah Afiq walaupun sekali memanggil.
"Ni ha nak bagitahu malam karang boleh datang rumah ada buat BBQ" kata Damia kepada nya.
"Ohh .. okay" ujar Afiq pula.
Setelah selesai memberitahu Damia terus berlalu pergi dia tidak mahu menimbulkan fitnah kerana berdua-duaan dengan yang bukan mahram.
Masuk sahaja terlihat lah Zulaikha yang sedang memasak Spaghetti Carbonara di dapur rumah.
Damia pula yang berada di situ terus berlari ke dapur untuk merasa Spaghetti Carbonara itu.
Habis sahaja mempersiapkan semua nya mereka pun duduk di ruang tamu selepas mandi dan solat.
Akibat terlalu bosan kerana kawan mereka belum datang mereka pun memutuskan untuk menyanyikan lagu Baby Shark.
"Baby Shark duu doo duu doo duu doo Baby Shark duu doo duu doo duu doo Baby Shark!" Jerit Damia dan Zulaikha serentak.
Sedang kan kawan mereka yang baru sahaja sampai itu dibuat terkejut dengan tindakan Adip dan Afifitri yang terus berlari masuk untuk join mereka berdua.
Manakala Zafran dan Mustaqeem mereka sudah lama lari keluar dari rumah akibat terlalu malu.
Mereka berempat terus lah menyanyi sehingga telinga mereka di tarik oleh Danisha dan Afiq.
Yang lain sudah pun menggelengkan kepala sehingga gelak terbahak-bahak.
Tanpa menunggu lama Danisha pun menyuruh Aina untuk memanggil Zafran dan Mustaqeem kembali.
"Dah la tu kau orang ni dah besar bukan budak-budak kecik lagi umur pun dah 25" ujar Danisha berpesan kepada 2 orang kawan nya itu.
"Sorry!" Ujar mereka berempat serentak.
Aina yang pergi memanggil Zafran itu pun kembali tapi Mustaqeem tidak ikut kembali kata nya dia ingin ke kedai untuk membeli air dahulu.
"Bang kira air ni" ujar Mustaqeem kepada orang yang berada di kaunter pembayaran itu.
"Mus!" Panggil seseorang dari arah belakang nya.
Dia menoleh dan terlihat lah seseorang perempuan yang sebaya dengan nya. Dia adalah Mursyidah orang yang pernah menawan hati nya sewaktu dahulu.
"Ya saya" ujar Mustaqeem membalas setenang yang mungkin.
Debaran yang bersarang di hati nya itu membuatkan dia berasa gugup untuk bertemu kembali.
"Kau duduk sini ke?" Tanya Mursyidah.
"Tak aku pergi rumah junior kita dahulu dia ajak BBQ kat rumah dia ni baru nak pergi nak ikut" balas Mustaqeem sambil mengajak nya.
Mursyidah hanya mengangguk dia terus mengikuti Mustaqeem dari belakang.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...