BAB 13

20 4 1
                                    

Manakala Zafran, Adip dan Afifitri pula yang sedang melepak di taman itu terserempak dengan dua orang kawan Zafran sewaktu sekolah rendah.

"Eh..Ikmal, Fahim kau orang buat apa dekat sini" tegur Zafran apabila melihat kedua-dua orang sahabat lama nya itu.

"Eh... Zafran kita orang saja melepak bosan duduk rumah" balas Fahim.

"Ohh.. bujang lagi ke?" Usik Zafran kepada mereka.

"Hehehe.. Fahim memang bujang aku je yang jadi duda sekarang ni" kata Ikmal sambil tertawa kecil.

Zafran hanya mengangguk.

"Oh.. lupa pula nak kenal kan ni kawan lama aku Ikmal dan Fahim lepas tu yang macam kau orang tengok ni pula Afifitri dan Adip jadi berkenalan lah dulu ye" ujar Zafran mengenalkan kawan lama nya kepada Afifitri dan Adip.

Selepas berkenalan kami pun bercadang untuk melepak bersama-sama pada petang ini kata Fahim makan petang ini dia ingin membelanja kami semua sebagai tanda perkenalan.

Secret Recipe adalah tempat yang kami tuju dan tanpa kami ketahui Aina dan rakan-rakan nya yang lain juga sedang berada di sana untuk menyambut hari lahir Aina di situ.

Setibanya di sana Zafran melihat Aina dan rakan-rakan nya sedang menyambut hari lahir Aina itu pun terdiam seketika.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday happy birthday happy birthday to you!"

"Happy birthday Aina!" Jerit mereka semua serentak sambil bertepuk tangan.

Kek yang dipenuhi dengan hiasan penyu itu mengingatkan Aina kepada Damia dan Zulaikha sewaktu dulu Zulaikha pernah membelikan Aina penyu dan mereka juga pernah pergi ke aquarium semata-mata untuk melihat penyu kata Damia dan Zulaikha 'kalau itu kebahagiaan kau kita orang ikut kan sahaja' dan sampai sekarang kata-kata itu masih diingati.

"Kenapa awak tenung je kek tu tak suka ke?" Tanya Mustaqeem menghentikan lamunan Aina.

"Ehm..mana ada saya suka je cuma terharu lah jugak" balas Aina dengan memberikan senyuman.

Sedangkan Zafran yang ada di situ hanya melihat dari jauh jujur sahaja dia cemburu melihat kemesraan Aina dan Mustaqeem.

"Kau okey ke Zaf dari tadi termenung je?" Tanya Fahim.

"Oh.. aku okey je cuma teringat pula ada kerja yang lupa disiapkan" balas Zafran dia terus mengeluarkan telefon nya untuk menghantar mesej kepada Aina.

Ruang chat di buka di situ lah dia menulis pesan.

Zafran
Assalamualaikum happy birthday awak maaf tak dapat ucapkan depan-depan saya tak nak menganggu awak.

                                                                                    Aina
   Waalaikumussalam terima kasih ucapkan.

Singkat sahaja mesej yang dibalas oleh Aina mungkin dia ingin meluangkan masa bersama kawan-kawan nya.

"Lepas makan ni aku gerak dulu tau aku nak hantar Amni balik" ujar Adip sambil memakan sedikit demi sedikit kek yang berada di hadapan nya itu.

Kami hanya mengangguk faham biasalah dah ada tunang mestilah hati nya harus dijaga.

"Dahlah kita pun duduk sini lama-lama buat apa jom la kita gerak" kata Ikmal yang sudah selesai dengan makan nya itu.

Zafran dan Fahim hanya mengikuti Ikmal sedangkan Afifitri dan Adip berjalan ke arah Aina dan rakan-rakan nya.

Kami semua kembali ke rumah masing-masing sedangkan aku harus kembali ke pangkalan TDM untuk berehat di situ.

Masuk sahaja Zafran ke dalam kereta lagu yang berkaitan dengan cinta itu didengari  nya hanya dengan itu sahaja yang boleh membuatkan nya merasa sedikit lega.

"Haih..sampai bila kau orang nak koma ni Damia, Zulaikha" kata Zafran sambil mengeluh berat.

Perjalanan Zafran untuk ke pangkalan TDM itu hanya berteman kan lagu jika tak sebelum ini dia akan mengajak dua orang anak buah nya iaitu Damia dan Zulaikha tetapi mereka pula masih lena di dalam tidur nya.

____

Aina pula yang baru sahaja  pulang pun disambut dengan bebelan ibunya itu.

"Ish.. kamu ni Aina balik pun tak bagi tahu kalau balik tak bagi tahu bawak menantu tak ada jugak kamu tu dah besar dah 25 tahun dah pun"bebelan ibunya itu tidak lah mengurangkan rasa penat tanpa menjawab apa-apa dia terus meminta izin untuk masuk ke bilik.

Masuk sahaja di bilik tempat pertama yang di tuju ialah bilik air sebelum merehatkan diri dia selalu nya akan mandi dan solat sebelum tidur penat.

"Haih.. penat betul hari ni harap nya Damia dan Zulaikha akan cepat sembuh" kata Aina sambil mengaminkan kata-katanya.

Aina terus memasuki bilik air untuk membersihkan diri. Habis sahaja mandi solat fardhu ditunaikan baru lah diri boleh merehatkan diri.

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.

"Hmm..aku tidur lah dulu pastu kunci jam pukul 4.30 boleh jugak tu" kata Aina dia terus mengunci jam lalu tidur untuk sementara waktu.

30 minit selepas Aina terlena di Columbia Asia Hospital pula dikejutkan dengan berita bahawa Zulaikha dan Damia sudah mula menunjukkan tindak balas yang baik.

Tanda-tanda untuk bangun juga sangat lah besar dan sebaik sahaja mendapat khabar itu Dania yang berada disitu terus ingin memberitahu Aina.

"Assalamualaikum Aina" kata Dania sambil mengatur nafas nya yang baru sahaja  berlari.

"Waalaikumussalam Dania ada apa?" Tanya Aina dengan pelik nya.

"Zu dan Damia-" belum sahaja Dania menghabiskan kata-kata nya terus sahaja Aina menutup panggilan.

Dania yang mendapat perlakuan begitu dari Aina membuatkan dia sakit hati.

"Jahanam punya kawan kalau ye pun bagi lah aku habis kan cakap tu!" Bebel Dania kepada telefon yang tertutup layar nya.

Sedang kan Aina yang mendapat panggilan dari Dania itu pun terus kelam kabut bersiap untuk ke hospital.

Setibanya di sana di terus berlari ke arah Dania dan bertanya akan khabar Damia dan Zulaikha.

"Wey kenapa dengan dia orang?" Tanya Aina kepada Dania.

"Tadi dia orang okey tapi.." Dania dengan sengaja tidak melanjutkan perkataannya yang membuatkan Aina terus masuk ke dalam wad itu.

Baru masuk sahaja dia sudah melihat kawan nya masih belum menyedarkan diri itu membuatkan nya sangat lah sedih.

Satu per satu air mata Aina mengalir jatuh dari kelopak matanya tangan Zulaikha di pegang oleh nya berharap agar kawan nya boleh bangun pada masa itu juga.

Entah kenapa secara tiba-tiba denyutan nadi Zulaikha perlahan-lahan hilang membuatkan Aina tidak tentu arah.

"Wey Zuu kau jangan lah tinggal kan aku kau dah janji kan nak pergi lepak dengan aku aku janji lepas ni tak tinggal kau lagi" kata Aina dengan air matanya yang keluar tanpa henti.

"Hey.. Don't cry princess i'm still here" kata Zulaikha dia terus menyedarkan diri apabila mendengar kawan nya itu sudah menangis teresak-esak.

Melihat sahaja kawan nya masih hidup itu dia terus memeluk erat kawan nya yang dia rindui selama 2 bulan ini.

"Macam mana kau boleh sedar?" Tanya Aina.

"Aku sebenarnya dah lama sedar sebelum kau masuk lagi tapi aku dan Dania saja nak buat prank dekat kau sayang jugak ye kau dekat aku" usik Zulaikha apabila mengingat Aina menangis teresak-esak apabila denyutan jantung Zulaikha berhenti.

"Kalau Damia dia dah sedar ke?" Tanya Aina kembali.

"Tak.. cedera dia lagi teruk dari aku" balas Zulaikha dia sangat terluka apabila mengingat kembali apa yang terjadi.

Aina mengeluh berat memang Zulaikha sudah menyedarkan diri tetapi masih seorang lagi kawan nya yang masih tidur.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now