BAB 7

20 3 0
                                    

Selesai bermain di mall kami semua memilih untuk pulang ke rumah dan sudah pasti esok mereka semua harus bekerja.

Manakala aku pula menghantar Aina pulang ke rumah nya dahulu barulah aku pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah aku terus pergi ke bilik untuk mandi dan solat fardu maghrib.

Turun sahaja dari bilik aku disambut ramah oleh keluarga ku yang menunggu di meja makan untuk makan bersama.

"Raf kamu kan yang esok hantar Zaf?" Tanya mama kepada Asyraf yang sedangkan mengambil nasi itu.

Asyraf mengangguk dia terus mengambil lauk dan makan dengan lahap nya.

Kami sekeluarga makan dengan senyap tanpa percakapan dan macam biasa juga aku akan membantu mama membasuh pinggan mangkuk yang kotor.

"Kamu pergi lah tidur awal Zaf esok kan pagi-pagi nak bertolak" apabila abah sudah memberi arahan terus sahaja aku mengucapkan selamat malam dan naik ke atas.

Keesokan harinya..

Aku dan Asyraf bangun seawal 4 pagi untuk bersiap pergi ke Lebanon.

Asyraf sebagai driver aku pun hanya menurut perintah sahaja pada hari ini katanya aku kan nak pergi jauh jadi dia pun nak menolong katanya.

"Assalamualaikum" ucap aku apabila tiba di depan rumah Aina.

"Waalaikumussalam eh dah sampai kejap ye saya ambil beg" kata Aina.

Aku mengangguk.

Aina pun keluar dengan beg roda dan beg galas kecil untuk dibawa ke Lebanon.

Laju sahaja tangan aku mengambil beg itu untuk meletakkan nya di dalam bonet kereta aku itu.

"Dah jom masuk ini pun akan mengambil masa sejam jadi kalau awak nak tidur tidur lah" ujar aku sambil menyuruh Asyraf memandu pergi.

Satu jam sudah perjalanan yang kami tempuhi untuk tiba di KLIA akhirnya tiba juga.

Kami disambut oleh rakan-rakan kami yang melapangkan masa untuk menemani aku dan Aina pada pagi ini.

Masih berbaki satu jam untuk menunggu kapal terbang berlandas jadi kami cadangkan untuk makan bersama-sama pada pagi ini.

"Okey semua disebabkan aku dapat bonus gaji bulan ni aku akan belanja korang semua makan tapi dengan syarat jangan la order sampai 1000 ringgit sudah lah" ujar Adip mengingatkan kami.

Banyak juga makanan yang dipesan oleh kami sampaikan hampir penuh jugak lah meja makan ini.

Walaupun begitu makan pagi kami tetap diteruskan tanpa halangan hari ini rasanya seperti hari bahagia kami semua walau akan berpisah negara selama beberapa bulan.

Habis sahaja makan bersama kami semua berborak santai bersama rakan-rakan aku dan Aina sebelum kami bergerak masuk ke dalam kapal terbang.

Waktu berjalan seiringan dengan kami..

Kami berborak sampaikan tak sedar yang sekarang sudah hampir pukul 6 tepat aku dan Aina bersiap sedia untuk pergi ke juru kaunter tiket.

Sebelum masuk ke dalam kapal terbang aku dan Aina berpelukan dan bersalaman dengan sahabat-sahabat kami.

Rasanya kami akan merindukan perangai-perangai yang tidak masuk akal mereka.

"Bye kau orang kita jumpa lagi beberapa bulan akan datang apa apapun yang pasti nanti kau orang ambil aku dengan Zaf dekat sini tau" kata Aina sambil melambaikan tangannya.

Aku hanya mengikuti Aina melambaikan tangan.

____

Tiba di kerusi aku dan Aina duduk bersebelahan kerana memang dapat seat sebelah sebelah.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now