Habis sahaja mengemas pakaian aku pun meletakkan beg roda itu ditepi bilik.
Aku terus mengalami telefon bimbit aku yang berada diatas meja kecil yang berada di tepi katil untuk menelefon Aina.
"Assalamualaikum Aina" ucap aku.
"Waalaikumussalam" balas Aina pula.
"Awak dah siap ke kemas baju?" Tanya aku.
"Sikit je lagi tinggal nak masukkan telekung dengan sejadah"kata Aina.
"Ohh.. cepat sikit ye kemas tu sebab awak cakap sebelum pergi ke Lebanon kita nak jumpa dengan kawan-kawan dulu kan?" Tanya aku lagi menginginkan kepastian.
"Haah.. kejap ye saya dah nak siap ni nanti nak jumpa dekat mana?" Tanya Aina pula.
"Awak share location nanti saya ambik awak dekat rumah" kata aku.
"Tak menyusahkan ke?" Tanya Aina lagi.
"Tak ada lah awak mana pernah menyusahkan saya. Nanti tinggal share location je tau" balas aku.
"Okay.." kata Aina.
Panggilan pun ditamatkan disitu terus sahaja Aina menghantar location rumahnya aku terus mengambil kunci kereta dan berlalu pergi.
____
Di restoran..
Kawan-kawan aku dan Aina tiba beramai-ramai untuk berjumpa kami sebelum kami bertolak ke Lebanon pagi esok.
Dan Asyraf esok akan menjadi driver aku untuk ke Lebanon.
"Okey..memandangkan semua dah ada kita boleh la order dulu lepas ni kita spendtime seharian dekat mall!" Ujar Adip dengan teruja.
Kami semua memesan makanan sebagai makan petang kami semua pada kali ini.
Pelbagai makanan sudah pun dihidangkan di depan mata laju sahaja mereka mengambil makanan yang berada di meja ini.
"Nanti kau orang kalau balik dari Lebanon belilah hadiah untuk kita orang" kata Afiffitri.
"Woi dorang pergi bertugas bukan bercuti la cerdik" Ujar Adip sambil meletuskan tawa nya.
Makan petang itu penuh dengan keceriaan dan kemeriahan dari kawan-kawan kami.
____
Kembali lagi di Lebanon..
"Kawasan tanah runtuh dijangka akan berlaku lagi dalam masa beberapa hari harap kamu semua boleh bersiap sedia untuk mengeluarkan mangsa secepat yang mungkin" Ujar Jeneral dengan tegas.
Mustaqeem pula terus menyuruh kami untuk mencari mangsa secepat mungkin agar dapat diselamatkan untuk dirawat.
"Okey jadi haritu kita bahagi 3 kumpulan right tapi sekarang aku akan bahagi kan kepada 5 kumpulan satu kumpulan tiga orang ahli kumpulan kau orang boleh pilih jadi aku pilih Damia dan Zulaikha untuk ikut dengan aku yang lain boleh pilih ahli masing-masing"kata Mustaqeem.
Apabila Mustaqeem memilih Damia dan Zulaikha membuatkan mereka mengeluh akibat tidak ingin bergaduh lagi dengan Mustaqeem.
Mustaqeem,Damia dan Zulaikha terus masuk dan menaiki tangga untuk ke tingkat 3 disitu lah kami berpencak untuk mencari mangsa.
Terdengar sahaja suara orang meminta tolong membuatkan Damia terus berlari ke sana untuk melihat.
Di situ terlihat seorang makcik yang tertimpa batu-batu yang agak besar itu membuatkan Damia perlu meminta bantuan.
Nama Mustaqeem Damia panggil untuk menyuruh dia mengalih kan batu itu ketepi.
"Okey.. aku alihkan batu lepastu kau terus pergi bawak mak cik ni pergi ke khemah perubatan" Damia mengangguk selepas mendengar arahan dari Mustaqeem manakala Zulaikha dan Mustaqeem masih meneruskan pencarian.
Damia memapah mak cik itu untuk dibawa ke tingkat bawah di mana berada nya khemah perubatan.
Selesai menghantarkan mak cik itu terus aku melangkah naik ke tingkat 3 kembali.
Di sana Damia melihat Mustaqeem dan Zulaikha sudah kepenatan untuk mengalihkan batu besar yang menutup ruangan berada nya mangsa.
Damia terus membantu mereka menolak batu itu sedikit demi sedikit.
Setelah tolak sedikit demi sedikit akhirnya batu itu pun berhasil digeserkan ke tepi.
Kami terus masuk menyelamatkan 5 orang pemuda yang berada disitu dengan pantas.
Habis sahaja masa bertugas terus kami berehat di pondok kecil.
"Mus.. lepas ni ada lagi ke tempat yang akan kita masuk?" Tanya Zulaikha.
"Ada..tingkat 5 tapi esok lah" balas Mustaqeem pula sambil menghabiskan mee goreng nya.
Damia dan Zulaikha hanya mengangguk.
Manakala di dalam hati tengah berdebar fikir esok macam mana mereka hendak berhadapan dengan Aina dan Zafran.
____
Malaysia..
Kami semua berpecah lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.
Sampai saat ini sudah pukul 6 tepat tapi kami semua masih berada di mall untuk bersama sampai malam ini.
"Wey guys jom pergi shopping dekat kedai buku lagi pun kita kan dah lama dah membaca waktu sekolah menengah dulu kitalah paling rajin baca novel" ajak Dania.
Kami semua setuju akan cadangan Dania untuk membeli buku lagi pun bukan selalu dapat beli buku sesuka hati kan.
Di kedai buku..
Kami masing-masing berpecah untuk mencari buku kegemaran masing-masing apabila tengok buku disini teringat pula akan Damia dan Zulaikha mereka juga suka membaca novel.
Aina terus mengambil 4 buah buku di mana 2 untuknya dan 2 lagi untuk Damia dan Zulaikha.
Dania mengambil buku mengikut kata hati nya apabila dia merasa ada cerita yang agak seronok dia terus mengambil buku itu.
Danisha pula mencari komik yang sesuai untuk dibaca apabila dia ada masa lapang dah semua orang sibuk dengan kerja jadi sebab tu lah boleh baca buku kalau ada masa lapang sahaja.
Kalau Amni pula dia hanya mengekori Dania dia sendiri tidak pasti ingin membeli buku apa.
Manakala para jejaka pula sedang asyik bermain taman tertutup yang ada bersebelahan dengan time zone.
Mereka terlihat seperti kanak-kanak walaupun masing-masing sudah berumur 20 tahun ke atas.
Para wanita yang sudah habis membeli buku itu pun keluar dari kedai itu terus mencari para jejaka bila dah jumpa terus sahaja mereka gelak terbahak-bahak melihat para jejaka seperti kanak-kanak riang yang bermain di taman.
"Hey kau orang buat apa ni yang pergi nya main mainan budak-budak ni pasai apa kesian dekat budak-budak tu tak dapat main" kata Amni sambil menggelengkan kepala nya.
Aina,Danisha,Dania pun menggelengkan kepala melihat perangai kebudak-budakan para-para lelaki.
"Hehehe...izinkan lah kami main dekat sini kau orang pergi lah shopping lagi biar kita orang jadi diri okey" kata Adip dengan muka memohon.
Selepas itu kami pun membenarkan mereka untuk berada disitu dengan syarat tidak menganggu budak-budak kecik di situ.
Para wanita terus berlalu pergi membuat kan jejaka-jejak ini seperti kanak-kanak normal.
"Wey lepas ni kita main yang belon tu nak?tanya aku kepada mereka.
"Nak" jawab mereka dengan serentak sambil berlari menuju ke arah belon-belon itu.
Ini lah yang dipanggil 'waktu kecil tak pernah bahagia'.
ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...
