Damia dan Zulaikha yang sedang duduk bersantai di bawah pokok yang redup itu dikejutkan dengan kedatangan Aina secara tiba-tiba.
"Kenapa kau orang menghilang tak bagitahu semua kau orang buat aku risau tau tak?" Kata Aina dia hanya merenung ke arah hadapan tanpa melihat kiri dan kanan.
Damia dan Zulaikha mengeluh.
"Kita orang bukan sengaja pergi tak bagitahu dah kita orang dapat tugas tiba-tiba sampai kan datang sini pun naik helikopter" kata Damia dengan perlahan lahan menceritakan segalanya.
"Kau ingat tak 5 bulan lalu waktu kita orang kata nak pergi keluar healing time tu kita orang nampak kau orang semua tengah lepak kita orang just kecewa waktu tu sampaikan sempat nak tanya komander kalau ada tugas kosong kita orang nak pergi tapi lain yang kita orang dapat iaitu tugas mendadak kita orang terus bla bila ada tugas time tu jugak kita orang kelang kabut siap baju untuk bertugas sampai lupa nak bagitahu terlebih dahulu sorry"ujar Damia memohon maaf kerana telah telah pergi tanpa memberitahu.
"Lain kali jangan buat orang risau aku takut tau kalau kau orang terluka atau apa-apa yang lain faham!" Ujar Aina seperti seorang komander yang menyuruh anak-anak buahnya.
Tergelak Damia dan Zulaikha tapi Damia dan Zulaikha tetap menarik hormat.
Mereka terlihat bahagia apabila dapat kembali bersama lagi.
Aku yang dari tadi mengintip percakapan mereka tersenyum kerana dapat melihat Aina kembali tersenyum bersama mereka.
Selepas berasa puas hati dengan perjumpaan mereka terus sahaja aku berlalu pergi.
"Wey Zaf!tunggu kejap!" Panggil lelaki berbadan sasa dan tinggi itu dia ialah Ijat lebih tepat nya rakan sekumpulan Damia dan Zulaikha.
"Ye" sahut aku.
"Kau ingat lagi tak aku?" Tanya Ijat sambil menunjukkan mukanya.
"Hmm..sape eh tak kenal la.." usik aku membuatkan Ijat menunduk sedih.
"Alahai..kau ni mestilah aku ingat kawan aku yang sorang ni" kata aku sambil tersenyum lebar.
Ijat yang melihat senyuman aku pun mula tersenyum manis lalu memeluk aku.
"Hm..kalau macam tu jom lah kita pergi makan sama-sama sekarang pun dah nak dekat makan petang dah ni" ajak Ijat dia terus berlalu pergi dan aku mengikutinya dari belakang.
____
Di dewan makan..
Para pegawai perubatan dan tentera sudah berada di sini untuk menjamu selera apa kan daya lepas makan mestilah harus bekerja untuk menyelamatkan nyawa orang yang berada di dalam bangunan yang sudah runtuh itu.
Di sisi Damia,Zulaikha dan Aina pula..
Kami bertiga makan bersama-sama buat kali pertama setelah lama tidak bersua muka.
"Kau orang dah biasa ke keluar masuk bangunan ni?" Tanya Aina sambil menatap wajah kami berdua.
Zulaikha tersenyum lalu menjawab.
"Kita orang ni bukan lagi biasa dah sangatlah biasa dengan semua ni dah berbulan-bulan lamanya kita orang duduk sini buat kerja ni Nana"
"Betul tu kata Zu aku setuju kadangkala kita orang ni selalu dapat luka kecik atau besar tapi kita orang selagi tak koma selagi tu la kerja dibuatnya" balas Damia pula pada kali ini.
Aina mengangguk faham dengan apa yang kami lakukan dalam masa 5 bulan ini.
Tepat sahaja kami menghabiskan makanan terus sahaja kami dipanggil untuk bertugas oleh Jeneral.
Kami bertiga terus bergerak menuju tempat kami masing-masing.
"Baik lah sekarang ni kita macam biasa Damia dan Zulaikha akan ikut dengan aku faham!" Kata Mustaqeem.
Kami mengangguk.
Tempat yang kami akan pergi kali ini adalah bahagian belakang bangunan di sini terdapat banyak timbunan batu besar yang didapati sudah runtuh.
Walaupun begitu kami terus mencari di sebalik timbunan batu-batu ini.
"Tolong!tolong saya!" Panggil seorang pemuda lelaki yang tersepit di antara batu-batu itu.
Zulaikha dan Mustaqeem aku panggil untuk membantu mengeluarkan nya.
"Okey..disebabkan batu ni timpa kaki ada kemungkinan besar kaki dia cedera parah jadi kita kena cuba alih batu ni secara perlahan agar luka dia tidak makin teruk" ujar Zulaikha sambil meneliti kaki pemuda itu.
Dengan perlahan-lahan batu itu cuba diangkat untuk menggelakkan kecederaan yang parah akan berlaku.
Selesai sahaja mengalihkan batu Mustaqeem terus membawa pemuda itu ke khemah perubatan sementara Damia dan Zulaikha kembali berkerja.
Aina pula yang sedang merawat orang itu pun di panggil untuk melihat kaki seorang pemuda lelaki yang ditimpa batu itu.
"Kaki dia agak retak tapi tak pe kita bagi ubat dan balut dulu untuk rawatan sementara" kata Aina dia terus mencari pergi pesakit yang memerlukan khidmat seorang doktor.
____
Pada petang hari aku bercadang untuk mengajak Aina bersiar-siar sementara rehat diberikan kepada semua orang buat masa sekarang.
"Aina awak dah habis kerja kan jom kita pergi jalan-jalan" ajak aku dengan senyuman ditayangkan.
Aina mengangguk membuatkan aku berasa bahagia.
Jalan-jalan kami agak jauh berjalan melihat pemandangan petang di Lebanon.
"Assalamualaikum" ujar Mustaqeem apabila melihat Aina dan aku sedang bersiar-siar.
"Waalaikumussalam" jawab aku dan Aina serentak.
"Kau orang nak pergi mana ni?" Tanya Mustaqeem dengan ramah.
"Tak ada pergi mana-mana saja jalan-jalan ambil angin dengan Zaf" balas Aina sambil menayangkan senyuman tipis nya.
Mustaqeem membalas senyuman Aina yang membuatkan aku agak cemburu melihat itu.
"Ekhem.." tegur aku dengan cara batuk palsu membuatkan Mustaqeem terus memalingkan mukanya.
"Kalau macam tu saya pergi dulu la ye Aina tuan Zaf" kata Mustaqeem sambil berlalu pergi ke arah pondok.
"Jom kita sambung jalan"ajak Aina sambil berjalan maju ke hadapan.
Aku mengangguk dan terus meyamaikan kedudukan kami.
Terus sahaja berperjalan kami teruskan sehingga la Damia dan Zulaikha terserempak dengan kami.
"Kau orang na-" belum sempat hendak menghabiskan kata-kata terus sahaja Damia dan Zulaikha berlari menjauhkan diri dari aku seolah olah aku akan memakan mereka.
Entahlah mungkin takut nak kena hadap soal siasat dari aku. Haritu pun pernah berlaku macam ni.
Dan sebab berlaku macam ni lah membuatkan Aina menyoal aku dengan pelbagai soalan.
"Kenapa setiap kali dia orang nampak awak dia orang lari?" Tanya Aina.
"Mungkin sebab takut kena marah la tu" kata aku pula dengan nada yang agak rendah membuatkan Aina kesulitan untuk mendengar nya.
"Ha? Apa yang awak cakap ni?" Tanya Aina sekali lagi dengan muka peliknya terhadap aku.
"Tak ada apa-apa dah lah jom kita balik dari kena cari" balas aku mengalihkan topik.
Aina pun hanya menurut membuatkan aku merasa lega kerana tidak lagi disoal jawab.
ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...
