BAB 24

147 6 1
                                        

Pada malam itu makanan yang Damia dan Zulaikha makan hanya samyang cheese yang dibeli oleh Zulaikha pada petang tadi.

"Damia kau dah dapat call ke dari komander?" Tanya Zulaikha.

"Belum.. kenapa?" Soalan Zulaikha tadi dibalas dengan soalan kembali.

"Tadi kan aku dapat call yang komander suruh kita bersedia untuk pergi ke Itali pada hari esok" ujar Zulaikha sambil mengambil samyang untuk dimasukkan ke dalam pinggan nya.

"Ohh.. okay siapa leader kita nanti?" Soal Damia lagi.

"Tak pasti lagi" selesai Zulaikha berkata kami berdua makan tanpa sebarang percakapan lagi.

Kami berdua memutuskan untuk menyiapkan pakaian sebelum ke Itali dalam 2 hari lagi.

"Hm..bawak lah sweater mana tahu tetiba kena buat penyamaran" ujar Damia kepada diri nya.

Sedangkan Zulaikha dia sedang pening untuk memilih baju yang perlu dibawanya nanti.

Mereka berdua akhirnya memilih untuk membawa pakaian yang selalu nya mereka pakai sahaja.

Di pagi hari..

"Assalamualaikum kawan-kawan ku sekalian sila bangun sekarang sebelum aku siram kau orang dengan air longkang!" Jerkah Aina yang tidak tahu dari mana datang nya.

"Wah! Terkejut aku mak kau hijau" Zulaikha melatah akibat terlalu terkejut dengan kehadiran kawan nya itu Aina.

Sedangkan Damia dia masih mengigau disitu. "Aku mimpi apa ni kenapa rasa real?" Tanya Damia kepada diri sendiri apabila terbangun secara tiba-tiba.

"Dah pergi mandi dalam kiraan 3 kalau tak bangun lagi memang nasib kau orang aku kerja kan sudah lah nak pergi Itali tak bagitahu awal-awal" ujar Aina membebel kepada kawan-kawannya.

Mana tak nya dia mengamuk flight yang diberitahu itu pada pukul 7 pagi sedang kan sekarang sudah hampir pukul 6.15 kawan nya itu masih lena di alam mimpi.

"Dah pagi ke awal sangat pagi aku rasa baru lepas solat subuh tadi" ujar Zulaikha yang baru sahaja hendak turun itu.

Manakala Damia pula sedang bersiap di dalam bilik.

Aina dan Danisha sudah pun datang dari pukul 6.00 pagi tadi namun mereka pergi untuk mencari kunci yang memang sudah ada pada mereka yang sudah pun hilang di dalam kereta kerana itu lah kawan-kawan nya hampir sahaja terlambat akan flight mereka.

"Hello Assalamualaikum Dania kau dah sampai ke dekat airport?" Tanya Danisha yang sedang menelefon Dania.

"Aku baru nak gerak ni"balas Dania pula lagi pula sekarang jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30 pagi.

"Wey Zu kau ada nampak tak pun tudung aku!" Jerit Damia Dadi atas semata-mata untuk bertanya akan perkara itu.

"Ada dekat laci meja kecil dalam bilik!" Jerit Zulaikha yang tidak kalah kuat nya.

Aina dan juga Danisha hanya berpasrah dengan perangai kawan mereka  yang kadangkala seperti orang yang tidak berapa betul.

"Dah jom kita gerak" dengan selamba nya Damia turun dari tangga dengan laju tanpa melihat jam yang sudah pun pukul 6.35 pagi.

Kami mengangguk Zulaikha kali ini memilih untuk memandu kerana dia ingin memastikan kami tiba sebelum pukul 7 pagi.

Dengan bacaan doa sebentar laju sahaja Zulaikha memecut membuatkan semua yang berada di dalam kereta mengucap dua kalimah syahadah.

____

Setiba nya di KLIA Danisha dan Aina berlari keluar dengan tiba-tiba kerana tidak tahan dengan pemanduan Zulaikha yang seperti ingin membunuh itu.

Sedangkan Damia dia malah baik-baik sahaja kerana sudah pun terbiasa dengan pemanduan Zulaikha.

Jam sudah pun pukul 6.50 mereka berhasil tiba awal akibat Zulaikha yang memecut tadi terlihat beberapa lagi rakan-rakan sekerja kami yang akan menyertai operasi pada kali ini.

"Kau orang kena ingat jaga nyawa tu jangan sampai balik yang meninggalkan jasad" pesan Aina kepada kami semua sebelum bertolak.

Ucapan Aina tadi tidak dapat dijanjikan oleh Damia, Zulaikha, Dania dan Ayu kerana operasi kali ini agak bahaya kerana mereka mengejar pembelot negara.

"Damia! Zulaikha tunggu!" Jerit kedua orang lelaki yang datang pada saat itu.

"Ehm.. boleh kita orang pinjam dia orang berdua?" Ikmal mengajukan soalan.

"Ambillah tapi jangan lama-lama" ujar Danisha memberitahu.

Afifitri dan Ikmal mengangguk.

Zulaikha pergi mengikuti Ikmal manakala Damia pergi mengikuti Afifitri.

Mereka hanya berborak secara ringkas kerana kata Damia dengan Zulaikha penerbangan ini akan segera berlepas.

Perjalanan di Itali hanya ditemani oleh kesunyian kerana masing-masing tidur kecuali Damia dia dari tadi tidak boleh memejamkan mata nya belum lagi mengantuk.

Fikiran nya melayang kemana-mana tanpa arah tujuan dia memikirkan tentang keselamatan semua orang terdekat nya di Malaysia.

Mana tidak nya pembelot yang akan mereka tangkal mungkin akan terlepas dan kembali ke Malaysia.

Orang itu adalah Farris dia seorang askar yang membelot rakan sepasukan nya kerana duit dan juga dia adalah bekas kawan rapat kami semua yang diketahui pernah menyukai Aina sewaktu kami memperkenalkan dia dengan Aina.

"Haih.. bila diingatkan makin rumit operasi membanteras kali ni" ujar Damia sendirian di mengurut pelan kepala nya yang agak pening.

Damia akhirnya memutuskan untuk tidur apabila mengingat bahawa misi kali ini mungkin membuat mereka susah untuk mendapatkan rehat secukupnya.

____

Milan, Itali ..

Malam hari di kota Milan jam menunjukkan pukul 12 tepat.

Seorang lelaki memakai hoodie bersama seluar pendek nya duduk di balkoni bilik nya seorang diri dengan sebatang rokok di celah jari jari nya.

'Non vedo l'ora di rivederti amico' bisik hati  seorang pemuda itu sambil mengeluarkan asap rokok dari mulut nya.

Pemuda itu sangat lah fasih dalam berbahasa Itali kerana ibundanya adalah keturunan Itali yang membuat kan diri nya terikat disini.

Telefon bimbit yang berbunyi itu pun diangkat agar tidak membingitkan telinga nya.

"Hello?" Ujar pemuda itu.

"Hello is me your cousin!" Bicara orang yang berada di panggilan itu.

"Yes i know you are Pirlo right" ucap pemuda itu meneka orang yang berada di dalam panggilan.

"You right brother see tomorrow for the show!" Orang yang berada di panggilan berkata girang sambil menutup panggilan nya.

Dia tersenyum lebar seperti baru mendapat harta karun walaupun yang didapatkan oleh nya adalah perkara lain.

Setelah merasa sudah berada lama disitu akhirnya dia meneruskan untuk masuk ke dalam bilik nya untuk tidur jam juga sudah hampir menunjukkan pukul 1 pagi.

Malam itu berlalu begitu sahaja tanpa hambatan tanpa tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

____


Translate

Non vedo l'ora di rivederti amico - Tak sabar nak berjumpa lagi kawan.





The First Loves Zafran Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang