Pada pagi ini pula misi menyelamat akan dilakukan secara berterusan lagi kerana banyak kemungkinan yang masih ramai lagi berada di dalam bangunan ini.
Aku dan Mustaqeem pada kali ini akan berkerjasama untuk mencari mangsa di bahagian timur bangunan.
Manakala Damia dan Zulaikha mencari di bahagian barat bangunan.
Damia, Zulaikha, aku, Mustaqeem dan beberapa anggota yang lain memulakan pencarian dengan bacaan doa agar dijauhi musibah.
"Baik lah semua orang sudah tahu dimana arah yang kau orang akan pergi jadi jom lah kita mulakan misi pencarian kita pagi ini" kata aku kepada semua anak-anak buah aku.
Kami semua pergi bersama-sama ahli kumpulan kami masing-masing.
____
Di sisi Damia dan Zulaikha pula..
Kami berdua berjalan ke arah barat untuk mencari mangsa secepat mungkin.
Terdengar sahaja suara orang laju kaki kami melangkah ke sana.
"Adik! adik okey tak dekat situ?" Tanya Damia apabila melihat seorang budak lelaki terhimpit dengan batu itu.
"Saya okey tapi saya tak boleh nak bergerak" kata budak lelaki itu.
Laju sahaja tangan Damia dan Zulaikha mencuba untuk mengeluarkan budak lelaki itu dengan perlahan lahan.
"Okey sekarang ni adik boleh jalan keluar tak?" Tanya Zulaikha pula sambil membalut luka yang berada di lengan budak lelaki itu.
"Tak boleh sangat pening sikit" balas budak lelaki itu yang diketahui namanya Iman.
Damia dan Zulaikha pun mengangguk faham.
Dengan perlahan Iman bangun dari tempat yang dia duduki lalu kami bertiga mencuba berjalan keluar dari bangunan.
"Wey macam mana kita nak keluar ni laluan keluar sudah tertutup oleh sebahagian bangunan yang dah runtuh" kata Zulaikha sambil meneliti jika ada laluan untuk digunakan.
"Tulah oksigen dekat sini pun agak tipis sebab dah tertutup sangat" kata Damia pula.
Sesak..
Itulah yang kami rasa kan sekarang ini batu besar yang menghalang pintu keluar bangunan itu ditendang agar orang dari luar dapat mendengar.
Tapi apa kan daya mereka semua sudah berkumpul di tempat berkumpul.
"Kalau makin lama kita dekat sini kita boleh mati" ujar Damia kelelahan.
Zulaikha mengangguk kami bertiga sudah tiada tenaga buat masa sekarang.
"Akak macam mana kita nak keluar?" Tanya Iman nada bicara nya sudah sangat lemah.
"Akak pun tak tahu lah Iman dah 3 jam kita dekat sini dia orang masih tak perasan" balas Damia sambil memberikan senyuman nya kepada Iman.
____
Pov Aina..
Aku mencari kelibat kedua-dua kawan aku yang tak kunjung tiba entah kenapa itulah yang membuatkan aku risau sehingga sekarang.
"Dah lah tu Aina nanti awak sakit kalau tak makan dia orang keluar lah nanti" ujar Zafran mencuba untuk menenangkan aku.
"Awak sedap lah cakap macam tu sebab tak pernah tau yang dia orang tu tak tahan dengan tempat yang terlalu tertutup!" Bentak aku kepada Zafran.
Cadang nya aku ingin berlalu pergi masuk ke arah sana tapi di halang oleh Zafran.
"Tak payah lah masuk sana bahaya kot pandai-pandai lah dia orang keluar tentera kot takkan dalam situasi mendesak pun dia orang tak boleh keluar!" Bentak Zafran kembali membuatkan aku menayangkan riak kosong di wajah.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...