Apabila semua sedang sibuk mencari Mustaqeem orang punya badan sedang berehat di sungai yang tidak jauh dari hotel mereka lebih kurang 5 km lebih sahaja untuk tiba disini.
Dia menikmati keindahan alam pada waktu malam yang jarang dia jumpai.
"Haih.. tak adil kenapa orang lain dah bahagia dengan pasangan dia malah dah ada keluarga bahagia aku tak rasa yang aku dapat berkeluarga sebab entahlah masih tak laku sampai sekarang" ujar Mustaqeem dia seperti orang yang tidak betul kerana bercakap seorang diri di tepi sungai.
Sedangkan dia lupa yang kawan-kawan nya mencari dia di merata tempat.
"Assalamualaikum Damia, Zulaikha, Ayu, Dania boleh keluar?" Tanya Mursyidah dari luar.
"Boleh masuk lah!" Jerit Ayu pula.
"Ehm .. boleh tak minta tolong kau orang untuk cari kan Mus dia hilang lepas maghrib tadi" ucap Mursyidah dia agak ragu untuk meminta bantuan mereka.
"Okay.. no problems jom kita berpecah akak, Zu dan Damia pergi cari dekat kawasan sungai aku dan Ayu akan cuba cari dekat taman bunga kalau jumpa tolong bagitahu" kata Dania memberi rancangan nya.
Kami berpecah seperti yang dirancangkan apabila tiba disana kami melihat bayang seorang lelaki yang sedang menangis seperti kehilangan ahli keluarga nya.
Mursyidah pun memutuskan untuk pergi ke sana dan kami berdua tunggu di sebalik pokok.
"Itu kau ke Mus?" Tanya Mursyidah dengan agak lantang.
Dengan perlahan dia menoleh ke arah belakang yang sudah ada Mursyidah disitu.
Sebelum ingin terkejut air mata serta hingus yang sudah keluar itu dilap secara serta merta.
Semua aksi itu dirakamkan oleh Damia yang membuatkan mereka ingin ketawa terbahak-bahak sekarang.
"Kau kenapa?" Tanya Mursyidah lagi.
"Tak ada apa-apa cuma nak healing malam mana tahu dapat orang yang boleh hilangkan rasa kosong dekat hati ni rupanya kau yang datang dan hilang rasa sunyi aku lagi" nada suara Mustaqeem agak kendur yang menandakan dia ingin menangis membuatkan Mursyidah agak tidak selesa apabila mengingat Mustaqeem Ining menangis kerana dirinya.
"Aku minta maaf" lembut sahaja ucapan Mursyidah kepada nya.
Mustaqeem tersenyum.
"Boleh aku dekati kau dengan cara yang lain?" Tanya Mustaqeem.
Mursyidah mengangguk semakin lama semakin lebar lah senyuman Mustaqeem.
Di sisi Damia dan Zulaikha mereka berdua menelefon Dania dan Ayu agar berhenti mencari kerana Mustaqeem ditemukan.
Sekarang ini mereka juga memilih untuk pergi dari situ daripada menjadi nyamuk melihat kebersamaan Mursyidah dan Mustaqeem.
"Disebabkan kau reject aku pagi tadi aku merajuk dengan kau dah pergi balik tidur biar aku duduk sini healing" ujar Mustaqeem dia seolah-olah mencari perhatian.
"Ala.. kau ni tak strong lah!" ucap Mursyidah pula sambil membuat muka masam nya.
"Hmh.. majuk!" kata Mustaqeem dia terus pergi dari situ.
Mursyidah hanya ketawa kecil melihat perangai Mustaqeem yang tidak ubah seperti adik nya itu.
Tanpa berfikir panjang dia hanya mengikuti Mustaqeem dari belakang untuk memujuk nya kembali pulang ke hotel.
"Dah lama ni kita dekat sini kau memang tak nak balik ke aku kena cover misi esok ni" ujar Mursyidah cuba memujuk Mustaqeem ajar mahu pulang bersamanya.
"Okey.. aku ikut kau tapi kau kena buat janji dengan aku yang esok kita pergi sama-sama" Mursyidah yang tidak ingin ambil masa yang lebih lama itu pun bersetuju sahaja dengan cadangan Mustaqeem itu.
____
Kini sudah masuk hari 7 kami di Itali maka pada hari ini jugak akan berlaku penangkapan Farris.
Di pagi hari..
Semua orang sudah pun berkumpul di bilik mesyuarat untuk menjalankan misi pada kali ini iaitu menangkap Farris sebelum kami kembali ke Malaysia.
"Baiklah macam biasa kali ini Damia, Zulaikha dan Aisar akan ke kilang pembuatan dadah Farris manakala Mursyidah dan aku akan melakukan penyamaran untuk berjaga-jaga yang lain pula bersiap sedia dengan pakaian khas yang disediakan" tegas sahaja ucapan Mustaqeem didepan anak buah nya.
"Baik tuan!" serentak mereka semua berkata.
Perlahan-lahan satu per satu dari mereka mempersiapkan diri.
Di sisi Farris dia sedang menunggu kedatangan Aisar untuk membeli dadah daripada nya.
"Signore! Il dottor Aisar è già arrivato qui" ujar seorang bodyguard nya.
Laju sahaja kaki dibawa untuk menyambut ketibaan tetamu mereka.
Senyuman diukir dengan lebar untuk membuatkan Farris tidak curiga dengan mereka bertiga.
"benvenuto signore" sapa Farris.
Dia tersenyum penuh misteri apabila melihat Aisar yang seperti mencari barang nya.
"Hahaha... Kau ingat aku tidak kenal kau orang bertiga siapa aku kenal kau orang bertiga dan jantan ni adalah Kapten Darris Aisar!" jerkah Farris membuatkan mereka terkejut mendengar itu.
"Terkejut mestilah kan kau nak tahu aku dah lama tahu benda ni tapi sebab kan aku tahu kau tu ejen berbakat dekat dalam tentera aku tak usik jadi.." Farris menghentikan ucapan nya disitu.
"Aku akan ambil dua orang anak buah kau ni dan jangan lupa aku tahu siapa sepupu di antara dua orang ni!" Lagi sekali fakta membuatkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa.
Aisar hanya menggengam erat penumbuk nya amarah nya memuncak apabila sepupu nya serta anak buah nya sekali ikut terlibat dengan perkara ini.
"Aisar baik kau pergi sekarang aku bagi kau peluang untuk merayu dan meminta tolong dekat anak-anak buah kau tu!" ucap Farris lagi dia ketawa bahagia apabila rencana nya berhasil.
Sedangkan Damia dan Zulaikha mereka di tahan dan diikat oleh anak buah Farris yang bukan main ramai orang nya.
"Woi apa lemah sangat kau ni dok main ikat-ikat kau ingat aku takut dengan kau heh jangan harap!" jerit Zulaikha sekuat hati dia merasa geram apabila kedua-dua tangan dan kaki nya diikat.
"Kau memang mencabar aku!" Farris berjalan dengan laju kaca yang berada di tingkap itu dipecahkan lalu dia mengambil serpihan kaca itu dan membaling nya ke arah Zulaikha.
Tepi pipi kiri Zulaikha mengeluarkan darah akibat terkena serpihan kaca yang di baling oleh Farris tadi.
Damia yang melihat itu pun tidak terima dia mencuba melepaskan diri dari tali yang mengikat nya.
Hasrat nya sangat besar sehingga akhirnya tali itu pun terputus walaupun pergelangan tangan agak berdarah kerana itu.
Aisar pula dia bagai batu apabila melihat anak buah nya diluar tidak boleh berbuat apa-apa.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar dan memberitahu kan perkara ini kepada pihak atasan.
Dia berlari keluar membuatkan Damia merasa pelik namun apabila Aisar memberi kan nya code rahsia dia faham akan apa yang ingin dilakukan oleh sepupunya itu.
"Kau tadi rasa kemain hebat kan meh sini aku pula cuba belasah kau!" ucap Damia dengan lantang tanpa Farris sempat mengelak tumbukan padu sudah pun singgah di rahang nya.
____
Translate
Signore! Il dottor Aisar è già arrivato qui - Tuan! Doktor Aisar sudah pun sampai di sini
Benvenuto signore - Selamat datang tuan
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...