BAB 27

11 3 0
                                    

"Non tardare, ho ancora molti affari" ucap Aisar kembali.

Farris mengangguk lalu mengambil kotak yang berisikan syabu seberat lima kilogram kepada Aisar.

Aisar hanya tersenyum untuk melancarkan penyamaran kami dia memberikan kotak itu kepada Damia dan disambut baik oleh nya.

Manakala Zulaikha dia hanya memerhati kalau ada perkara yang mencurigakan disini.

Setelah urusan kami selesai disitu kami bertiga terus kembali ke hotel untuk menyambung siasatan kami.

Setibanya di hotel pelbagai soalan yang dituju kepada kami bertiga membuatkan kami pening untuk menjawab.

"Kau orang okey kan?"

"Alhamdulillah kembali dengan selamat"

"Ada cedera tak?"

"Kau orang bertiga duduk kami nak soal!"

Akhirnya apabila soalan terakhir ini pun membuat kami bertiga dapat duduk.

"Bertenang sebelum aku tendang kau orang satu satu" balas Aisar pula geram apabila belum apa-apa lagi sudah disoal begitu.

Mereka semua tersengih sedangkan Mursyidah dan Mustaqeem elok sahaja duduk dengan aman dan damai.

"Semua berjalan dengan lancar kita cuma perlu kan masa untuk menangkap mereka semua" ujar Damia dia hanya mewakili Aisar.

Mereka semua memandang kami lalu mengangguk.

Perlahan-lahan semua bersurai untuk merehat kan diri sedang kan Mustaqeem dia mengajak Mursyidah untuk berjalan keluar dengan nya.

"Boleh aku keluar dengan kau?" Soal Mustaqeem dari belakang Mursyidah membuatkan dia terkejut.

Dia mengangguk walaupun hanya anggukan perkara sekecil itu dapat membuat hati Mustaqeem berbunga-bunga.

"Ehm.. aku harap aku selesa dengan aku buat hari ini" kata Mustaqeem dia agak ragu untuk membawa Mursyidah kalau orang nya tidak selesa.

"Aku okay je jangan risau macam lah aku tak pernah kena culik dengan kau waktu sekolah menengah dulu" ujar Mursyidah meyakinkan Mustaqeem.

Mereka berjalan keluar menuju ke taman bunga yang berada di sebelah hotel di mana kami berada.

"Tiket untuk dua orang ke?" Tanya penjaga kaunter disitu.

Mustaqeem mengangguk sambil sesekali mencuri pandang ke arah Mursyidah.

Tiket itu diserahkan kepada Mursyidah dia yang melihat itu hanya menerima sahaja.

"Dah lama kan kita tak berjalan-jalan macam ni kalau duku kita selalu jalan macam ni maklum lah catdog yang tak terpisahkan" kata-kata itu membuat mereka terdiam sejenak waktu mereka bersama seolah-olah berlayar di kepala kembali.

"Haah.. kau betul sejak haritu segala nya berubah tapi ada rasa rindu untuk gaduh dengan kau macam dulu tapi sekarang kita dah dewasa masing-masing dah ada tujuan sendiri" ucap Mursyidah pula langit yang terang itu dipandang.

Sekarang moment ini menjadi moment yang tidak akan mereka lupa kan untuk selamanya.

Mungkin ini adalah masa untuk mereka kembali seperti sediakala.

"Mursyidah jujur aku kata dekat kau yang perasaan aku waktu kita sekolah menengah dulu tak pernah berkurang malah bila aku dah dewasa aku cuba nak buang tapi Allah semakin besar kan lagi rasa cinta aku" ujar Mustaqeem.

Dia berharap ye memang dia berharap agar Mursyidah menerima dia.

"Mus boleh bagi aku masa aku cuma takut nak buka hati aku kepada orang lain maaf kalau nanti aku terpaksa tolak kau" kata Mursyidah dia terus pergi dari sana.

The First Loves Zafran Where stories live. Discover now