Hujan renyai diredah untuk sampai ke tempat tujuan utama aku tempat dimana kami semua diarahkan untuk berada.
Kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan setiap satu kumpulan pergi ke setiap arah utara,selatan,timur dan barat.Aku dan kawanku berpecah untuk mengesan dan mencari celah tikus bagi mengelakkan keluarnya para pendatang asing tanpa izin.
Laluan utara aku tuju dengan senyap bagi mengelirukan pendatang-pendatang mereka terlihat masih belum sadar akan kehadiran kami disini.
Setelah kami mengepung dari seluruh arah baru lah kami masuk secara serentak mengikut arahan dari komander.
"Alpha follow Wolf" ucap aku dengan tegas.
Kami menyerbu masuk ke arah bangunan kosong yang menjadi tempat pendatang asing di negara ini.
"Raise your hand" kata kami serentak apabila menjumpai para pendatang sedang melakukan pembuatan dadah.
Mereka semua mengangkat tangan dan menyerah kalah apabila sudah di kepung.
Semua pendatang asing itu dibawa masuk ke dalam lori pengangkutan dan di bawa ke pejabat untuk disoal siasat.
____
Di sisi lain..
"Wey Damia lepak jom aku bosan ni"Damia hanya mengangguk tanda setuju dengan ajakan dari Zulaikha.
"Nak lepak mana tak ajak Aina ke?" Tanya Damia sambil berjalan ke arah motornya.
"Ajak lah dan lagi satu kita pergi tempat dia dulu mana tahu dia busy time kita cuti" Balas Zulaikha.
Enjin motor dihidupkan lalu kami memakai helmet yang sudah berada ditangan motor Ninja Kawasaki itu terus melaju diatas jalan raya.
Setibanya di hospital kami disambut baik oleh rakan baik kami Aina dia bekerja disini sudah lama dan ramai jugak orang disini yang kenal dengan kita orang.
"Hai Nana" Sapa Zulaikha sambil mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang ada di bilik kerja Aina itu.
"Haih..kau ni memang tak berubah dari sekolah menengah sampai dah bekerja pun masih dengan panggilan nama yang sama" Damia hanya menggelengkan kepala melihat perangai dua orang kawannya itu.
"Kau orang pun sama dari form 1 sampai dah ada kerja masing-masing nak jugak bergaduh dan selama tu aku jugak jadi orang tengah" Zulaikha dan Aina hanya tersenyum mendengar pertuturan itu.
"Dengar cerita Dania dengan Amni pun kerja kat sini kau tak ada jumpa ke?" Tanya Damia dengan perasaan terujanya itu.
"Haah.. memang pun hari tu baru nampak dorang kat bahagian pakar bedah" Balas Aina.
Damia dan Zulaikha hanya mengangguk bermaksud faham akan apa yang diberitahu.
"Kau orang apa cerita selepas bergelar seorang tentera ada dah ke calon pengantin lelaki" usik Aina.
"Kau ni lupa ke dulu kan kita orang dah kata nak single sampai habis tentera jadi jangan gatal-gatal nak ship kan kita orang eh.." Damia mengangguk setuju dengan kata-kata itu.
"Dahlah jom kita pergi jumpa Dania dengan Amni pergi ajak makan tengahari lapar tau tak.." ujar Zulaikha sambil menayangkan muka sedihnya.
Aina hanya mengangguk dan berjalan keluar diikuti Damia dan Zulaikha untuk berjumpa dengan Amni dan Dania.
ANDA SEDANG MEMBACA
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...
