BAB 4

513 15 0
                                        

Pertemuan kami pun berakhir di sini katanya esok mereka semua ingin makan
tengahari bersama-sama jadi aku pun berinisiatif untuk mengajak Zulaikha dan Damia.

Sewaktu pergi ke kem untuk bertanya kepada komander adakah Damia dan Zulaikha dalam misi aku terserempak dengan komander.

"Haih..Zaf nak pergi mana ni kan 3 hari lagi baru kamu bertugas"kata komander.

"Saya cari Damia dengan Zulaikha komander" balas aku.

"Damia dengan Zulaikha tiada di Malaysia mereka ada tugasan di luar negara" ujar komander sambil tersenyum kepada aku.

"Ke mana tu komander?" Tanya aku.

"Misi seorang tentera tidak boleh dibocorkan"Komander terus berlalu pergi.

Aku terus termenung apabila memikirkan kemana pergi nya mereka.

____

Di sisi Aina pula...

Dia dari tadi menelefon Damia dan Zulaikha tetapi terus menerus panggilan itu terputus.

Manakala kawan-kawannya yang lain juga tidak tahu kemana pergi nya dua orang itu.

"Aina boleh tak kau bawak bertenang nanti dia orang call la kau balik kalau dah pegang fon yang menggelabah macam ni" Ujar Danisha yang cuba untuk memujuk Aina supaya tidak terlalu memikirkannya.

"Macam mana aku tak risau semalam sudah lah jiran dia orang kata dia orang keluar rumah tak balik-balik" balas Aina dengan perasaan gelisahnya.

"Mungkin dia orang pergi operasi kecemasan la tu sampai tak sempat bagi tahu dulu" kata Dania.

Aina pun akhirnya duduk disebelah kanan Danisha.

'Mungkin la kot dia orang lupa nak bagitahu sebab busy sangat' ujar Aina di dalam hati.

Setelah menunggu untuk semua hadir akhirnya semua sudahpun berada di meja makan untuk makan bersama-sama dan orang terakhir datang ialah aku.

"Zaf kenapa awak lambat sampai mana Damia dan Zulaikha?" Tanya Aina apabila melihat muka aku yang agak murung itu.

"Damia dengan Zulaikha ada operasi tapi.." kata-kata aku terhenti apabila mengingatkan tempat dimana mereka pergi itu bahaya menggantungkan ayat aku.

Macam mana aku boleh tau dekat mana mereka aku sendiri yang soal siasat rakan sekerja aku dan meminta dia beritahu rupa-rupanya mereka berada di Lebanon.

"Tapi apa Zaf?" Tanya Aina lagi.

"Tak ada apa aku cuma nak bagitahu yang operasi Damia dan Zulaikha akan lama sorry buat korang cemas" aku terus menukar topik saat melihat wajah cemas dari rakan-rakan dari anak buah aku itu.

Aku tersenyum lebar walaupun di dalam hati aku penuh dengan kerisauan.

Risau akan keselamatan Damia dan Zulaikha,risau kalau mereka tidak dapat kembali dengan selamat.

Sangat risau...

"Dah lah sekarang kita order kau orang nak makan apa?" Tanya Adip.

"Hmm..sebab kan ini tengahari jadi order nasi putih untuk semua orang" cadang aku.

Mereka semua mengangguk setuju.

Macam-macam lauk yang dipesan oleh mereka semua katanya hari Afiffitri yang membayar jimat duit kami.

Aku pun yang mendengar itu hanya tersenyum kecil melihat telatah mereka tapi tidak lah lengkap akan tiada Damia dan Zulaikha.

____

Pov Damia ..

Di Beirut, Lebanon..

Jam menunjukkan pukul 4.10 pagi disini tetapi walaupun masih pagi aku dan Zulaikha sudah bangun untuk menunaikan solat fardhu subuh dan bersenam di pagi hari.

Selesai sahaja solat fardhu subuh kami keluar dari penginapan untuk berjoging di kawasan ini sebelum memulakan hari.

"Wey Zu cepat la sikit pakai kasut tu" ujar aku kepadanya.

"Sabarlah boleh tak bagi aku pakai kasut dulu" jelingan maut yang Zulaikha berikan kepada aku.

Tapi aku tak pernah merasa takut akan jelingannya kecuali la kalau dia buat dekat budak-budak.

"Dah jom" ajak Zulaikha.

Kami berlari beriringan di kawasan padang yang kosong itu sebanyak 5 kali untuk memulihkan tenaga aku dan Zulaikha semula.

"Kita ni memang tak nak contact dengan dia orang ke?" Tanya Zulaikha.

"Kau tak ingat ke yang dekat sini internet tiada sebab kabel internet dia terputus fikir logik la dik" Zulaikah hanya tersengih mengingat akan hal itu.

"Dah lah jom pergi makan mesti dia orang semua dah tunggu sekarang ni pun dah pukul 5.30" kata aku menayangkan muka datar. Mungkin akibat haid membuatkan emosi aku berubah ubah.

Terus sahaja kaki melangkah ke dewan makan yang disediakan khas untuk tentera yang bertugas.

"Woi Damia, Zulaikha sini!" Jerit Mustaqeem.

Dengan langkah yang malas kami mendekati Mustaqeem dengan rakan nya Fawwaz.

"Eh..Mus sape dia orang ni?" Tanya Fawwaz.

"Dia orang ni bakal ahli kubur je kenapa?" Balas Mustaqeem dengan selambanya sahaja.

Aku dan Zulaikha yang sedang makan itu pun rasa seperti tercekik akibat gurauan bekas senior tak guna kami ini.

"Kau ni kan Mus dari dulu sampai sekarang suka sangat kan kacau ketenangan aku" bidas Zulaikha dia sudah tidak kisah jika dikata tiada adap tapi yang lebih tiada adap ialah orang yang ada didepan nya ini.

Aku hanya diam sambil menghabiskan makanan yang ada di dalam pinggan daripada bergaduh pasal perkara tak guna aku malas layan.

Selama beberapa minit itu penuh dengan pergaduhan mulut yang dilakukan oleh Zulaika dan Mustaqeem.

Aku dan Fawwaz hanya menjadi penonton malas mengambil kesah pasal dua orang ini.

Sambil menunggu mereka bergaduh terdengarlah suara panggilan untuk kami semua bertugas kembali.

Laju sahaja tangan mengemas makanan dan kaki terus melangkah pergi.

"Assalamualaikum semua kali ini kamu semua akan dipecahkan menjadi beberapa kumpulan harap maklum misi pencarian akan berlangsung pada pukul 7.30 pagi nanti" Ucap Jeneral itu.

"Baiklah semua kamu semua akan dibahagikan kepada 7 kumpulan jadi akan ada 7 orang ketua kumpulan ketua kumpulan sila muncul kan diri"Ujar Jeneral.

Keluarlah para-para jejaka yang menjadi ketua kumpulan salah satu dari mereka ialah Fawwaz dan Mustaqeem.

Setiap kumpulan diberikan 15 orang ahli jadi masing-masing perlu dibahagikan dengan betul.

Aku dan Zulaikha kebetulan sama kumpulan tapi yang malang nya pula ketua kumpulan nya ialah Mustaqeem aku harap dia tidak membuat kekecohan lagi.

Nampak alhamdulillah tiada lagi kekecohan kerana masing-masing sibuk dalam misi pencarian.

Kali ini aku ditugas bersama empat orang lagi rakan sekumpulan aku untuk kearah bangunan yang berada di arah utara kami ditugaskan untuk membantu sebanyak yang mungkin pada misi kali ini.

"Lily di bahagian timur bangunan ada seorang budak perempuan terperangkap dekat bilik ni aku risau dengan keadaan tolong datang sini dengan cepat" Ujar Ijat.

"Copy that" aku terus bergegas ke tempat yang di suruh laju sahaja aku berlari apabila melihat kelibat Ijat.

"Macam mana dengan budak tu?" Tanya aku.

"Dia okey tapi macam mana nak keluarkan dia?" Tanya Ijat kembali.

"Kau cuba untuk alihkan batu ni dan aku akan masuk untuk selamatkan budak ni" Ijat mengangguk setuju dengan cadangan aku.

Terus sahaja Ijat mengalihkan batu itu dan aku pun membawa budak perempuan itu keluar dari bangunan ini diikuti oleh Ijat dari belakang.

Keluar sahaja dari bangunan itu terus Zulaikha menanyakan bagaimana keadaan budak perempuan itu.

"Dia okey je ada luka kecik tapi sebab agak lama terkurung kat situ dia sesak nafas" kata aku kepada Zulaikha membuat dia menarik nafas lega.

End pov Damia..






The First Loves Zafran Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang