BAB 15

17 4 1
                                    

Di pagi hari lagi Damia sudah dibolehkan untuk pulang ke rumah semula walaupun harus berehat seperti Zulaikha di rumah selama seminggu baru lah kami berdua boleh menyambung pekerjaan kami.

"Ehm..Aina, Damia aku pergi ambil kereta kejap kau orang tunggu dekat sini" ujar Zulaikha dia terus berlari anak menuju ke kereta proton X90 yang berwarna hitam itu.

Sewaktu aku dan Damia sedang menunggu kedatangan Zulaikha kami ternampak kelibat Ikmal dan Zafran yang hendak masuk ke dalam hospital itu.

"Zaf!" Panggil Damia membuatkan Zafran terkejut kerana teriakan nya agak kuat.

Dia terus menoleh ke arah belakang arah di mana aku dan Damia berada.

"Eh..Damia kau dah sedar?" Tanya Zafran dengan keliru.

"Haah..kau tak tahu ke?" Jawab Damia sambil bertanya kembali kepada Zafran.

"Tak tahu pun tapi tak apa nanti kalau ada masa lapang kita jumpa lagi bye Aina, Damia" kata Zafran sambil tersenyum lebar ke arah aku.

Zulaikha yang ditunggu pun sudah tiba di hadapan kami laju sahaja kami berdua masuk ke dalam kereta nya.

End pov Aina..

____

Aina membuka telefon bimbit nya untuk memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa mereka akan mengadakan makan malam di restoran sebagai tanda kepulangan kembali Zulaikha dan Damia.

Makan malam kali ini akan disertai oleh semua rakan-rakan Aina dan juga rakan-rakan Zafran yang mengikuti sekali makan malam kali ini.

"Nanti orang yang akan bayar bil makanan adalah aku dan Zulaikha jadi jangan risau ya!" Ujar Damia kepada Aina.

"Damia siapa lagi yang bayar? Takkan lah kita berdua je?" Tanya Zulaikha bertubi-tubi.

Aina yang mendengar itu pun hanya mengangguk.

"Hmm..seret lah seorang lagi untuk belanja Dania contohnya" kata Damia sambil memetik nama Dania.

Perbualan kami tamat di situ kerana kami sudah pun tiba di hadapan pintu pagar rumah.

Aina pula akan duduk di rumah Damia dan Zulaikha untuk malam ini.

"Eh.. kenapa malam ni kau orang pakai kemeja?" Tanya Aina pelik dengan perangai kawan nya ini.

"Saja nak nampak smart sikit" balas kami berdua kepada Aina.

Pakaian yang dipakai oleh Damia dan Zulaikha sekarang ialah baju kemeja berlengan panjang berwarna hitam manakala Damia memakai tali leher dan memasukkan bajunya ke dalam seluar Zulaikha pula memakai rantai berwarna kelabu dan tidak memasukkan baju nya ke dalam seluar.

Aina, Damia dan Zulaikha pun sudah bersiap untuk pergi bersama-sama itu menaiki kereta BMW M3 Damia yang akan dipandu oleh diri nya sendiri.

Sampai sahaja di sana terlihat lah beberapa orang dari kawan kami sudah pun sampai ke lokasi.

Mereka kelihatan menunggu kami tiba di restoran itu.

Yang masih belum sampai selain kami ada juga Zafran dan 2 rakan baik lama nya.

"Eh.. Zu, Damia, Aina sini!" Jerit Amni dari tempat duduk nya.

Zulaikha hanya mengangkat tangan nya melambai ke arah Amni sambil berjalan dengan agak laju untuk ke meja yang diduduki mereka.

Manakala Ikmal, Fahim dan Zafran yang ingin ke sana juga.

Ikmal yang sedang memainkan telefon nya itu tidak sedar bahawa dia akan terlanggar
Zulaikha.

"Eh? Sorry sorry tak sengaja" kata Ikmal serba salah.

"Haduh.. kau ni kan cuba lah jangan main telefon waktu berjalan kan dah susah kalau terlanggar orang!" kata Zulaikha tidak puas hati.

"Hem..  yelah kau pun sama jalan tak tengok kiri kanan!" balas Ikmal tak kalah jauh dari Zulaikha.

"Ish kau ni kan!" baru sahaja mereka mahu bertumbuk terus dileraikan oleh Zafran dan Damia yang menarik mereka untuk duduk.

Zulaikha yang masih sakit hati dengan perangai Ikmal itupun hanya mencuba untuk mengurang amarahnya.

Sedangkan Zafran di membisikkan sesuatu yang membuatkan Ikmal terdiam seribu bahasa.

"Kau jangan main-main dengan perempuan yang kau baru cari gaduh dengan perempuan yang tarik dia tu dia orang tu tentera dan mestilah untuk tumbangkan kau sangatlah mudah walaupun mereka seorang perempuan" pesan Zafran dengan nada berbisik agar Damia dan Zulaikha tidak mendengar percakapan mereka berdua.

Makan malam kami berjalan dengan lancar walaupun terkadang terdapat pergaduhan kecil yang berlaku.

"Wey..Ayu asal kau ambil ayam goreng aku!" Amni merungut kerana yang ingin di makan oleh nya di ambil dahulu oleh Ayu.

"Ala.. aku nak makan ayam tak apa nanti aku belanja kau makan ayam goreng satu kotak terus" pujuk Ayu dengan menawarkan ayam pada masa akan datang.

"Yelah.. tapi boleh pakai ke kata-kata kau ni?" Tanya Amni ragu-ragu dengan Ayu.

"Haih..Amni kau tau kan si Ayu ni agak sukar untuk dipercayai" kata Zulaikha.

"Eh.. suka hati kau je kata macam tu!" Ayu rasa tercabar apabila dikata begitu oleh Zulaikha.

"Hmm.. aku pun agak susah percaya dekat kau ni" sambung Damia pula dengan serius nya memikirkannya.

"Daripada kau orang gaduh pasal benda kecil macam ni baik selesaikan elok-elok" pesan Adip kepada kami semua.

Kami hanya mengangguk faham dengan kata-kata itu.

Selesai sahaja berborak-borak sewaktu hendak bangun dari kerusi kami Zafran pun memanggil Aina untuk mengikuti nya.

"Aina awak ikut saya sekejap saya nak cakap sedikit" kata Zafran sambil berlalu pergi dengan Aina yang mengikuti nya dari belakang.

"Ehm..apa yang awak nak kata tu?" Tanya Aina sambil merenung taman bunga yang penuh dengan lampu kelip-kelip.

Zafran pula di situ sedang memikir ayat di otak untuk menyatakan cinta nya kepada Aina.

"Saya sebenarnya.."

"Sebenarnya.." kata Zafran berulang kali membuatkan Aina geram.

"Sebenarnya apa Zafran?" Tanya Aina.

"Saya dah lama suka awak sejak pertama kali kita berjumpa maaf sebab gagap saya gugup sangat tadi" akhirnya setelah beberapa kali gagap dia boleh menuntaskan apa yang ada di dalam hati nya.

"Sudi tak awak menjadi pendamping hidup saya buat selama-lama nya wahai Putri Nuraina?" Tanya Zafran sambil mengeluarkan kotak cincin yang dibeli oleh nya beberapa hari yang lalu.

Aina terdiam apabila Zafran meluahkan isi hati nya dia tahu dan faham apa yang dimaksudkan.

Setelah agak lama berfikir Aina pun memberikan jawapan kepada Zafran.

"Baiklah.. saya terima awak" kata Aina sambil tersenyum lebar kepada Zafran yang sedang menghulurkan cincin permata itu kepada nya.

Mereka akhirnya memilih untuk pulang ke rumah kerana sudah pasti kawan-kawan mereka sudah menunggu di hadapan.

"Mana dia orang ni lama nya aku dah penat menunggu ni" Zulaikha mengeluh perlahan akibat sudah terlalu mengantuk.

"Sabar lah nanti dia orang keluar lah tu.. itu dia orang dah keluar tapi kenapa dia orang pergi nya senyum sorang-sorang" kata Damia dengan pelik.

Zulaikha pun tidak menyahut pertanyaan dari Damia itu dia hanya lah ingin tidur buat masa sekarang.

Aina pun akhirnya masuk ke dalam kereta Damia terus berlalu pergi membawa kereta nya menuju ke rumah sedangkan orang di sebelah nya sudah pun terlelap memasuki alam mimpi.





The First Loves Zafran Where stories live. Discover now