Pov Aina..
Semakin hari bertambah semakin baik hubungan aku dengan Zafran dan sudah lama juga Damia dan Zulaikha pergi untuk menjalan tugas.
4 bulan selama itu juga aku ternanti nanti kehadiran dua orang kawan aku itu ini juga sudah tahun baru tetapi dua orang kawan aku itu tidak nampak kelibat mereka.
Rindu..itu yang aku rasa entah bagaimana khabar mereka sungguh lama rasanya misi yang mereka jalankan aku sudah pernah bertanya kepada Zafran kemana mereka pergi bertugas kata Zafran 'di mana tempat seorang tentera bertugas tidak izinkan untuk beritahu kecuali kalau dia sudah gugur di medan perang'.
Hari ini aku dengan Zafran akan berjalan-jalan di i-City Shah Alam kata nya ingin mencari ketenangan.
Mungkin sebab terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan..
"Zaf awak memang tak ada niat ke nak bagitahu saya ke mana Damia dan Zulaikha pergi?" Tanya aku jika kali ini dia tetap tidak memberi jawapan aku hanya akan menerima kenyataan.
"Saya bukan tak nak bagitahu tapi saya tak nak ingkar arahan" ucap nya dengan sedikit sedih.
Aku hanya termenung jauh merindukan senyuman dan ketawa dua orang kawan ku itu.
Zafran yang melihat aku selalu termenung pun hanya membiarkan sahaja dia tahu yang aku merindukan mereka.
"Daripada kita sedih-sedih baik kita pergi cari penyu awak kan suka penyu mana tau dengan penyu tu boleh kembalikan mood awak" kata Zafran sambil menayangkan senyuman terbaiknya.
Aku terus mengangguk laju.
Suka.. mestilah suka bila dapat tengok penyu aku rasa dah lupa pasal masalah tadi.
End pov Aina..
____Sedangkan di Lebanon..
Damia dan Zulaikha yang sedang berehat itu pun diberikan air oleh Mustaqeem.
"Nah" beri Mustaqeem.
"Air ni tak ada racun kan?" Tanya Damia dan Zulaikha serentak.
"Ish..kau orang ni ingat aku ni jahat sangat sampai nak bunuh orang ambil je lah penat tangan aku menghulur" balas Mustaqeem.
"Cubalah lain kali bagi dengan ikhlas sikit ye Mustaqeem oii" kata Zulaikha dengan nada menyindir.
Mustaqeem terus sahaja pergi mencari kawan nya apabila Damia dan Zulaikha mengambil air dari tangan nya.
"Air ni tak ada racun kan"
"Aku dah minum tak mati pun kan hidup lagi kan" kata Damia pula.
"Damia asal balik-balik muka sama je aku tengok tak habis-habis muka Mus dulu dia biro pengawas dengan ketua pengakap . Sekarang dia ketua kita kau tak penat ke tengok muka dia je memanjang?" Tanya Zulaikha sambil mengurut kepalanya 'PENING'.
"Haah lah aku lupa kita kan dah ada bom sekarang jom la kita pergi rumah Mus pastu bom rumah dia best jugak tu" Cadang Zulaikha Damia yang mendengar cadangan itu hanya menggelengkan kepala.
"Rumah orang kau nak bom tak kesian ke member kalau dah ada wife nanti nak letak mana?" Tanya Damia pula.
"Ohh.. Dia orang ingat kan syaitan bertopengkan manusia" kata-kata Zulaikha membuatkan Damia gelak terbahak-bahak.
____
Sementara di Malaysia..
"Aduh kau orang la punya pasal ni pergi nya main kat time zone tu tak ingat dunia habis duit aku belanja kau orang tau"kata Afiffitri sambil melihat dompetnya yang sudah sedikit duit.
"Alahai kau ni..bukan selalu pun lagi pun kau kan kaya"Usik Adip.
"Ha..betul tu aku setuju" balas Zafran pula.
"Ehm..Zaf kau pulak macam mana nanti aku dengar esok kau dah start bertugas cuti kau kan dah habis.." kata Adip.
"Haah..aku nanti akan pergi Lebanon itu pun belum pasti berapa bulan dan yang pasti jauh la perjalanan nak ke sana" jawab Zafran.
Telefon yang dipegang oleh Zafran pun berbunyi.
"Aku nak angkat call kejap" kata Zafran kepada mereka.
Mereka mengangguk tanda menyuruh aku pergi.
"Hello Assalamualaikum Aina" ujar Zafran dengan lembut.
"Hello Waalaikumussalam" balas Aina.
"Zaf nanti kita akan bertugas dekat Lebanon kan?" Tanya Aina.
"Ye kenapa ada apa-apa ke?" Tanya Zafran kembali.
"Tak ada apa-apa pun cuma kita lama ke dekat sana?" Tanya Aina pula kepada Zafran.
"Agak lama jugak sebab misi ni agak besar" balas Zafran.
"Oh..okey terima kasih info" kata Aina.
"Sama-sama" balas Zafran.
Panggilan itu terus diputuskan oleh Aina.
____
Kembali di Lebanon..
"Wey Damia" panggil Zulaikha.
"Ha..awat?" Tanya Damia pula.
"Aku dengar esok akan ada pasukan backup dari Malaysia datang sini" kata Zulaikha dengan serius.
"Okey jadi?" Tanya Damia.
"Aku rasa kita akan berjumpa dengan Zaf dan Aina" jawab Zulaikha.
"Tidak mengapa dia orang tak tau kita ada dekat sini jadi kita menyorok dari terjumpa dan akan kena marah nantinya" balas Damia dengan santai.
"Dahlah..jom sambung jogging habis kan ini pusingan terakhir" kata Zulaikha.
Damia mengangguk terus sahaja kami berlari buat kali terakhir dan pergi untuk sarapan pagi.
Dan macam biasa kerja sentiasa perlu diteruskan.
____
Di semenanjung Malaysia..
Dua orang wanita sedang berjalan dengan bergaya nya memasuki bilik Aina.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawanku" kata Amni dengan lantangnya.
"Waalaikumussalam"balas Aina.
Dania yang melihat perangai Amni pun mengendahkan nya dia terus mengambil tempat dia depan Aina.
"Aina kau seriuslah nak pergi Lebanon dia orang kan tengah ada bencana besar kat sana?" Tanya Dania menginginkan kepastian darinya.
"Aku pasti dan kau tak perlu risau Zaf ada untuk teman aku dan Zaf jugak kata kawan-kawan dia pun ramai dekat sana nanti" kata Aina tanpa ragu-ragu.
Dania dan Amni hanya tersenyum mendengar pertuturan itu.
Mereka berharap agar kawan mereka ini balik dalam keadaan selamat.
Pov Zafran..
Aku berjalan masuk ke dalam bilik untuk mengemas kan baju untuk di bawa esok mungkin nanti aku akan berjumpa dengan Damia dan Zulaikha itu pun kalau mereka belum balik dari Lebanon.
Semoga perjumpaan ini akan membuatkan Aina kembali bahagia.
"Wey Zaf aku nak tanya mana kau letak ps5 aku semalam?" Tanya Asyraf sambil meneroka bilik aku.
"Ps5 tak silap aku dekat ruang santai kat tingkat ni tak silap aku la" balas aku sambil mengemas baju.
"Kau ada misi ke?"tanya Asyraf lagi.
"Haah kenapa?" Tanya aku kembali.
"Semoga kau balik dengan selamat tau" kata Asyraf dia terus memeluk erat aku.
"Iya aku akan usahakan" balas aku pula.
'Jujur bang kalau boleh aku nak halang kau pergi aku takut kalau hari ni hari last kita jumpa' ujar Asyraf di dalam hati.
Aku tersenyum melihat gelagat Asyraf seperti bayi yang tidak ingin melepaskan pelukannya itu.
YOU ARE READING
The First Loves Zafran
RomanceDia soft spoken.. Dia loyal.. Dia garang.. Dia penyayang.. Dia tentera.. Dan dia Tengku Ammar Zafran Dia memang ada segalanya tapi satu perkara sahaja yang dia tiada iaitu pasangan katanya mencari pasangan itu sangatlah susah kerana ramai yang ti...