BAB 16

17 4 0
                                    

Baru sahaja hendak memasuki rumah nama Damia di seru dari arah belakangnya.

"Damia!" Panggil Afiq berlari anak.

Damia pun menoleh ke arah sumber suara.

"Eh... Abang Afiq Abang buat apa dekat sini?" Tanya Damia yang melihat Afiq datang bersama sampul surat yang berisi kan jemputan majlis kahwin.

"Ini ha nak bagi kad jemputan nanti datang lah dengan kawan-kawan" ajak Afiq menyuruh kami hadir bersama-sama.

"Ok.. terima kasih" ujar Damia sambil berlalu masuk ke dalam rumah.

"Borak apa tadi?" Tanya Zulaikha.

Aina pula hanya diam termenung di sebelahnya.

"Tadi tu abang Afiq datang bagi kad jemputan kahwin takkan lah aku nak tolak lagi pun jamuan dia tu minggu depan" kata Damia menjelaskan.

Zulaikha mengangguk.

"Yang ni dah kenapa asyik termenung je lepastu senyum sorang-sorang gila ke apa?" Tanya Damia dia dari tadi sudah pelik dengan kawan nya ini.

Zulaikha pun terus melihat ke arah Aina yang memang tengah senyum sorang-sorang.

"Woi!" Jerit aku dan Zulaikha serentak apabila kami diabaikan.

"Mak kau hijau!" Latah Aina akibat terlalu terkejut.

"Ish.. kau orang ni tak boleh baik sikit ke?" Tanya Aina dengan geram.

"Eh kau ni kita orang ni kalau boleh dah nak mereput tunggu kau jawab tau" bidas Zulaikha.

"Tolong jelaskan apa yang berlaku di antara kau dengan Zaf" kata Damia dengan tegas.

"Ehm.. sebenarnya tadi Zaf confess dia ajak aku tunang dia kata dia suka aku sejak first meet kita orang" balas Aina pula.

Terus sahaja Damia dan Zulaikha menepuk dahi mereka serentak.

"Aku ingatkan dia senyum sebab naik pangkat" kata Zulaikha yang sudah ingin menangis pasrah dengan perangai kawannya.

"Tulah.." Damia juga turut menyertai Zulaikha.

"Dah lah aku nak pergi tidur mesti malam ni tidur aku lena" ujar Aina lagi dengan senyuman yang sangat lebar.

Damia dengan Zulaikha pun akhirnya mengalah mereka semua masuk ke dalam bilik dan lena di dalam alam mimpinya.

____

Di pagi hari..

"Woi! Damia bangun lah jam ni dah nak pukul 7.00 pagi dah ni! Kata nak jogging lepas subuh" kata Zulaikha sambil memukul Damia dengan bantai yang ada di situ.

"5 minit" Damia terus menyambung tidur nya.

"Tak ada kalau kau tak bangun aku suruh Dania cincang kau jadi 11 kang" ugut Zulaikha.

Damia pun dengan terpaksa membuka mata nya sedangkan Aina sudah berada di bawah memasakkan makanan untuk kami.

Tuala yang berada di tempat penyangkut itu di ambil lalu Damia terus memasuki bilik air untuk membersihkan dirinya.

"Ha.. dah bangun ke budak tu?" Tanya Aina yang sedang menyusun makanan itu.

"Dah member tengah mandi" balas Zulaikha lalu duduk berhadapan dengan Aina.

Beberapa minit kemudian muncul lah muka Damia yang sudah lengkap berpakaian jogging nya itu.

Selesai kami sarapan pagi ini kami bertiga akan berjoging ke seluruh taman permainan ini.

"Dah jom!" Ajak Zulaikha dengan penuh semangat.

Damia dan Zulaikha berhasil mengelilingi taman itu sebanyak 3 kali pusingan.

Tetapi Aina baru yang sahaja 2 pusingan dia sudah tidak mampu untuk melakukan nya.

"Wey kau orang tak penat ke lari 3 pusingan?" Tanya Aina kepada mereka berdua.

"Tak sangat sebab dah jadi rutin" balas Zulaikha sambil meminum air yang dibawa oleh nya.

Aina hanya mengangguk.

"Kau orang ni memang kebal" kata Aina sambil tersenyum apabila mengingat kembali bahawa kedua orang kawan nya ini memang lah kebal kerana luka seteruk mana sekali pun mereka hanya lah koma.

Damia dan Zulaikha hanya tersengih kecil.

"Jom kita mandi dan pergi bekerja ye sekarang ni pun dah pukul 7.45 baik kita bersiap" ajak Damia kami pun kembali pulang ke rumah untuk bersiap bekerja kembali.

Selesai sahaja bersiap baru hendak keluar bersama-sama Aina sudah pun dijemput oleh Zafran yang membuatkan Damia dan Zulaikha menaiki motosikal mereka.

"Wey.. kita gi pangkalan terus kan untuk lapor diri?" Damia bertanya.

"Haah.. dan tadi aku bukak whatsapp Amni ajak kita datang majlis kahwin dia nanti tapi beza sehari dengan kenduri Abang Afiq lah" ujar Zulaikha sambil mengeluarkan motosikal nya.

"Ohh.. Amni hari Sabtu abang Afiq pulak hari Ahad kan" kata Damia lagi.

Zulaikha mengangguk.

Kami pun memakai helmet lalu terus bergerak pergi dari rumah untuk ke pangkalan.

Tiba sahaja disana tujuan mereka adalah komander Amir.

Tingkat 2 kami tuju bilik yang berada di hujung sekali itu sudah tentu lah bilik komander kami.

"Assalamualaikum" ucap Damia dan Zulaikha serentak.

"Waalaikumussalam" balas komander dari dalam bilik sambil mempelawa kami untuk masuk.

Kami yang dipelawa masuk itu duduk berhadapan dengan komander kami.

Riak gugup itu tidak lagi dapat kami bendung mana tak nya karang tak pasal-pasal dapat operasi baru lagi penat.

"Saya panggil kamu berdua ni sebab kamu berdua akan dinaikkan pangkat ke Kapten pada beberapa minggu akan datang kerana prestasi kami berdua yang sangat lah cemerlang saya bangga dengan kamu" ujar komander sambil tersenyum kepada mereka.

"Betul ke ni komander!" Kata Damia dengan penuh semangat.

"Ye betul kamu berdua akan dinaikkan pangkat" Apabila komander mengesahkan terus membuatkan kedua orang itu mengucapkan terima kasih kepada komander mereka.

Keluar sahaja dari bilik komander senyum di bibir Damia dan Zulaikha tidak pernah lekang dari pandangan mata rakan sekerja mereka.

"Kau orang ni dah kenapa asyik senyum je kerja?" Tanya Azmi pelik dengan dua orang kawan nya ini.

"Adalah kau akan tau beberapa minggu nanti" kata Zulaikha pula membalas pertanyaan itu.

Azmi pun mengangguk kerja yang harus dia siapkan lagi banyak dari memikirkan tentang hal peribadi kedua orang itu jadi dia memilih untuk menyambung kerja nya.

"Wey Zuu kau rasa kan kita masih boleh sama team lagi tak?" Pertanyaan Damia membuatkan Zulaikha berfikir keras.

"Mungkin ye mungkin tak tapi tak pe we still a friend" kata Zulaikha membalas apa ada nya.

Damia mengangguk setuju dia juga pasti yang mereka pasti akan berjumpa juga walau bagaimana sekali pun.

Kerja mereka yang belum disentuh itu pun dibuat sebelum mereka terkena amukan dari singa jantan yang ada di sini dan singa jantan itu pula hari ini nampaknya berada dalam mood yang baik jadi mungkin dia tidak akan memarahi anak-anak buahnya.

"Wey aku kan harap si Zaf tu tak jadi singa jantan kesian dekat singa betina nanti" kata Zulaikha sambil mengeluh perlahan.

Apabila terlalu stress Zafran akan selalu marah tidak tentu jadi mereka berharap bila dah jumpa singa betina dia jadi kucing lah ye.








The First Loves Zafran Where stories live. Discover now